April 15, 2014

Cara Deposit Duit Syiling Di Bank Rakyat


Akak memang rajin mengupdate ni deknon2 ooii..angin nak upload dah sampai...aritu dia bz ikut perkembangan MH370..

Aku nak cerita pasal cara nak simpan duit tabung. Bukan menabung ye deknon..hahaa...dalam tabung mesti berlambak duit syiling kan? boleh kira berapa ramai je yang berlambak duit kertas dalam tabung dia..bila ko dah kumpul2 penuh tabung tu, mula la bercinta nak bawak pergi bank. Orang malas nak bank in dalam bank sebab pertamanya berat nak angkut syiling tu ke bank..pastu lepas 10 hari lak baru duit tu masuk dalam akaun kan?

Hah, itu semua dolu2 ye deknon..sekarang ni dah canggih...kat rumah aku de tabung botol susu yang kecik tu. Baru ni Akeef dah penuhkan..aku pon taktau dari mana dia dapat duit penuhkan tabung..hehe..bila nak isi lagik, dia kata "Ibu, tabung abam dah kecik..tak boleh masuk duit posen"...jadi, kena la bank in mana yang ada..xkan mak ko nak buat belanja opis hari2 lak..mau putus handbag angkot syiling hari2..hehe..

aku memang malas nak mengira...so, Mr.MHR yang kira..dia kata ada RM170.. jadi, kitorang pergi la bank. Yang aku tau de perkhidmatan ni Bank Rakyat dengan Bank Islam je..pastu kat Tesco Kajang de 1 mesin coin ni jugak.. aku trus pergi bank rakyat je...


Mula2, ko tuang semua syiling kau atas tray tu...


pastu tolak ke kanan tu macam de slot..tolak sikit2..time ni memang orang dalam bank semua pandang kau le..sebab bunyi syiling kan kuat...selagi ko tak tekan button HENTI, selagi tu la ko boleh add syiling nak bagi genap ke, nak bagi kurang ke..syiling yang dia reject, akan turun kat lubang tepi mesin ni..ko boleh masukkan balik dalam slot nie..tapi syiling baru 10 sen memang banyak dia reject..dia confused 10 sen dengan 5 sen kot..


waktu godek2 tu memang banyak syiling 10 sen yang keluar balik pastu aku ganti ngn syiling dalam beg aku sebab nak genapkan 170 la konon2.. tapi terlebih plak 30sen...polisinya kalau ko kira kata ada rm200 tp mesin kira rm190 je, ko kena terima yang 190 tu punya nilai...kalau tak puas hati, boleh cancel...kalau puas hati, tekan terima then dia akan kuar la slip macam kat atas nie..


pastu, ko pegi isi borang ni, amek nombor giliran dan tunggu sampai dipanggil. Syiling tu  kena masuk dalam akaun Bank Rakyat la ye sebab ni mesin bank rakyat..dia takkan tukar dengan cash terus..Cuma pas ko deposit tu, kalau nak gak duit tu, pegi la withdraw kat ATM..duit tu memang terus ada dalam akaun..takyah nak tunggu sampai 10 hari...

10 comments:

  1. ooo senang yerk klu nk bank in syiling dlm tabung anak-anak...tk yh sesusah nk kira sekeping sekeping cm dulu..tp aku blm prnh nmpk lg mesin depost syiling ni kt mana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sudah ada di kebanyakkan cawangan Maybank. Maklumat lanjut ada di blog saya. Bolehlah singgah sekejap =) http://malaysiabanknotesandcoins.blogspot.com/2014/02/mesin-deposit-duit-syiling-coin-deposit.html

      Delete
  2. maaf bertanya, kalau untuk syiling 1 sen kat mana boleh bank-in ye?

    ReplyDelete
  3. klu x silap penah terbaca 1sen boleh bank in di bank negara sahaja..

    ReplyDelete
  4. Tima kasih krn sudi jawabkan... :)

    ReplyDelete
  5. macam pernah tengok mesin masa gi tabung haji ari tu

    ReplyDelete
  6. sy menerima syiling 1sen,sesiapa nk tukar boleh hubungi sy..zaimi 0175009552

    ReplyDelete
  7. saya pi bank rakyat.. masukkan syiling tu guna mesin....bank kata float 2 hari je... tapi dlm akaun online takde pon nilai float tu...dah 2 hari ni.. :(

    ReplyDelete
  8. klau tak ada akaun bank rakyat mcm mna?

    ReplyDelete

Resepi Bergedil Kentang Mudah

Musim korban ni, mesti banyak dapat daging korban kan?. Sedap kalau dibuat sup. Gengkan pulak jadi bihun sup dengan sambal kicap..fuhhh...h...