May 8, 2015

Trip Budget Ke Hong Kong Part 1

Tajuk percutian macam tak mengujakan kan? hahaa..ye, aku kalau bercuti memang bajet. Nak merasa berjalan tempat orang tapi takde la banyak sangat duit nak buang2. Jadi kena stick to budget. Tapi macam biasa, aku kedekut banyaakkk...so rasa macam ni percutian paling mahal setakat nih.maklumlah, keje gomen kan gaji sikit..kena la berjimat cermat..huhuu..pasni kena niaga banyak2 nak penuhkan semula tabung ayam..hehee...


Paling utama nak pergi bercuti ni mestilah tiket flight kan? Sekarang ni flight ke HK susah nak jumpa yang murah walaupon promo. Kadang2 flight pergi memang murah, flight balik takde promo..so total2 jadi mahal jugak. Oleh kerana dah janji dengan anak, makan gigihlah aku HARI-HARI tercongok kat website AirAsia tu demi mencari tiket murah. Selalu tiket dia mesti dalam range harga RM450 macam tu sorang. Last2, aku dapat yang RM293 sorang return (belum campur beg & makan). So, aku terus je beli. Adik2 aku pon nak pergi gak..Jadi kitorang berlima dewasa plus 2 anak beli tiket ke HK.


flight aku kul 1.50 petang
1st time takde bersusah payah subuh2 dah kena ada kat airport..hehe..


Mat Posing


flight pergi ni penuh
agaknya sebab cuti 1 Mei kan..maka ramai la yang bercuti



alhamdulillah, sampai juga ke bumi Hong Kong


Kepada yang ada anak2 kecil macam aku nih, bila touch down kat sana, kita kena naik bas nak ke Terminal..bas memang ada disediakan bila turun dari flight..So, beratur ikut turn..Kalau ada stroller, pergi ke tempat yang lapang sebelah depan..kalau tak, kena bersempit2 sikit la macam ni.. :)


Kalau kat depan, ruang ni macam ni..Memang ada kawasan untuk sorong stroller tu..Jadi takde la anak2 lemas berhimpit kan? 


Yang aku terkejut time nak collect luggage tu adalah, setiap belt tu ada 3 flights sekali dia hantar semua beg2..Kitorang aritu, bila nak collect beg, tengok kemain riuh rendah dah macam pasar borong..Rupa2nya, semua berebut2 beg..maklumlah, kalau dah 3 penerbangan 1 tempat, mestilah banyak beg dan ramai makhluknya kan? Kalau dapat sekali dengan geng2 yang dari negara seangkatan dorang, memang hiruk pikuk la kat situ..Dorang ni kurang adab sikit. Ko ada anak kecik ke, orang tua ke, dorang tak endah..Main langgar je..Korang tagged la luggage korang ngan riben2 striking color sikit. So, dari jauh dah nampak, boleh cepat2 grab.


Bila korang sampai kat Imigresen sebelum amek beg tu, beratur je ikut arahan. Memang barisannya panjang, tapi laju..Time ni ada free WIFI..kalau2 korang ada janji dengan owner apartment (sebab aku duduk apartment) boleh wasap dorang time beratur ni bagitau dah sampai kat Imigresen. So, dorang boleh ready tunggu korang untuk serah kunci apartment.

APARTMENT DI HONG KONG

Okay, untuk Hong Kong ni, kalau korang search, penginapan kat sini semua mahal2..Dorang kan kekurangan tanah. Jadi memang kos nya tinggi2 la..Jangan hotel, hostel pon harga semalam dah dekat RM350..Kalau pergi tak ramai, boleh la duduk hostel ni bersempit2 kan..Tapi kalau dengan anak2 plus bajet kau ketat, boleh pilih menginap di apartment macam aku..huhu..apartment korang boleh cari kat Apartment di Hong Kong . Selamat dan terjamin.

Time beratur kat Imigresen tu, aku dah wasep owner rumah bagitau dah sampai. So, dia pon boleh ready dah. Maybe rumah dia dari homestay yang dia nak sewakan kat kitorang tu jauh. Sebab tu dia awal2 dah bagi arahan kat emel, kena maklumkan kat dia bila kita touch down kan. Lepas amek beg semua, kitorang bergerak ke stesen bas. Ko kena tengok route bas yang korang kena naik. Macam aku, owner tu awal2 dah bagitau kena naik bas A22. Senang je tau..Sebelum naik bas kena beli kad octopus dulu. Ala2 kad touch and go. Beli kat kaunter Customer Service Airport Express. Aku mula2 tak paham gak..Kitorang nak naik bas, tapi kenapa kena pegi kaunter Airport Express?.. Rupa-rupanya kad memang kat situ je ada dijual.. Lepas beli, pergi la naik apa yang ko nak..Bukan wajib naik Airport Express (train laju ala2 ERL) tu.

