December 7, 2015

Cara Semak Hutang

Orang selalu takut bila cerita bab blacklist ni..Ha, dah lama sunyi tetiba cerita pasal blacklist lak kan...Skang ni susah nak update blog..semua kena blocked..

Okay, kalau korang ni selalu dapat call dari bank ke, ejen hutang ke, sapa2 ke yang selalu gertak2 cakap korang ni blacklist ccris la ctos la, korang jangan takut...

Kadang2 mesti cuak..kita ni manade utang tapi bank asek call cakap kena bayar tu kena bayar ni.. Jadi untuk gertak balik dorang tu, korang kena prepare la kan...baru leh maki balik orang yang suka call2 macam Ah Long tu..

Senarai laporan hutang kita ni boleh dicetak secara PERCUMA je.. Tapi korang kena pergi Bank Negara Malaysia (yang dekat sebelah Dataran Merdeka tu).. Dan kena datang sendiri bawak MyKad..takleh wakil2..


Masuk je BNM tu, dia ada sediakan 4 kiosk layan diri..ikut arahan yang diberi..




Bila dia dah nyala tu, letak ibu jari tangan kanan..itulah sebab kena hadir sendiri..atau korang boleh potong jari kirim kat wakil..hehee..




Taddaa....dia akan cetak segala jenis hutang yang kau ada..kalau ada beli kereta, rumah, personal loan, kad kredit even buat loan ASB yang bayar bulan2 tu pon ada..kiranya segala transaksi hutang ko ada dia tulis kat situ.. 

Kalau rekod tu tulis 0 0 0 0 dari bulan Januari sampai Disember tu, maknanya korang ni kira pembayar hutang yang bagus.. Takde delay..kalau dia tulis 1 1 1 0 0 1 0 0 maknanya ada la bulan yang terlambat bayar..dia kalau ko lambat je bayar, terus dia letak 1 .. Tapi kalau awal bayar, jangan berangan dia akan letak -1 ..haha..

So, pergilah check..sonang bai!

2 comments:

  1. Sis, tqsm for the info.. ramai x selalu yang p cek...lame ke nak tg... sis.. jemput ke blog sy juga ye.. ade share tips untuk kekal sihat cara yang selamat.. >>>Tips untuk kurus secara semulajadi! <<<

    ReplyDelete
  2. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...