January 22, 2015

Cable Car Langkawi


Aku adalah manusia yang masuk dalam kategori gayat. kadang2 kalau kat rumah pon aku tak boleh berdiri dekat2 dengan tembok tepi atau balkoni hujung2. Rasa lemah longlai kaki ooii...Tapi baru ni pergi Langkawi, anak aku sebuk nak naik cable car tuh..alahai..suh Mr.MHR naik sorang2 bawak anak, dia taknak pulak..Kena naik sama2..Maka aku TRY!!

Harga tiket cable car ni RM20 untuk dewasa dan anak yang umur 2-12 tahun harganya RM15 seorang. Tapi kena provide MyKad & MyKid. Kalau tak kena rate outsider. RM45 kot..Kalau anak kau belum genap 2 tahun, takyah tanya kat kaunter tu. Kang bergaduh jadiknya. Dorang ni selamba je kira tahun. Kalau birthday anak kau Disember 2015 baru genap 2 tahun, tapi time pergi tu Februari 2015, lump sump je dia nak suh bayar harga kanak2.. Amboii..tiket flight pon infant tak kena caj selagi tak genap 2 tahun, ko lak suka2 nak suh bayar...so, kalau kategori infant, takyah bayar atau tanya.. budak2 part time je yang keje kat situ..masuk poket dia agaknya..geram aku!!

Mula2 kena beratur..Ada time pelepasan kat tiket ko tu..haha..macam kelakar..tapi ikut je..lepas beratur, sekarang ni ada 1 stop korang kena masuk namanya SkyDome..benda ni baru rasmi tahun lepas. So, masuk dalam tu untuk show ala2 4D dalam 4 minit macam tu..dah abes show, barulah gerak nak naik cable car. Aku takde gambar SkyDome tu..korang google eh..


1 cable car boleh masuk 6 orang (yang bertiket)
budak2 yang ada tiket pon termasuk sekali
nanti kena beratur dalam petak2 ni..petak 1 sampai 6..


barisan tu ada 4 row
so, lepas row depan naik. kita gerak ke depan la pulak..



sampai dah cable car nye
aku naik2 je lemah dah kaki
budak2 ni pulak berdiri kat pintu gondola ni
aku rasa nak gugur jantung dah tengok dorang gerak2..
Anak2 siap gelakkan aku
Aku kejong dah tahan diri..



ni 1st station
boleh turun ambil2 gambar pastu beratur balik untuk naik ke station kedua


tu station kedua atas gunung tu
hahaa..memang taklah kan!!
last2 Mr.MHR pergi cakap dengan orang yang jaga tu bini dia dah nak pitam
nak gerak kaki pon ngeri..haha..bodoh betul..
orang yang jaga tu suruh kitorang turun tangga melintas pergi ke seberang sana
sebab kalau tunggu sebelah sini memang semua gondola tu naik ke atas


ni gondola yang turun dari atas
kitorang dah menyeberang dah..tunggu gondola yang ada kosong2 boleh selit



Gondola yang turun mestilah penuh kan? sebab dorang dari atas tu berenam2. Jadi, kitorang ni menunggu la kalau ada yang kosong. Agaknya lama sangat tunggu, last2 ada 1 gondola yang turun dengan staff cable car tu 2 orang. Dorang pakai walkie talkie. Sampai2 je, dorang suh kitorang naik. Mr.MHR kata, member dia yang sebelah sana tadi tolong call kan agaknya. Sebab aku macam dah nak sakit jantung...hahaa..


gambar ni semua Mr.MHR yang amek..
aku duk pejam mata je..
Akeef siap bacakan Al-Fatihah untuk aku sebab aku penakut semacam
hahahaa....macam bodoh betul takut naik cable car..
tapi kalau dah namanya gayat kan..

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...