June 16, 2016

Resepi Onde-onde Gula Melaka

Sempena bulan puasa, aku baru nak update blog. Selalunya aku update kat fb je sbb fb pon dah boleh bebel2..hehee... Kuih ni popular waktu bulan Ramadan tapi yang jual kat param semua menyakitkan jiwa..Nah, gentel sendiri..boleh makan sekampung tau..

Sukatan lebih kurang dapat 35 biji
(ikut saiz tangan tukang gentel)

1 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Air daun pandan / esen pandan
Pewarna hijau epal


Gaul semua bahan dengan air sampai jadi adunan macam ni. Air masukkan sikit2.. Jangan sekali tuang.. Kang jadi cekodok lak..


Ambil sikit2 dan masukkan gula melaka (hiris/potong kecik) kat tengah2, dan gentel jadi bulat. Sambil gentel ni, panaskan air dalam periuk sampai mendidih.


Dah dah siap gentel tu, campak dalam air mendidih ni satu per satu.. Jangan masuk sekaligus..kang melekat..biar je dia dalam tu jangan godek2.. Bila bebola ni dah terapung, maknanya tepung dah masak. Angkat dan toskan..

Gaul 1/2 biji kelapa putih dengan garam sikit. Sebatikan dan golek2 onde2 yang dah ditoskan tadi tu...


Tadddaaa....dah siap...senang tak?? Modal dalam RM6 je sebab kena beli tepung, gula melaka dengan kelapa.. Tapi tepung ngan gula boleh pakai lagi 4 kali.. Hehee.., berbaloi kan masak sendiri???


February 1, 2016

Murtabak Cheese Johor Bahru

Kalau pergi Johor Bahru, mesti kena carik murtabak ni hokay....lokasi dia dekat Kampung Kurnia. Korang waze sahaj Murtabak Majib Kampung Kurnia, gerenti sampai. Aku dulu first time sampai, aku perasan ada sekolah dengan padang bertentangan dengan kedai ni.. Jadi lepas2 tu, hakak dah pro nak carik..hehe..



Kitorang sampai aritu dah pukul 5 petang plus hujan manja2.. dalam blog2 ramai cakap tutup pukul 5..aku macam dah nak frust tengok jam dah kul 5 petang...hehe..sekali tengok, ada lagik.



Ni Special Cheese Daging
harga dia agakkkk jugak le..
dalam RM18 macam tu..aku lupa..tapi gitulah harga dia..



ni Chicken pulak..

Aku tapau dua keping...minum petang sekali jalan makan malam..
dalam bilik hotel je..malas keluar walaupon duduk KSL yang segala benda ada jual tu..

Okay, silalah try!! :)

December 7, 2015

Cara Semak Hutang

Orang selalu takut bila cerita bab blacklist ni..Ha, dah lama sunyi tetiba cerita pasal blacklist lak kan...Skang ni susah nak update blog..semua kena blocked..

Okay, kalau korang ni selalu dapat call dari bank ke, ejen hutang ke, sapa2 ke yang selalu gertak2 cakap korang ni blacklist ccris la ctos la, korang jangan takut...

Kadang2 mesti cuak..kita ni manade utang tapi bank asek call cakap kena bayar tu kena bayar ni.. Jadi untuk gertak balik dorang tu, korang kena prepare la kan...baru leh maki balik orang yang suka call2 macam Ah Long tu..

Senarai laporan hutang kita ni boleh dicetak secara PERCUMA je.. Tapi korang kena pergi Bank Negara Malaysia (yang dekat sebelah Dataran Merdeka tu).. Dan kena datang sendiri bawak MyKad..takleh wakil2..


Masuk je BNM tu, dia ada sediakan 4 kiosk layan diri..ikut arahan yang diberi..




Bila dia dah nyala tu, letak ibu jari tangan kanan..itulah sebab kena hadir sendiri..atau korang boleh potong jari kirim kat wakil..hehee..




Taddaa....dia akan cetak segala jenis hutang yang kau ada..kalau ada beli kereta, rumah, personal loan, kad kredit even buat loan ASB yang bayar bulan2 tu pon ada..kiranya segala transaksi hutang ko ada dia tulis kat situ.. 

Kalau rekod tu tulis 0 0 0 0 dari bulan Januari sampai Disember tu, maknanya korang ni kira pembayar hutang yang bagus.. Takde delay..kalau dia tulis 1 1 1 0 0 1 0 0 maknanya ada la bulan yang terlambat bayar..dia kalau ko lambat je bayar, terus dia letak 1 .. Tapi kalau awal bayar, jangan berangan dia akan letak -1 ..haha..

So, pergilah check..sonang bai!

October 15, 2015

MAMPU

Aku cuma nak bagitau, banyak blog kena blocked ngan MAMPUs skang ni..Jadi, maafkanlah hamba tentang kesepian yang melanda blog ini...

Jari sebesar seketol halia ini kalau diharap menghapdet blog guna telefon, memang takkan lepas nak menaip di kekunci2 comel nih..

Nanti aku update lagi ya...sila rindu aku tau...hahaa...

August 24, 2015

Ubat Kurus

Amboii..beria klik kalau cakap ubat kurus kan..hahaa...sekarang ni semua orang buat benda ni..siap ada yang meniaga lagik..aku try dulu untuk tekak sendiri..kalau aku kurus macam Che'Ta, aku jual pulak kay..haha..

