Selalu aku post gambar je kan..arini baru nak membebel..lama dah tak bebel2 borak2..tapi rasa macam dah lama pendam..Sinilah tempat meluahkan perasaan..hukhukk..
Aku sangat tak faham apa dalam fikiran orang-orang yang suka meniru ni. Terutama zaman semua orang nak berniaga sekarang ni..Dulu time kita sekolah, orang meniru sebab tak pandai kan? Jadi, yang suka meniru bab berniaga ni pon maknanya dia tak pandai tapi sebab orang lain buat dan ada hasil, dia pon nak buat jugak. Tapi yang paling menjengkelkan, dia jual benda yang sama. Aduhh..bila cakap, mesti orang2 ni jawab "rezeki masing2"..
Dulu, aku berniaga kain dari Bandung..Dari tahun 2008 rasanya aku buat..waktu tu memang best sebab aku je yang selalu ulang alik Bandung..hehe..jadi, aku jual mesti abes..Then, bila masuk 2011 dah ramai orang ke Bandung. Jadi, market aku semakin kecik sebab orang beli sendiri..So, aku pon decide, tak yah berniaga kain dari Bandung.. Dalam pada tu aku berjinak-jinak jual kain dari Vietnam pulak. Yang ni syok sikit sebab kain cotton. Bila dapat je tiket murah, terus aku laki bini pergi membeli stok. Sekali kaut memang makan kodi. Alhamdulillah, sedap berniaga time tu. Pastu, macam biasa, dah ramai orang kita ke Vietnam. Maka, tak berapa laku..huhuu...jadi, aku takmo jual kain cotton Vietnam lagi.
Start 2012, aku buat bisnes perkhidmatan chocolate fountain..hahaha..korang mesti pening..aku ni memang macam2 aku try jual. Sebab aku rasa pas balik kerja, macam bazir masa je setakat baring2 depan TV. Bisnes yang ni takde la terkenal sangat sebab aku punya deco tak vavavom sangat..Tujuan aku aritu biar kat majlis ko ada chocolate fountain. Deko beria akan menyebabkan kos meningkat. Baik ko lebihkan makanan dari hiasan sebab akhirnya deko tu semua jahanam kena coklat..haha..tengah sedap2 buat servis tu, ada 2,3 orang mesej tanya mana nak beli, macam mana nak buat, berapa harga nak letak..Aku bukanlah nak cakap aku baik, tapi aku tak sampai hati bila orang tanya. Mana yang aku boleh share, aku share la..Tapi, logik tak ko tanya aku? Pastu ko buat benda yang sama dan target market korang adalah target market aku jugak?
Sekarang ni aku fokus bisnes makanan. Sebab memang keturunan aku dilahirkan berniaga makanan agaknya..hehe..kitorang laki bini berulang alik 90km sehari semata-mata nak pastikan resepi makanan tu betul2 berkualiti..Alhamdulillah, tak menang tangan terima tempahan. Kena pulak bulan raya ni, lagilah bertubi-tubi masuk pesanannya. Dan untuk pertama kalinya, kitorang terlupa bila tarikh gaji sebab rezeki berniaga tu ada..Maklumlah, bila kerja makan gaji ni mesti tunggu je time gaji..haha..
Tapi lagi sekali aku down sebab ramai yang mesej tanya resepi dan nak berniaga benda yang sama sebab "tengok kau macam sedap je ramai orang order hari2..nanti boleh la aku try jual kat ofis jugak..takpe, jangan risau..aku tak potong line kau.." ha...kadang2 aku tak paham apa la masalah dorang ni..Kalau dah aku berniaga kat ofis, ko pon nak berniaga kat ofis yang SAMA, bukan ke LINE kau ngan kau tu sama?? kenapa kalau aku berniaga nasi, ko takleh berniaga air? kenapa ko nak jual nasi jugak?? ha, faham tak metafora...tolonglah jangan jadi peniru...kan bagus kalau sama2 support bisnes kawan2...bila kena kat batang hidung kau sendiri, mesti akan jawab, "takpe, rezeki masing-masing..." tolonglah berubah!!
saya nak resipi satey pak abu leh tak saya nak niaga kat putrajaya gak
ReplyDeleteegeehehheheheheeee