April 6, 2011

Kuay Teow Bandung satu!!

Hujan telah turun dengan lebatnya petang tadi..hahaa...ayat cam campo2 skema2 sket...

Tengah duk buat2 keje, terkejut dengar guruh kemain kuat. Dalam bangunan pon leh cuak2..hehee...Lama betul ujan petang tadi. Maklumlah, dah lama rasanya tak ujan. Kalau nak tido time malam tu, bukan la main panas. Menghempas2 Akeef kalau tido. Nak pasang aircond, tak elok tuk paru2 dia. So, memasing berharap kipas jelah.

Sebenarnya bukan citer pasal ujan. hahahaaa..macam biasalah aku nih..ikut jalan jauh..

Dalam lebat2 tu, tetiba rasa nak makan benda sup2 nih..hehee..aku mmg melampau sket bab imaginasi nih..terus gugel mencari menu yang sesuai. Nak masak, nan ado..sbb dah tau dah, balik kang kuyup..jadi takde de nak menyingsing lengan baju tuk menumis di dapur..gugel punya gugel, x jumpa menu yang membuka selera..tetiba bunyik sms masuk..

Suami : "yang, arini kita makan apa?"
~ agaknya memasing perut lapar dilanda hujan, sesama lak terfikir menu..

Isteri : "aritu kata nak makan k.teow bandung kan? "
~ aku pon cam tetiba je teringat kejadian aritu..

Suami : "hehee..worait.."

ntah apa yg gembira ntah..agaknya mmg nak makan k.tiow bandung la tue..saje je tanya...
dipendekkan cerita, sampai la kami kat kedai makan tu. ngam2 kul 6 petang. So, order la..k.teow bandung satu, nasi goreng USA satu..pas 10 minit, sampailah makanan tu..

Kueh Teow Bandung

Nasi Goreng USA

tapi..........kecewa..kecewa..kecewa...k.teow bandung tu xde rasa..harapkan kaler ngan sayur2 tu je..kuahnya xdek rasa..dia masak guna air je rasanya.bukan guna rebusan daging..aduhai..igtkan tercapai la impian..takde la nampaknya..

hurm, rezeki dah ada depan, kena la makan..xkan nak buang..suh dia repair pon, mmg camtulah gak rasanya sbb sup kosong je dia guna..takpelah kan..nak buat macam mana..harap2,esok lusa ada la rezeki jumpa yang sedap.. :)

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...