Bila naik bas, touch je kad tu, automatik dia akan tolak HKD39. Harga memang standard. Lepas tu cari la tempat duduk..


Bas dorang ni semua 2 tingkat. Siap ada WIFI lagik!! hebat ko...Macam aku duk bawah sebab ai is gayat..haha..Mr.MHR ngan Akeef pegi naik atas..Perjalanan dalam 15 minit gak ke area apartment kitorang. Laju je perjalanan sebab tak banyak kereta..Sini dorang prefer naik MTR. ala2 Singapore. Kos naik kereta lebih mahal kot..

 

dalam bas tu ada display macam ni..Macam aku kena turun kat Shanghai Street (owner akan bagitau ko kena turun kat mana). Oleh sebab aku takut terlepas stesen, lepas je dia bergerak dari stesen yang kedua, dalam 3 minit aku tekan loceng siap2..hahaa...awal gila tekan loceng!! maklumlah first time..

Sampai je bus stop, kitorang turun dah follow map yang owner dah beri. Pergi ke meeting point yang dia cakap awal2..Meeting point ni tempat yang senang dijumpai..Jangan risau..dia tak suh ko tunggu kat lorong2 gelap..hehe..

Kitorang sampai dah kul 8 malam tu.  Sampai2 kebulur kau!! walaupon dah melantak dalam flight, tetap la lapar..maklumlah, makan dalam kul 2.30 ptg macam tu kan...ni dah kul 8..mau tak lapar..sampai2 aku terus ke dapur tanak nasi, keluarkan dendeng frozen, panaskan..sambil2 melepak jap..malam tu memang tak keluar mana2..simpan tenaga untuk esok..hehe..

Gambar ni aku snap keesokan harinya sebelum keluar..ko tengok la...
main tinggal je semua cawan2..




Apartment ni 2 bilik. Kat hall ada sofa bed..Bilik 1 katil queen, bilik dua ada double decker 2 unit (4 katil)..lebih dari cukup untuk kitorang..Plus owner ni memang ada selit tilam extra tepi double decker tu, boleh la guna untuk tebalkan katil2 kan..sewa apartment ni bagi aku murah untuk kami bertujuh..kalau duduk hotel, mau 3 bilik gak kena amek..kalau 1 hotel RM400, 3 bilik dah RM1200 kan? tu baru 1 malam..kalau 3 malam, pengsan!! apartment macam aku amek ni harga 1 malam lebih kurang RM600..3 malam total RM1800. Harga ni dah siap dengan caj airbnb tu plus cleaning fee. Caj kemas pon kita kena bayar..adooii...

Bajet untuk 1st day tu sikit je cash kena keluar sebab apartment dah bayar siap2. So, takyah pening..Ni aku buat anggaran untuk 2 dewasa 1 anak (3 tahun ke atas).. Kalau korang ramai, ko darab2 la sampai lebam..

Belanja :

Octopus Card (Dewasa) = HKD 150 x 2 orang = HKD 300 
Octopus Card (Anak)     = HKD   70  

Untuk pengetahuan korang, octopus card ni harga dia memang HKD 150 tapi nilai dalam tu ada HKD 100 je tau..sebab HKD 50 adalah deposit. Nanti bila hari nak balik, ko pulangkan kad tu, ko dapat la balik semua deposit bagi semua kad. Jadi bila dah tolak deposit, balance tinggal HKD 20 je untuk kad anak. Jadi top up siap2 kat kaunter tu HKD 50 untuk kad anak tau. Untuk dewasa takyah..nanti2 boleh top up..

Tambang bas:

Dewasa HKD 39
Anak     HKD 19.50

Jadi total duit yang aku keluarkan untuk 1st day tu adalah HKD 300 + HKD 70 + HKD 50 (topup) sahaja. Dalam RM210 macam tu..Aku guna formula bahagi dua je nak memudahkan kerja kiraan. Kalau HKD150 maknanya duit kita dalam RM75. So kalau ko nak beli atau bayar apa2, bolehlah congak2..tak perlu pening2..

Nanti aku sambung lagi cuti bajet aku ni..nak pergi meronggeng Alamanda jap..hahaa..

6 comments:

  1. salam...nak tanya mcm mana dpt apartment tu murah...sy tgk semua lbh 3k kalau 4 mlm..ni kira ok la kalau 1 mlm RM600 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry ye...lmbt reply..sy guna www.airbnb.com
      worldwide & trusted... :)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. Kawasan yg sesuai diduduki kat mana ye..sy anda anak baru masuk 2tahun..so pakai stroller..

    ReplyDelete
  3. ibu siti
    saya biasa guna airbnb
    mmg trusted
    blh x bg nama host..tgk apartment cam selesa je tu
    planned nk pg thun dpn
    tks

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Saya cari rumah yang "muslim friendly" Kak Ram. Tapi saya memang samak semua peralatan. Saya guna sabun taharah tu..

      Delete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...