July 11, 2016

Resepi Rendang Ayam Mudah Simple


Selamat Hari Raya!!! 
Kawan2 nak datang rumah, pastu kau pening nak masak apa? ha, akak bagi resepi rendang arini..senang je..mesti korang bangga ngan kawan2 kau rendang kau sedap deknon..hahaa..jangan le compare resepi aku ni dengan otai2 masak yang hebat2 kat blog ni..ai is blogger picisan..resepi lepas untuk makan kecil2an gamaknya ye... :)

Okay, sila salin...bagi step by step tau gambarnya..kalau tak reti gak lagi, taktau le..


Bahan2:
1 ekor ayam
1 kilo santan
10 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
10 batang serai*
3 inci halia*
3 inci lengkuas*
Segenggam cili padi*
Sesenduk cili kering*
2 sudu kerisik
Daun limau purut
Daun kunyit
Asam keping
Garam

Cara2:
1) Korang kisar semua bahan bertanda *

2) Lepas tu masukkan bahan kisar dalam periuk dan masak atas api. Takyah tumis. Kau bukan nak buat sambal tumis.. Nama pon rendang kan...

3) Bila dah mendidih bahan2 tu, kau masukkan ayam dan tunggu sampai keluar semua air ayam dan minyak dia tu..Sambil tu kacau rendang tu..kang hangit yang bawah..

4) Masukkan santan, daun limau purut, daun kunyit, asam keping..

5) Kau rajin2 la kacau.. Dalam sejam macam tu kena tunggu menghadap dia.. Jangan berangan nak tengok tv time ni kay..

6) Bila rendang kau tu dah nak mengering, masukkan kerisik dengan garam.. Rasa le okay ke tak..pastu siap la...

Kalau nak berkuah buat cicah roti arab, takyah le sampai kering2 sangat.. Kalau buat rendang sebab nak bawak pegi backpacking ke Korea, buat le kering2.. Kang banjir lak beg ko kang...


Watermark tu nama bisnes online aku..jangan kata aku curik gambar orang lain lak tau..kalau korang nak tengok resepi2 lain, boleh la like page Mini Catering by ARE tu ye...kalau malas nak cuba resepi ni, nak tempah pon ai sudi..haha..

No comments:

Post a Comment

Bilik Fuller Hotel Alor Setar

Ha, mesti bila google tak jumpa banyak info pasal Fuller Hotel ni kan? tu yang datang kat blog aku ni..tahu dah..sebab hari tu aku pon goog...