September 19, 2011

Apam Dot Dot...

Tahu kah anda saya menerima tempahan untuk buat apam polkadot? hahaa...Minggu lepas aku tak dapat nak buat tempahan open house orang sbb anak tak sihat. Ada la 2,3 kawan yang tak dapat nak merasa air tangan aku ni gamaknya..hahaha...sewel tol...Semalam, ada member aku call mintak buatkan apam polkadot ni sbb nak bwk pg opis dia ada potluck sempena raya. Dia dh bosan org asek makan kek je so dia suh la aku buatkan. Dia yang bosan, aku yang kena buat kan..boleh? aku ok je la kan...rezeki Tuhan nak bagi sambil dapat menolong kawan2...

Selalunya aku buat apam ni hujung minggu je bagi tempahan khas sbb hari keje kan mcm penat sket..selain tempahan khas, aku mmg buat apam ni utk restoran makcik aku..tp aku bancuh setiap 2 hari la..Ahad, Selasa & Khamis...tapi dah dia ni kurang paham bahasa sket, kena la aku buat gak pas maghrib tadi. Baru je siap packing semua dalm kul 10.30 td..esok otw aku pegi keje, aku singgah la bg kat dia..suh dtg amek skang, jangan harap dia nak datang...hehee..

Aku tak sempat nak amek gambo bebanyak sbb aku dah letih mewarna apam ni..short notice mmg le letih kan...So, ni jelah yang sempat aku snap...silakan menjamu mata... :)


Oh lupa..kalau org order apam aku nie, aku register namanya sebagai MAM's Sweeties...mcm M&M's kan? barulah Amerika!! hahaa...kalau korang jumpa bekas2 plastik yg de sticker tulis MAM's Sweeties tu, hah,tak reti2 lagi sapa owner dia..kwang3x...


Kawan aku order suh agihkan 3 bekas sbb dia kata senang xde org serbu 1 bekas je nanti..Jadi aku isi macam ni..1 kotak ni leh muat 44 bijik..aku jenis simetrikan semua dalam tu..tu yang tak genap 45 bijik tu..hahahaa...

Lagi satu aku jenis pembuat apam yang tidak menyukat inti aka filling tuh..aku ubuh je ikut selera mata aku..tu sebab SELALUnya dan keBANYAKkan apam yg aku buat isinya melimpah2...nampak mcm tak cantik kan tp yang penting isi..bila korang makan, meleleh intinya keluar..barulah menjilat jari ala2 kepsi tue...ni IKLAN percuma ok..hahahaa....

apam polkadotYang ni contoh apam yang aku buat untuk restaurant tue..aku siap2 bungkus dalam ni..sebekas de 12 bijik..RM5..sbb siap bekasnya sekali...bekas plastik mahal la skang..aku xtau caner nak kurangkan kos lagi..tp alhamdulillah laku sbb org pon paham kot kos yang meningkat naik skang...jadi, de la lagi rezeki aku...meniaga tak boleh tamak.. :)

So, kesimpulannya, kalau korang nak order ngan aku, silalah..hehee...harga murah je aku bagi..tapi minimum order kena 50 bijik la ye sbb tak balik modal kalau bancuhan separuh atau kurang dari tu...

Aku letak harga skali kalau2 ada yang nak order ye....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apam Polka Dot WITHOUT Filling

50 biji : RM 15.00
100 biji : RM 28.00
( Dibungkus dalam bekas plastik transparent )

Apam Polka Dot WITH Filling
(3 jenis filling : boleh pilih)
50 biji : RM 20.00
100 biji : RM 33.00
( Dibungkus dalam bekas plastik transparent )

Fillings
Blueberry
Strawberry
Chocolate
Chocolate Chips
Red Beans
Peanut Butter
Orange
Lime
Kaya

Warna
Boleh pilih 2 kombinasi untuk sebiji sebab kalau 3 warna sebiji, dah carca marba gamaknya... (^_^)

Kalau tambah filling menjadi lebih dari 3 jenis,
kena add 50 sen untuk setiap filling yang ditambah bagi setiap 50 biji ye...

*****************************************************************************************
SPECIAL ORDER

Untuk tempahan istimewa, sila hubungi saya terus sebab boleh saya quote ikut apa yang anda mahu. Kalau order lebih 500biji, harga boleh KAUTIM..

terima kasih kerana sudi membaca...

2 comments:

  1. adq nk jugak...terliur lak tgk..heheh..

    ReplyDelete
  2. promote la kat kawan2..poslaju pon boleh...jual lebih, upah pon lebih..huhuu...

    ReplyDelete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...