December 30, 2010

Murtabak Maggi

Lama tak hapdet blog nie...hujung tahun busy ngan macam2 benda kena close..so,kena relax jap dr berblog...hehee...

Malam semalam tetiba je sampai angin nak makan murtabak...nak tebar2 tak reti..jadi murtabak maggi pon boleh la...

1st time buat nie..time murtabak tu ada dlm kuali,mcm telur dadar pon de gak rupa dia..sonang yo nak masak benda ni rupanya.....





Lupo lak...nak resepi? sonang bai tue... :)

Bahan2:

1 peket mee segera (skema giler..org bkn mmg panggil Maggi ke?)

1 biji telur ayam

Daging cincang / ayam potong kecik2 / udang pon boleh : ikut suka selera masing2

Bawang merah untuk menumis

(aku tak guna bawang putih sbb xnak ada rasa b.putih dlm mutabak tue. Ikut suka korang la ye..)

Daun sup + daun bawang sikit

Cili merah (hiris nipis2)

Cara2nya:

1) Panaskan sikit minyak dan tumis bawang merah. Bila dah naik bau, masukkan daging dan biarkan masak sekejap. Angkat dan ketepikan.

2) Panaskan air dlm periuk dan rebuskan maggi biar kembang.

3) Angkat dan toskan. Ketepikan.

4) Pukul telur dan masukkan daun sup + daun bawang, daging, cili merah dan sedikit perasa Maggi tu..(jangan ubuh banyak2..masin..)

5) Panaskan kuali dengan sikit je minyak.

6) Celupkan separuh Maggi kembang tadi kedalam telur dan tebar dalam kuali.

7) Balik2kan supaya tak hangus.

8) Taadddaa....siap....

1 comment:

  1. Sumpah tak tertelan aku menda ni. Adeh~ aku ni sgtlah susah mencuba benda baru yg pelik2 ni pidah oiii

    ReplyDelete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...