Korang memang suka bab2 resepi mudah kan? Aku pon sama..Kalau dah de yang mudah, kejadah apa pegi amek yang susah..Takyah nak mencabar diri sangat. Bukan dapat hadiah pon kan..haha..
Okay..raya baru ni, turn balik kampung Mr.MHR..aku pasghah...hehee...ala, kampung masing2 bukan jauh pon. Sorang Negeri Sembilan, sorang Melaka..sekangkang kera takyah rebut2..aku dah makin lama kahwin ni dah makin tak kesah. Tapi aku paling kesah, pilih kampung yang tak banyak kena buat keje..haha..sayang lemak2 aku kumpul setahun...haha..emang dasar!! Sempena raya, aku ditugaskan buat soto. Gila kau!! tetiba kena masak soto..dah le keluarga belah Mr.MHR tu besar...aku insan yang lemah ni kena masak banyak2..propa sangatsss...meh la, aku nak bagi resepi. Tapi jangan tanya sukatan. Agak-agak je ye..
Aku masak ni 2 ekor ayam ( 1 ekor potong 4 + 1 ekor potong kecik2)
1) Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau
2) Masukkan bawang merah, bawang putih, halia (dihiris halus) dan goreng sampai garing
3) Masukkan rempah soto (kacau dulu rempah dengan sedikit air)
4) Bila rempah dah garing, masukkan air dan ayam
5) Masukkan garam dan sesuaikan rasa
6) Masak sampai empuk, keluarkan ayam untuk dicarik2
Oleh kerana takut jahanam periuk nasi nenek, jadi aku tumis dalam kuali
orang2 kampung panggil style ni Tumis Darat ye adik2.. :)
seronok kacau2 benda ni sebab aroma dia tu sedap.
Mujo la aku masak malam raya
Ni rupanya bila dah masukkan rempah
sentiasa kacau kang takut hangit lak dasar kuali tu
kalau takde rempah soto, guna rempah sup serbuk (Adabi)
aku guna rempah sup serbuk tu jugak. Jangan guna bunjut tau..tu nak buat bihun sup.
Waktu mula2 nak menumis tu, aku memang nak jerangkan air dengan ayam dalam periuk nasi ni. Kitorang takde periuk besar. Periuk nasi je yang besar..hehe..Jadi, lepas je rempah tumis tu garing, tuang je dalam periuk nasi ni, kacau biar sebati dan biarkan je dia masak..
Kang ada plak yang kompius..Ayam tu korang keluarkanlah yang dipotong empat tu. Ada orang dia potong kecik2 siap-siap..Macam aku ni sebab nak ayam carik2 tu sebagai tukang lawa meja..hehe..ikut korang la mana 1 yang ko nak..janji jadi soto tu..Kuah ni, makan dengan nasi impit, bawang goreng, kacang goreng, sambal kicap meletop...fuhhh!!!!
Okay, jangan maki..gambar semangkuk takde snap sebab malu nanti orang cakap syok sendiri...hehe..nanti ingat nak buat lagi minggu ni..dah buat nanti aku upload..sementara tu, layan dulu gambar ni...
sumber Google
rasanya gambar dari Kak Ina
nampak sedap kan???
hurmmm...terus rasa lapar...
telan air liur hahaha.. suruh CT masak soto terus lari masuk bilik haha..
ReplyDeletejangan lari..kalau tak, sampai bila taktau...hahaa..kalau tak jadik cakap je "sapa suh saya masak?" hehee...
Deletetumis rempah 4 sekawan tu apa yaa
ReplyDeletekulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga
DeleteNak try raya ni...
ReplyDeletemudah jer resepinya..tp ada juga yg letak santan..sedap ke??..huhuu
ReplyDelete