January 2, 2021

Sambal Tempoyak Goreng

Hari ini aku nak bagi resepi paling mahal dalam dunia sebab guna raja...
Sambal Tempoyak Goreng!!

Guna raja buah mestilah paling mahal kan? Lauk ni kalau buat, makan dengan nasi panas-panas campur dengan telur dadar dan ulam-ulaman, hurmmm...kelaut la semuanya.

Lauk paling senang buat. Cuma perlukan :

✅ Tempoyak 2 senduk
✅ Petai
✅ Cili padi kisar (ikut tahap berani)
✅ Udang putih (udang rencah) atau ikan bilis. Tapi aku suka udang
✅ Daun kunyit
✅ Bawang besar (hiris)
✅ Garam dan gula secukup rasa

Nak masak lauk ni senang je. Semua bahan-bahan tu digaulkan dalam mangkuk siap-siap bagi sekata kemudian kau panaskan minyak dalam kuali. Lepas minyak panas, lebur je semua bahan danlam mangkuk tu ke dalam kuali. Api jangn besar sebab nanti hangus kau punya tempoyak. Masak sampai minyak tu terbit. Dah terbit minyak, boleh tutup api, angkat dan silalah baca doa makan.


Ha, dah pergi masak. Nanti asyik baca blog je, lapar orang kat rumah kau tu 😂. Nanti jangan lupa tinggalkan komen menjadi ke tidak resepi aku bagi ni. Resepi senang kalau tak jadi, sentap la aku. Malas nak bagi resepi susah lepas ni..

kbai....

No comments:

Post a Comment

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...