April 14, 2014

Homestay Murah Di Kota Bharu, Kelantan


Trend sekarang ni kalau pergi bercuti ramai2 mesti duduk homestay kan? Jimat dan convenience sikit rasanya.. Aku kalau beramai2, memang cari homestay..Macam pergi Kelantan baru ni, ada member Mr.MHR cakap cuba try cari homestay kat Pelangi Mall Condominium Kota Bharu. Aku puas la menggugel sebab katanya mall kan? Ingatkan ada la kedai2..takde..dia mmg condo semata2...betul2 tepi sungai kelantan.. Aku cari kat mudah.com je...rata2 rate dorang letak RM200 semalam untuk 3 bilik 2 bilik air.. Pandai2 la korang nego untuk dapat murah sikit..


tingkap hall ni menghala Sungai Kelantan..
subuh2 tu ko dengar le bot2 tu start enjin..tangkap ikan rasanya..


ni Master Bedroom
ada aircond..
*paling penting*


kat bawah ni ada ruang lebar gak...boleh bentang tilam single tu lagi satu..


ni toilet dalam master bedroom


bilik kedua ni ada aircond jugak


bilik ketiga ni takde aircond..katil double decker, kipas tinggi 1


sinki dah nak roboh dah...huhuu..



dapur memasak dia letak kat yard luar tu..pastu kalau ko nak masak, memang orang lalu kat koridor leh nampak le ko menumis..aku tak memasak pon kali ni..kata pergi kelantan kan...sana banyak orang jual makanan.. :)


mesin cuci baju pon ada..aku tak sanggup bawak balik baju yang peluh2 tu..jadi, aku basuh baju2 tu semua..sabun basuh pon dorang ada sediakan..

Kalau nak try cari homestay yang jenis apartment, boleh la cuba kat sini..kalau nak yang jenis teres ada gak tapi lokasi ke luar sikit dari pekan..korang boleh cari je kat mudah tu..macam2 jenis ada..if berminat dengan yang aku duduk ni, boleh la try call En.Azman 0199054985 ..ni bukan de komisen tolong poromte kay.. dia tak kenal pon aku...hahaha...deal pakai phone je..pastu kunci rumah, amek kat jiran dia... senang je dia niaga...tawakal konsepnya...

4 comments:

  1. Replies
    1. hahaha...ko jeles ke beb?? sila bertenang..sarah masih baby...tak lama lagik, ko lagi sakan..haha...

      Delete
  2. salam.. kak, environment & kemudahan kat apartment sini ok x?? especially kedai2 makan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai makan kena jalan kaki dalam 200meter, ada banyak shoplot..kedai makan, KFC semua ada...apartment kat area Gerbang tu..bawah apartment ada convenience store je..ala2 7E..

      Delete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...