March 11, 2015

Sarapan Pagi di Ipoh

Minggu depan cuti sekolah kan? Mesti ramai yang cuti-cuti Malaysia. Aku minggu lepas dah cuti. almaklum..anak belom sekolah..hehe.. Nak share tempat makan sikit. Aku taktau la kena ke tak dengan citarasa orang lain. Tapi kitorang ok je..Sebelum mendaki nak naik Cameron, kena la cari makanan alas perut. Tak boleh berat2 sangat. Takut terbeluek di tengah jalan..hehe..


Roti telur goyang ni sangat popular time aku gugel dot com. Tengok gambar menggiurkan. haruslah pergi carik. Lokasinya kat Medan Selera Jalan Dato' Sagor, Ipoh. Senang je. Cari Stesen Keretapi Ipoh. Dia sebelah menyebelah je. Tapi yang medan selera asal tu tengah renovate. Dia kepong dengan zink2. Korang kena pergi belakang zink2 tu..haha..tapi jangan risau, dekat zink2 tu dia ada tulis guna cat siap dengan anak panah arah medan selera sementara. Fokus je. Mesti jumpa..



Tapi nak bagitau. Yang jual roti goyang tu, Ah So ni..takut2 ada yang tak berkenan nanti frust pulak kan. Dia memang jual roti telur goyang ni je. Roti disapu marjerin (masin) pastu dia bakar dalam oven tu. Bila roti keluar, terus dia letak telur 3/4 masak atas roti tu. Bila hantar kat kita, dia bagi sekali kicap dengan lada sulah untuk tuang atas roti..Mr.MHR suka..2 set dia order..huhuu...kenyang sampai tengahari..harga 1 set RM2.70..sedap sebab roti tu masin2 gitu.. Aku ok je kalau2 Cina kampung ni. Kalau korang tengok kat medan selera ni, penuh dengan pakcik2 makcik2 kampung. Makan telur 3/4 masak tu 3 bijik sorang..barulah sihat dan kuat!! hehe..

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...