May 6, 2015

Kedai Makan Murah KL Sentral

Kat KL ni semua benda mahal kan? Iya, faham..hehe...kalau kita memang jenis rezeki berlimpah ruah, tak kisah bayar yang mahal2 (walaupon selalunya tak berbaloi). Tapi ada jugak kawan2 yang tak mampu nak campak2 duit ke benda2 yang mengarut kan? Zaman semua benda mahal ni, berjimat cermat tu perlu. Biarlah orang kata apa pon..Bukan dia yang nak bagi kita duit time kita perlu kan?

Cerita pasal bab jimat ni, kalau hari2 makan bekal masak sendiri pon jemu..hehee..sekali sekala kena la makan kat kedai. Cuba resepi2 ciptaan orang lain. Hah, ni nak bagitau..Kalau korang kerja atau tersesat sambil2 tunggu bas nak ke airport atau ERL ke KLIA2 kat KL Sentral tu dan berada dalam keadaan lapar (skema), korang boleh la try satu kedai makanan masakan Melayu nih..tapi kena jalan kaki sikit...ala takde la jauh dari NU Sentral tu..Seberang jalan je..


kalau pergi time lunch around jam 11 pagi ke atas tu, memang mabuk tengok lauk2nya
masakan kampung pulak tu
sekarang ni masakan kampung susah nak jumpa..masakan nepal banyak..haha..




kalau nak cakap pasal sambal, ada berjenis2 lauk sambal..








ni pulak pilihan sayur-sayuran
sayur goreng, sayur gulai, sayur sup, sayur mentah (ulam), ha segala jenis ada la kiranya









Gulai Kawah pon ada uolss
Panas2 dari kuali ha..

Ala carte pon ada kat kedai ni..Nasi goreng, nasi ayam, laksa, bihun sup, mee goreng, lontong, mee kari, ikan bakar, fuhhh!!! jejes2 ailio aku bila ingat2 balik senarai menu yang ada. Time nak pilih dah la rambang mata, time makan lagi rambang..hahaha... hah, korang try la pegi makan kat kedai ni..kalau datang lambat je sikit dalam kul 1 tengahari tu, penuh!! kena tunggu turn. Sebab kedai jual makanan sedap pastu murah lak tu, mau tak penuh orang kan??

Lokasi kedai ni senang je..Dari Nu Sentral tu, melintas jalan menghala ke Brickfields. Restoran Haji Shahol namanya..Kedai ni betul2 sebelah BSN Brickfields, bertentangan dengan Hong Leong Bank dan Pejabat Pos Jalan Tun Sambathan. Ni gerai bawah pokok yang besar-besaran. Nampak gerai yang betul2 sebelah BSN, itulah dia!! silalah cuba..aku memang sentiasa bagi 6 bintang untuk kedai ni...SELF SERVICE yang menyebabkan aku tak tentu arah pilih lauk.

1 comment:

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...