Arini aku nak citer Ayam Masak Kicap versi yang senang...oleh kerana Masterchef Selebriti S2 sedang bersiaran, so entry pon pasal masak ye..ni resepi balik keje cepat siap namanya..hehee..pastu xyah banyak2 kuali..makanan sihat dimasak bersama-sama...barulah sihat.. :)
Ini cara senang nak buat..
1) Ayam digaul dengan sos lada hitam dan kicap manis, perap kejap.
2) Sementara tu, goreng kentang yang dipotong ikut suka. Aku potong mcm wedges tu.
3) Lepas abes goreng kentang tu, bolehlah goreng ayam tadi.
4) Guna kuali lain, panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih dan halia (semua ni hiris halus)
5) Tuang kicap ikut keperluan. Sesuaikan dengan ayam.
6) Masukkan sos cili anggaran dalam 1 sudu
7) Kemudian masukkan air untuk berkuah sikit.
8) Campakkan cili api yang dititik sikit ataupon cili merah.
9) Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk. Aku tuang serbuk lada hitam je..Stok tu mmg ready.
10) Perasakan dengan garam. Aku masak tak pakai gula. Kalau korang suka, silakan.
11) Masukkan ayam dan kentang yang dah digoreng tadi. Gaulkan kejap, tutup api..bolehlah hidang..
tadddaaa....
sebab aku isteri yang rajin, maka sayur semua masak 1 kuali je..hahaa...kalau malas, boleh la guna 2,3 kuali..rajin terlebih mmg macam ni hasilnya...
okay, aku mmg pernah buat entry memasak ayam nih..cuba tgk kat sini ..tp aku tak letak pape resepi..bila tgk kat stats tu, byk keyword org duk gugel ayam masak black pepper kat blog aku nie..aku rasa bersalah plak bila org klik tapi xde resepi..aku tak expect pon yang akan gugel resepi ni org yang pandai masak. selalu yang makan kicap ni orang yang baru belajar memasak kan..budak2 kolej ke...so, manalah tau entry aku kali ni boleh mendatangkan manfaat untuk org lain..huhuu...ilmiah sangats hakak arini hockay..... :)
No comments:
Post a Comment