February 20, 2014

Novotel Bandung

Trip ke Bandung last week aku confirm last minit. Tiket dah beli setahun yang lepas tapi duk berbelah bahagi nak pergi. Lagi seminggu nak sampai date, Mr.MHR kata jom!!.. Aku pon kelam kabut mencari hotel, supir, tukar duit semua la.. Kebetulan time kalut2 cari hotel best sikit (sebab katanya nak bercuti la konon), accorhotels.com hantar email bagitau ada 60% diskaun untuk yang last2 minit macam aku nie..pucuk dicita..memang murah la rate yang aku dapat..kata member kan..huhuu.. settle bab booking, aku menggugel mencari la info sket pasal hotel ni. Tapi takdop yang Malaysia punya. Yang TripAdvisor tu ada la.. jadi, aku pon merajinkan diri mensnap la gambar-gambar untuk rujukan orang lain plak konon2nya.. :)

Hotel ni kat Jalan Cihampelas. Cihampelas tu kan one way. Kiranya hotel ni kat hujung ke bawah jalan Cihampelas tu. Dalam 2km dari CiWalk je..


ni bilik yang aku book
Deluxe Room katil King
selesa la aku membongkang..haha..


jakun dapat bantal banyak
selalu duk motel je..bantal sorang satu..


mini wardrobe dia..memang la tersangat mini




nanti rumah siap, berangan2 nak buat bilik air macam ni
haha.. senang berenang je masing2 dalam tub tuh..


international mmg la takde pili kat..dia guna yang pancut2 kt montot tu je..




ni view dari bilik aku
yang bercahaya terang belah kiri bawah ni, kedai Circle K..ala2 7E
best kedai nie..siap de jual roti ngan sosej macam 1901.
kalau lapar, melintas jalan je pg cari makanan...


kitorang tak amek pakej breakfast hotel. maklumlah, promosi memang sarapan asing2. lagi mahal hotel lagi kedekut kan? hehe..sebelum nak keluar pagi tu, puas la aku ngn Mr.MHR pusing cari swimming pool konon2 nak mandi la petang kang..pool bukak sampai kul 9 malam tapi bila tgk pool macam ni, segan aku...hahaa..

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...