June 6, 2014

Roti Jala Putrajaya

Salam Jumaat...

kikikiii...islamic tak kak ton? hehee.. suasana kat ofis aku ni kemain la sedap feeling2 cameron highlands giteww.. Subuh hujan membawa ke pagi maka udaranya pon nyaman la di hari Jumaat yang indah nie.. Nak resepi lagi? haha...muntah la korang tgk aku asek upload resepi.. tu blom lagi masuk bulan Ramadan yang lagi 22 hari nak menjelma ni..memang kalah la korang sebab aku akan update blog hari2 tunjuk apa menu sahur dengan berbuka..haha..sila jangan benci!!

Ingat tak aritu aku bercuti pergi Kelantan? Macam biasa la bila memusing dalam Pasar Siti Khadijah tu, benda2 tak patut beli pon kau akan beli kan? Jadi, dengan jayanya aku telah membeli kuali leper besi hitam legam nih. Kata nak menjala, harus la guna yang leper..guna frying pan tu aku tak feel..haha..lantak arrr....Murah je..mokcik tu kata RM15..macam biasa la kan sebab aku kecek luar...bila aku minta kurang RM10, trus dia setuju..nampak tak? nampak tak? maknanya memang RM10 la dia jual...tak baik tau up lebih2...

 

buat benda2 kraftangan ni memang mula2 semua tak berapa cantik
dah nak abes tepung, baru nak cantik!!


1 adunan ni dapat dalam 30 biji roti jala
aku buat 2 round..15 bijik sekali menjala..berpeluh ketiak duk tepi api.


kari ayam togel ni memang aku buat semata-mata sebab nak makan roti jala ni..

Resepi takyah la korang minta kat aku. Sebab aku adventurer. hahaha...semua benda aku campak je...janji jadi..sukatan pon aku taktau..selagi tak betul adunan, selagi tulah aku tambah macam-macam biar cukup sifat..Korang cari resepi kat blog yang meletop-letop resepi dorang ye...

Terima kasih kerana sudi membaca!! 
Silalah datang lagi..
Kalau nasib baik, hari-hari ada entry baru.. :)

2 comments:

  1. sedapnya kalau dpt mkn roti jala ptg2 ;)

    ReplyDelete
  2. hooooi roti jala sapa yang tak suka mmg rugi..
    kuah kari kuah gulai ngan kuah duriaaaaan laju sungguhlah..
    daaapnya..

    ReplyDelete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...