August 25, 2014

Jamuan Raya Kecil-kecilan


Sabtu lepas, kitorang buat makan2 sikit kat rumah. Takdelah open house..Panggil kawan2 dekat makan2 tengahari..Sekali, sampai kul 10 malam dorang datang..Dah orang datang, layan jelah.. Disebabkan semua benda aku masak sendiri, jadi aku putuskan untuk jemput 5 tahun sekali..hahaa..

Mula2 MR.MHR cakap dia jemput dalam 10 orang je macam tu. Tapi, tetiba tersebar kat group WA dia cakap "nasi lemak dia sedap!!", maka tetiba berdoyon tiba..kembang jap montot sebab nasi lemak dipuji disegenap dimensi..hahaha.. kira berjaya la aku gamaknya walaupon mula2 macam yakin tak yakin nak jamu orang..ini 1st time lepas kahwin..Sebelum ni semua kontrak masak mak aku yang buat.. Okay, disebabkan caterer adalah diri sendiri, terlupa nak snap gambar awal2..jadi, ni la makanan dah hujung2 waktu..haha..janji ada buat kenang-kenangan..

Menu makan yang ada:

Nasi Lemak
Sambal Ikan Bilis
Laksa Penang
Nasi Impit
Kuah Kacang
Rendang Ayam Kampung
Roti Jala
Kari Ayam
Satay
Kuih Talam Keladi
Air Oren (bila malam dah bertukar rupa)

ha, tergamak tengok menu aku? Punyalah banyak benda nak letak sampaikan buah tembikai beli, aku tak hidang pon. Ada lagi dalam peti ais tu..balik kang bancuh buat air la nampaknya..


Walaupon meleleh2 peluh dorang makan sambal tu, tetap gak ulang..
tak kick la kalau sambal manis kan... :)
Laksa panjang tu laksa yang ready dah macam kueh teow tu..licin!!susah nak suap masuk mulut...asek melorot je.. benci iolss


gigih tak gigih aku masak nasi lemak 3 kali
anak2 makan bertambah2 sampai yang baru belajar makan solid food pon kemain ulang alik...hahaha...suka ai!!


ni menu feveret
bakar, abes..bakar, abes...


nampak macam buruk letak piyok nasi ke?
ahh...senang..keep warm je..barulah ala2 hotel...hahaha..
aku takde gajet2 mahal..piyok nasi oldskool je pon boleh...


Ni memang dah last kopek
Kuah kari dah abes orang kaut buat makan dengan nasi


hehee..cinonit je yang tinggal..
ni aku tempah...tak sempat menalam dua muka..




Maklumlah, air ni posisi dia rendah..selain memudahkan anak2, memudahkan mak pak nak berborak...kalau tak kang budak2 ni asek suruh mak pak isi air je..jadi, biar dorang isi sendiri..tumpah boleh lap kan..tapi Abam kan ada..dia tolong jaga kawasan..

Time Maghrib tu, mertua aku baru nak datang. Siap cakap datang ngan nenek dan makcik. Okay, bab ni tak syok nengok makanan yang tinggal sebab takkan nak bagi mertua makan makanan siang hari kan..jadi aku menyinsing lengan lagi..hehe...


tadddaa...
perasan ala2 bihun catering hokay..



ni memang dah batch malam..


ni air sirap pandan (sebab nak feeling ala2 kampung)
tapi sebab aku tuang je sirap dalam balance oren tu, nampak macam ribena plak
lagilah budak2 duk ulang alik

Selama ni aku puas gugel time mula2 dapat kuarters sebab nak tengok macam mana la rupa rumah aku..tapi takde orang upload keadaan rumah..So, macam ni la lebih kurang keluasan rumah kuarters Presint 5R3... banglo aku tak siap2 lagik..hehe..



Kawan2 yang datang semua cakap size rumah ni besar compared to kuarters yang dorang dapat...ha, memang sesuai besar sebab senang nak meniaga...hehe...ok bai..lain tahun kalau rezeki lebih, aku buat besar2an sikit.. :)  doa-doakan ye..


2 comments:

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...