February 17, 2015

Maggi Ketam @ Bangi Gateway

Macam banyak cerita makan je pulak kan.. Tapi takpelah...makan ka seronok..bila dah gemuk baru nak sentap kan? hahaa.. Dekat Bangi kan sekarang ada macam2 benda nak tengah membangun. Orang2 Putrajaya pon dapat la tumpang sekaki. Lagipon kat Bangi, majoritinya orang Melayu.. Sedap la sikit nak join.. 

Baca2 blog, dorang kata ada kedai jual Maggi Ketam kat Bangi Gateway tu. Restoran pon ada. Tapi aku tak berapa pasti Seksyen berapa. Kebetulan pergi cari tudung, singgah la try makan yang kat food court gateway tu..


dia lot kecik je kat food court tu
depan tempat jual air

Dia ada macam2 jenis magginya. Tapi sebab memang dah set dalam kepala nak try yang ketam, so aku pon order la Maggi Ketam tu. Pastu Mr.MHR order Maggi Cambol. Aku tanya la, cambol tu pebende..tak penah lak dengar..cambol tu, bebola campur..haha..fishball, crab ball dengan chicken ball tak salah aku. dia tulis kat situ Maggi Ketam RM13, Maggi Cambol tu RM7.


Dia masak satu-satu tau..Untuk maintainkan rasa katanya..Pas order, tunggu dia masak pastu baru pergi bayar dan ambil. Waktu bayar tu, aku dah siap2kan duit hulur RM20..Tapi tetiba dia cakap RM22..eh, dah naik harga ke? sekali dia cakap, sebab tambah telur, add seringgit..Tapi telur tu bukan aku yang minta tambah tau..Dia yang tambah sendiri pastu dia caj..haha..tu bab yang tak bestnya..Patut letak siap2 harga with and without..Senang orang tau awal2..Kalau kena orang yang memang ngam2 dah bajet, tak ke kesian..

Okay, sila lah try.. :)

No comments:

Post a Comment

Bilik Fuller Hotel Alor Setar

Ha, mesti bila google tak jumpa banyak info pasal Fuller Hotel ni kan? tu yang datang kat blog aku ni..tahu dah..sebab hari tu aku pon goog...