August 26, 2014

Mee Kari Udang Galah BSP

Dah try Mi Kari Udang Galah? Aku dah..huhuu...2 minggu punya gambar baru nak up..kebetulan kitorang pergi hantar order orang kat area MidValley..last2 terlajak ke Bandar Sri Permaisuri tu..tempat jatuh lagi dikenang..haha..dulu aku keje sana..mula2 BSP nak up..sekarang dah membangun sangat dah..

Mula2 cari Murni nak makan, tengok2 Murni tu tutup..taktau la tutup sekejap ke tutup forever..sebab kitorang pergi ari Isnin..Tengok berdepan dengan Murni tu ada kedai terang benderang..jangan diharap si rabun nak baca signage. Mr.MHR yang baca..dia kata kedai mi udang..jom try...






depan kedai ni ada van bergerak jual sup
sedap jugak..aku try semangkuk sup daging



ni menunya..kalau ko nak udang yang besar, besarlah harga dia...


Mi Kari dengan size udang L


Nasi Goreng Udang XL

Pada pendapat aku, mi kari tu kuahnya memang sedap. Terasa lemaknya. tapi bab udang tak berapa puas hati. Udang size L dengan XL sama je...tapi harga beza RM5. Pastu nasi goreng tak sedap langsung. Mintak cili potong, kemain lama baru dapat sedangkan staf kemain ramai. Orang takde la ramai mana pon. Kalau2 staf atau owner kedai baca, silalah bagi pelanggan apa yang diminta. Takkan letak harga beza-beza tapi bila hantar udang, sama je sedondon saiznya....niaga betul la..ni aku makan berdua je..kalau datang ramai2, maybe lagi korang tak perasan udang apa yang korang dapat...pelanggan sekarang tak kesah bayar mahal kalau makanan tu menepati kehendak..tiba2 aku emo...huhuu...

No comments:

Post a Comment

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...