January 4, 2021

Kek Red Velvet RM2.10

Suka makan kek red velvet ke tu? Tapi kalau beli sebiji, makan modal jugak kan. Kena pulak kalau anak-anak sejenis asyik makan tanpa henti..hehe..

Korang boleh try tepung kek premix dari Eco Shop. Ha, sis promote kedai eco hari ni. Kat kedai Eco tu selalu tepung ni ada 2 brand. 1 brand Mauri, 1 lagi Noraini's. Waktu aku pergi aritu, Noraini's dah habis. Jadi, sauk brand Mauri. Senang nau nau ada tepung ni. Sepeket RM2.10. Beli la 2 peket. Boleh dapat kek untuk size 7 inci. Sedang molek.




Ikut je arahan kat plastik tu. Confirm menjadi. Dia tak tipu.


Aku buat 2 peket. Tapi loyang kecil2. Jadi kena guna 2 loyang.
Bila dah siap bakar tu, kerat dua. Sebab nak letak cream cheese tengah2.



Tadddaa...dah siap. Waktu potong tu mesti ada yang tak rata kan? hahaa..maklumlah bukan professional baker. Maka, yang tak rata tu, serpihannya kau tabur la atas kek yang dah disapu cream cheese. Resepi cream cheese pon senang je. 125g cream cheese + susu pekat. Sesuaikan ikut rasa masam manis kegemaran sendiri. Kacau sampai smooth sikit, dah boleh sapu kat kek korang.

Senang kan?

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...