June 3, 2014

Resepi Nasi Ayam Simple

Hai diknon2...kak ton banyak keje la lately..tak cukup2 nafas nak ngejar semua benda..hehe...Ayah aku tak sihat..jadi, kitorang duk ulang alik..tahap penat tu lain sikit la gamaknya kan. Permulaan bulan Jun yang diharapkan memberi banyak rezeki untuk kita semua, aku nak bagi resepi nasi ayam paling simple. Kalau ni pon takleh ikut, tak dapek la den nak nolongnya..

Mula-mula start dengan ayam:

1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia. Dah garing, masukkan air dan ayam.
2) Kalau ayam kau de 2,3 ketul pastu nak sup sepiyuk besar, campak la kiub ayam tu sebijik. Kalau nak sup cukup2 je, takyah le letak kiub.
3) Bila ayam dah 3/4 masak, keluarkan ayam dan terus gaul dengan kicap lemak masin + lemak manis. Biarkan kejap.
4) Basuh beras dan sukat air gunakan air sup tu. Ni skill kena tinggi. Jangan lak pegi celup tangan nak sukat air dengan beras. Melecur jari tu. hehe...pandai2 la agak ok..pastu tanak la nasi tu.
5) Dah tanak nasi, goreng la ayam tu sampai masak. Nak masuk dalam oven pon boleh. Nak grill dalam pan pon boleh.


Kicap :

Letak kicap manis dalam bekas ikut kadar yang disukai, pastu campur dengan sup tu sikit. :)

Sambal Cili :

Kisar cili merah, bawang putih. Masukkan dalam periuk kecik, campur gula sikit, sos cili sikit,garam dan kacau2 sampai mendidih. Kalau nak pedas, time kisar tu, letak la cili padi 2,3 biji.


Sambil tunggu nasi masak, potong la sayur-sayuran yang berkaitan



taddaaaa.....jemput makan.. :)


sapa kata masak nasi ayam tu susah?
sonang bai tu. rajin dengan malas je kunci utamanya.

1 comment:

Resepi Bergedil Kentang Mudah

Musim korban ni, mesti banyak dapat daging korban kan?. Sedap kalau dibuat sup. Gengkan pulak jadi bihun sup dengan sambal kicap..fuhhh...h...