May 12, 2011

Telur Masak Kicap

Arini aku nak bagi resepi lagik.hahahaa...mesti bengang je tgk tajuk entry nih.Aku nak bagi resepi telur masak kicap..ececeehh...mesti ada yang tau nak buat kan.ni kira resepi yang dah upgrade sket.bukannya goreng telur mata pastu tuang kicap.mesti korang selalu wat yang mcm tu kan?hahaa..berangin je aku ckp camni kan..

Resepi dia mmg la sama. kena goreng telur mata kerbau dulu. terpulanglah bape biji korang nak jamu selera. Pastu, guna minyak yang sama just kuarkanlah sket. Kang berladung2 lak minyak. Bila minyak dah panas, campakkan bawang besar yang dah dipotong dan cili merah yang dah dipotong. Aku tambah cili api sket. Biasalah, kat umah ni xde yang makan benda tak pedas. Keturunan masak lomak la kan. Bila dah bau wangi, baru la korang tuang kicap dalam kuali tu. Cam aku guna kicap lemak manis + kicap pekat sket. So, xyah la ubuh garam. Ada org ubuh air asam jawa dalam resepi ni. Tapi mak, nan ado...Pas bia mendidih sket, boleh la tutp api dan tuang atas telur2 yang dah digoreng tadi. kalau emergency leh la guna resepi ni...

Kebetulan adik aku baru balik dr KK. dia ada beli ikan masin keropok nie. Sedap layan nasik panas2 + telur masak kicap + ikan masin keropok.. waahaa... pastu tersandar kekenyangan.. alhamdulillah...

sapa kata memasak tu susah? hehee...


No comments:

Post a Comment

NN