Showing posts with label Bebel. Show all posts
Showing posts with label Bebel. Show all posts

June 5, 2014

DNA Babi

Amek kau...tajuk babi aku nak tulis hari ni. Stressed aku hari2 org post pasal masalah cekelat tu kat fesbuk..Kejap ada, kejap sah takde..pastu siap suggest nak buat majlis makan cekelat beramai2 nak memastikan cekelat tu SUCI MURNI..

Benda bab2 DNA yang melibatkan oink oink ni memang sensitif kepada orang Islam. Patutnya benda-benda ni dikawal 100%. Tapi kalau dah wujud unsur rasuah, benda haram serta merta boleh bertukar halal kan?

Aku rasa benda ni takyah la nak dijadikan isu. Banyak lagi kedai makanan yang confirm2 tidak berstatus halal yang orang2 kita ni redah..Cuma bila takde mention babi, orang masuk je bedal pebende yang orang tu jual. Tak kembang ke tekak bila orang tu tulis "No Pork, No Lard"?? Walaupon takde menatang tu dijual, baca je pon dah boleh menyebabkan loya kembang tekak nikan pulak nak masuk makan..Takyah la kita mengikut2 sangat orang2 yang suka sangat pergi makan kat tempat2 yang status meragukan. 

Kalau sekali orang dah cakap benda tu haram, dah! jangan makan walaupon selepas 3 hari keluar pulak statement ianya halal dimakan...ko tak terasa ke walaupon statement dah berubah tapi bila tgk benda tu ko terbayang babi? hahaa..sebab tu aku suka pergi Indonesia. Peniaganya jujur. Kalau ada babi, dia letak terang2 babi..Kalau halal, de terang2 halal (tapi mahal nak mampos)..

Tepuk dada tanya selera. Kalau nak, silakan.... :)


*sumber Google*

April 15, 2014

Cara Deposit Duit Syiling Di Bank Rakyat


Akak memang rajin mengupdate ni deknon2 ooii..angin nak upload dah sampai...aritu dia bz ikut perkembangan MH370..

Aku nak cerita pasal cara nak simpan duit tabung. Bukan menabung ye deknon..hahaa...dalam tabung mesti berlambak duit syiling kan? boleh kira berapa ramai je yang berlambak duit kertas dalam tabung dia..bila ko dah kumpul2 penuh tabung tu, mula la bercinta nak bawak pergi bank. Orang malas nak bank in dalam bank sebab pertamanya berat nak angkut syiling tu ke bank..pastu lepas 10 hari lak baru duit tu masuk dalam akaun kan?

Hah, itu semua dolu2 ye deknon..sekarang ni dah canggih...kat rumah aku de tabung botol susu yang kecik tu. Baru ni Akeef dah penuhkan..aku pon taktau dari mana dia dapat duit penuhkan tabung..hehe..bila nak isi lagik, dia kata "Ibu, tabung abam dah kecik..tak boleh masuk duit posen"...jadi, kena la bank in mana yang ada..xkan mak ko nak buat belanja opis hari2 lak..mau putus handbag angkot syiling hari2..hehe..

aku memang malas nak mengira...so, Mr.MHR yang kira..dia kata ada RM170.. jadi, kitorang pergi la bank. Yang aku tau de perkhidmatan ni Bank Rakyat dengan Bank Islam je..pastu kat Tesco Kajang de 1 mesin coin ni jugak.. aku trus pergi bank rakyat je...


Mula2, ko tuang semua syiling kau atas tray tu...


pastu tolak ke kanan tu macam de slot..tolak sikit2..time ni memang orang dalam bank semua pandang kau le..sebab bunyi syiling kan kuat...selagi ko tak tekan button HENTI, selagi tu la ko boleh add syiling nak bagi genap ke, nak bagi kurang ke..syiling yang dia reject, akan turun kat lubang tepi mesin ni..ko boleh masukkan balik dalam slot nie..tapi syiling baru 10 sen memang banyak dia reject..dia confused 10 sen dengan 5 sen kot..


waktu godek2 tu memang banyak syiling 10 sen yang keluar balik pastu aku ganti ngn syiling dalam beg aku sebab nak genapkan 170 la konon2.. tapi terlebih plak 30sen...polisinya kalau ko kira kata ada rm200 tp mesin kira rm190 je, ko kena terima yang 190 tu punya nilai...kalau tak puas hati, boleh cancel...kalau puas hati, tekan terima then dia akan kuar la slip macam kat atas nie..


pastu, ko pegi isi borang ni, amek nombor giliran dan tunggu sampai dipanggil. Syiling tu  kena masuk dalam akaun Bank Rakyat la ye sebab ni mesin bank rakyat..dia takkan tukar dengan cash terus..Cuma pas ko deposit tu, kalau nak gak duit tu, pegi la withdraw kat ATM..duit tu memang terus ada dalam akaun..takyah nak tunggu sampai 10 hari...

April 10, 2014

Bukan Anak Ikan


"Aku suka makan sardin...kena pulak kalau goreng cili padi...malatop kau!"


"Eeiii...aku takleh terima sardin...hanyir...mackerel pon sama...kiranya adik beradik sardin tu memang aku tak makan...kembang tekak.."


"Aku tak makan sardin...mackerel pon tak makan...selalu aku makan ikan laut je..ikan selar, ikan pari, ikan kembung, ikan jaket...ikan2 lain ni takleh terima le..."




Nah! Orang suh tgk masterchef xmo...asek tgk sebenarnya saya isteri dia lah...abang jebat lah...mr arrogant la...pastu ko geli2kan makanan feberet aku...

Sardine dengan mackerel tu adik beradik sebab dorang adalah sejenis ikan...dua2 memang le hanyir...sebenarnya tahap hanyir tu bergantung kepada kebolehan kau nak cuci ikan itu..kalau jenis cuci takde air asam takde selawat nabi, cuci letak clorox pon dia tetap hanyir...pasni jangan konfiden bg pendapat kalau ilmu tak cukup di dada...mackerel tu dalam bahasa Melayu kita ni adalah ikan kembung... :)




ni lauk aku masak semalam...cicah ngan roti je..malam2 takleh makan berat2..hahaa..sebenarnya pergi bercuti dah mentekedarah macam2, balik umah kena diet takut takleh kancing kain baju kurung...huhuu...nnt aku up pasal cuti...tak abes2 nanti kan...pemaleh sobona eh...

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...