January 20, 2015

Laksa Sedap Langkawi

Kalau pergi Kedah mesti kena makan laksa kan? Langkawi tu dalam negeri Kedah..so, wajib makan laksa gak...Seperti biasa, walaupon tiap2 tahun pergi menjongket ke Langkawi, mesti nak mengugel jugak kan...last2 jumpa orang cakap pasal laksa power kat hujung airport. Meh la kita..


dorang berniaga dalam lori2 macam ni
aku tak recce pon mana lori
terus pergi kat lori yang first ni sebab dia tulis laksa power seperti digembar gemburkan...pastu ada gambar Chef Wan kat situ...mesti sedap nih!! haha..


pasembor pon ada gak
tapi biasa la..street food..takyah nak expect lebih2 la kan..


ko jangan ambil banyak2
kang kesudahannya, menimbun dalam pinggan


bila dah dipotong, campur sayur, tuang kuah, ha....



ni la laksa power tu
bagi aku best!!
sebab masam
laksa kalau tak masam, baik makan kari je ye...haha..
sedap ooii..kena la tekak aku..


rojak buah ada..cendol..air kelapa..
kiranya kalau korang dah makan kat sini, malam takyah makan
memang kenyang



Mak dengan Ayah aku selalu komplen pasal makanan orang lain
maklumlah, dua2 chef..huhuu..
tapi yang ni kena lak tekak masing2
siap esoknya lepas check in beg, kitorang kena lagi 1 kali...


Kalau dari airport, terus je lalu depan One Helang Hotel tu..sampai simpang 3, belok kiri. Depan sikit, ada la lori2 kecik ni.. Aku stop kat lori first sekali.. Korang try la ye kalau2 tersesat kat Langkawi tuh.. 

2 comments:

  1. pekat kuah laksa tu, nampak menyelerakan sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..memang menyelerakan..baru balik KL tapi dah rindu... :)

      Delete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...