June 27, 2013

Juara ooii...


Lamanya duk relax.. :)


Tengok tak? Aku memang la tengok..hehe..ramai yang tak berapa puas hati Syura tu menang. Apsal? jeles eh..Aku rasa dia memang layak menang..sebab dia bukan la teruk pon masak. Pastu dia masak apa yang dia tau..asal dapat ayam je mesti la dia nak masak ayam masak merah..pastu rendang la..dapat ketam, terus masak lemak cili api...helloooo...ni masterchef Malaysia hokay..tak perlu la ko nak kelam kabut duk masak risotto la, steak la, segala mak nenek sos yang tak diterima tekak..harapkan nama je gah..

Bila dapat je bahan, aku dah agak dah apa dia akan masak..Makanan dia senang..hias lebih kurang ngn campur nasi semangkuk, chef mesti cakap "sedap...boleh diterima.." huhuu...aku kalau masuk masterchef pon aku nak belasah rendang, daging masak kicap, sambal belacan tumbuk..hahahaa...apedehal..ko mana leh marah aku..dah tentu2 aku tekak Melayu kan...ikut suka la...Masterchef US tu takde lak dia masak makanan worldwide kan? dia masak makanan dia jugak..tapi, wah....kemain ko puji2...nape? kalau Masterchef tu maknanya kena masak makanan luar negara ke? kalau masak makanan Malaysia ni tak layak? pemikiran masih kampung lagi nak komen orang masak ayam masak merah...puuii...hahaha..marah aku arini...

Yang paling penting, Syura ni dia tak hipokrit..eh, tak pasal2 aku macam kipas susah mati si Syura nie..dia tak malu pon nak ngaku dia tak pandai English..perasan tak? bila masak kat kelab golf ke, hotel ke, automatic sumer nak cakap omputih...hambooii...kalau setakat juri kau Zainal Abidin duk nyanyi lagu bumi yang tiada rimba, ko cakap Melayu je sudeh! ni berbelit lidah duk explain guna English, tak sedap gak ko masak kan..orang Malaysia memang sangat double standard ye gamaknya..guna bahasa Melayu, takde lak ko mati tertekan kat situ kan? aiseh.....

Ha, asal lak aku macam tetiba bengang...hahaha...

Ni entry campo...bila citer pasal guna English ni, korang de Keek? aku ada...tapi aku tak upload video pon..just nak tgk retis2 nie..aku PALING perasan, retis2 ni asal up video anak yang kecik2 ni, KOMPOM cakap ngan anak base omputih okay...yelah, anak ko sekolah mahal kan...yang sekolah anak, ko sekolah menengah pon tak abes kan?? ayat popular bila buat video " what are u doing? " tu je yang ko reti cakap bila tanya anak...eh Serina anak Chef Wan yang kompom2 laki dia omputih pon cakap ngan anak dia "Bella, tengok ikan belakang tu...cepat la Bella.." takde pulak dia nak cakap "Bella, look look..fish fish...behind you.."

kbai...

No comments:

Post a Comment

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...