February 13, 2015

Suka Sucre

Bila sampai angin nak makan dessert, sepanjang minggu la dok scroll instagram menengok hashtag dessert kan? Lastweek meleleh ailio tengok hashtag macaron. Kalau order kat home2 baker tu, kena beli sampai 12 biji sekurang2nya. Jadi, cari2 la kedai yang ada jual boleh beli sebijik dua. Dari KL otw nak balik Putrajaya, singgah kat Cafe Fazley tu...Kat Cheras je..tak jauh..







tujuan asal nak beli macaron 2 bijik je


tapi ada macam2 benda yang dia jual
ikutkan hati cheesecake ni pon aku nak tapau gak tapi ditahan!


waktu aku datang tu, ramai gak yang tengah dine-in
kebanyakkannya family..cozy tempat makannya
adeco dia terasa2 ko berada kat peghancis hokay..


misi membeli 2 bijik macarons tercapai
kaler pink tu namanya Bandung, lagi 1 tu Lavender


amek kau..kemain besar aku tepek gambar
ni namanya MACARON DINOSAUR
comel je dinosaur ni kaler pink..hehee
takde dalam misi, tapi aku beli


yang ni lagilah takde dalam misi
tapi bila tengok dalam cermin tu takleh tahan
so, TERbeli..huhuu..

Masuk je dalam kereta, anak beranak tu tak sabar nak makan. Aku cakap makan kat rumah, nak jugak makan time tu! jadi, bagi je makan dinosaur..lepas 10 minit, dua2 tu busy lawan nyanyi.. sugar rush!!


Ni harga & alamat kedai
kek cekelat tu sedap tau!!
patutlah dulu dia buat lagu cokelat kek...hahahaa..


No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...