January 16, 2015

Magnum Ice Cream IOI City Mall Putrajaya

Yuhuu..dah masuk tengah bulan baru nak update konon2 macam baru masuk tahun baru..hehe..maaf la ye..sendu sendi blog aku ni..busy ya amat..demam dah 2 minggu tak kebah2...keje takleh cuti...banyak nau benda kena settle...

Tau kan kat Putrajaya dah bukak shopping mall besar kemain...taktau la sapa nak pergi buat besar2 tu..mula2 ramai la kot..lama2 nanti sendu gamaknya.haha.. Okay,  semalam ramai dapat bonus, mesti tangan gatal rasa nak beli macam2. Apa kata korang pergi try makan aiskrim Magnum tu. Skang dorang dah bukak outlet. Korang leh design la pebenda nak add kat aiskrim korang tuh.. Tapi harga dia mahal sikit la dari aiskrim yang beli kat tong Petronas tuh..hehee.. outlet dia ada kat Mid Valley dengan Pavilion.. IOI City Mall ni kira yang ketiga kat Malaysia. Boleh la try... 


ni time 9.00 malam
malam2 pon beratur panjang
siang yang panas taktau la bape panjang lak barisannya




kalau korang nak yang canggih2, berlapis2, kena dine in
kalau tapau, tak dapat la macam yang dalam balang2 tu..


#villagepeople
hahaa...mula2 aku macam berdebar2..macam mana la nak order ni..
kang orang belakang marah lak kalau tercangak2
so, ni tips utk villagepeople yang lain..hehe..


Step 1:
Kena bayar dulu
Bagitau jumlah aiskrim yang nak
Bayar, then ambil resit
Akan ada budak yang datang minta resit dan suh pilih topping
 Pilih 3 topping yang kat gambar ni..diulangi TIGA untuk setiap batang aiskrim
* anak aku yang sibuk nak pilih


Step 2 :
Dorang akan tanya perisa AISKRIM yang korang nak
boleh pilih Vanilla atau Brownies
Dia akan bukak dari plastik dan tanya nak celup dengan yang mana
ko pilih la coklat yang ko nak..
White Chocolate, Dark Chocolate, Milk Choco


Step 3:
Topping yang korang dah pilih tu, dia akan masukkan dalam bekas kat tangan kiri dia tu, dan goncang2 bagi sebati..pastu dia terus tabur atas aiskrim yang dah dicelup tadi tu
hehee...


Step 4 :
Dia tanya pulak nak drizzle dengan coklat apa
Aku belasah white coklat
sebab dah salut dengan milk choco



taddaaa....
RM9.90 sebijik

Tapi takleh makan selalu...nak muntah...hahaha...terlalu manis dan berlemak2 ooii...sapa suka, pergi ah try...cuma beratur panjang laaaaaa.....

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...