July 5, 2014

Satay Sedap Tak Tipu Punya


Ini bukan cobaan..Ini betul2...tetiba je blog aku nak promote barang. Macam la ramai sangat follower kan? hehe.. takpe..rezeki, kita tak nampak. Yang penting usaha..

Nah!! ada 1 usahawan baru (suami isteri) start bekalkan satay frozen siap dengan kuah kacang dan yang paling penting harga cuma RM10 je sepeket. Korang akan dapat 15 cucuk satay ayam atau 13 cucuk satay daging. Maklum le, daging rege mahal sikit kan..

Dorang ni home-based sahaja buat masa ni. IKS kekdahnya. Satay ni dinamakan SATAY PAK ABU..resepi turun temurun. Sejarahnya, dulu dorang meniaga buka gerai kat depan Balai Polis Wangsa Maju tu..Tapi disebabkan berpindah tempat kerja, maka tak boleh nak teruskan berniaga gerai di tempat lain. Jadi dorang supply satay frozen untuk kegunaan domestik..chewahhh..ayat marketing sangat hokay.. :)

Satay ni memang diperap dengan rempah2. Cukup sifat. Bukan sekadar lumur garam kunyit je. Yang paling penting, kuah kacang yang dibekalkan memang meletop kebabom. Korang boleh LIKE facebook dorang seperti link kat bawah ni. Boleh baca testimoni2 yang customer bagi. 


Facebook : Satay Pak Abu


Instagram pon ada. Marketing besar-besaran ikut peredaran zaman

Instagram : @sataypakabu


Macam yang aku cakap awal2 tadi, benda paling utama, satay di harganya cuma
RM10 sahaja ye...


Silalah LIKE, FOLLOW dan BELI
hihihii...

Kalau takde aral melintang, katanya lepas Hari Raya Aidilfitri 2014 ni, gerai tu akan dibuka semula untuk perniagaan. Nantikan la update terbaru dorang kat link2 yang aku bagi tu ye...

Terima kasih!!

2 comments:

Resepi Bergedil Kentang Mudah

Musim korban ni, mesti banyak dapat daging korban kan?. Sedap kalau dibuat sup. Gengkan pulak jadi bihun sup dengan sambal kicap..fuhhh...h...