Aku punya resepi namanya asal boleh dengan apa yang ada kat dapur..Orang beria letak strawberry, blueberries semua, aku cuma campak yoghurt MIX BERRIES..hah! Sape lagi banyak berry2? Hahaa..


Buah kurma tu kurma Nabi..didatangkan khas dari Mekah..harap2 berkat la niat makan sebab nak kurus nih..Ada kawan aku cakap "hidup untuk dinikmati bukan dibebani"... Nutella tu ujung sudu je aku taruk..bagi sedap la ooii..kang terkulat2 ko nak menelan.. Light light gitewww...

August 12, 2015

Hotel 11@Century JB


Minggu lepas aku sempat la pergi JB untuk 1 malam.. 2 malam berkursus kat Melaka, hari terakhir kursus tu Mr.MHR datang ambil kat hotel, terus shoot pergi Johor. Tujuannya nak ke Legoland. Maklumlah, harijadi katanya kan. Aku mula2 book guna phone je hotel kat area Danga Bay. Hotel bajet sebab target sampai JB dah malam just nak tido je..Pagi2 dah nak check out pergi Legoland. Kitorang sampai JB around 3 lebih macam tu. Sepanjang jalan dari Melaka tu hujan. So, takleh laju..Tapi aku suh gak laju SIKIT sebab nak kejar Murtabak Cheese..hehe..sampai je Skudai, boleh pulak banjir kilat..berdenyut gak dalam 30 minit nak sampai ke tempat murtabak tu.


Lepas je membeli murtabak (tercapai hajat), barulah kitorang pergi area Danga Bay tu nak check in hotel konon2..Sekali sampai, hotel tu Tingkat 3 shop lot sebaris dengan Tune Hotel..eh, takkan nak panjat2 tangga nih..macam seram je..so, aku terus google mana hotel kosong lagi. Dekat booking.com ada bagitau hotel yang masih available. Aku terus je book online then terus gerak pergi hotel. Dalam 10 minit je dari Danga Bay. Tengok2 hotel tu sebelah KSL City. Memang aku gembira la..sebab situ banyak kemudahan..Ni hotel yang aku book.


Ini harga yang tertera kat meja reception tu. Tapi sebab aku book online, jimat RM10..hehe..Harga ni termasuk breakfast. Untunglah kan..cuma wifi tu terhad kepada 2 gajet je..sebab ni bilik berdua..kalau dua phone dah pakai wifi tu, ipad ke tab ke tak dapek le...


Bilik aku ni standard room je..sebab tu je yang ada..huhuu..jadilah untuk bertiga kan..





Ni view pas Subuh..Pagi tu lepas Subuh takleh nak tido..Sebab hujan semalaman so rasa sejuk sangat..Asek terkencing2 je..haha...nak tido pon tak lena..

Disebabkan hujan masih lagi renyai2 pagi tu, mood pon macam merudum..aiseh, tiket dah beli, takkan nak burn kan..Kitorang turun breakfast dalam 9.00 macam tu..Tapi dah siap2 kemas beg nak check out..


Makanan kat sini okay..Sedap jugak..Ada nasi lemak, kuey tiow goreng, kaunter mee sup, ada potato gratin, baked beans, roti2 dan yang paling penting ada egg counter..hehe..tu penyedap sebenarnya..anak aku asek tambah kokocrunch..sedap katanya..hehee..alhamdulillah, kenyang kitorang makan pagi tu..lepas breakfast, naik bilik amek barang dan check out..

On the way ke Legoland still hujan..tapi rezeki sampai je sana, hujan dah berhenti..so, kitorang memusing dalam keadaan redup aritu...orang pon tak ramai sebab dorang sibuk pegi open house kot..huhuu...


yang paling penting......
hotel ni punya gelas pon konsep rumah terbuka kat kampung..hehee..

August 4, 2015

Menu Birthday

Ahad lepas birthday suami aku..Semalam birthday Akeef. Dorang anak beranak sebelah sebelah. Sebab tu perangai sama...huhuu..Sebenarnya, Jumaat tu kitorang pergi Johor..Sabtu tengah malam dah sampai Putrajaya semula. Jadi Ahad tu bermalas-malasan. Ajak keluar, semua taknak. Badan letih lagi.

Malam tu sampai rumah, kelaparan. Jadi aku tanak nasi buat telur mata dengan kicap je..laku!! hehe..Ada belen nasi dalam 2 senduk, aku goreng la pagi tu. Buat cekodok ikan bilis bawang 1 mangkuk besar, laki aku abeskan tanpa rasa bersalah. Cekodok tepung ni memang kegemaran dia.



Jadi, untuk birthday kali ni, dua-dua just dapat makan cekodok tepung dan nasi goreng..hehe..
maaf ye..gaji lambat lagi...hahahaa...

July 29, 2015

DIY Alas Meja

Kemain tajuk...DIY tau! hahaa..bukan la bertukang ke menjahit ke..ni aku bungkus meja makan aku..

Meja makan aku ni dah dekat 10 tahun usia guna dia..time kawen mmg taknak beli meja makan..sebab idop nomad..bila duk kuarters ni rumahnya besar..takde perabot mmg macam bogel umah aku..last2 mak aku suh angkut gak..

Meja bukanlah jenis kayu jati..hahaa..jadi bila kena air, permukaan dia tu jd buruk..so, aku pegi Mr.DIY dan beli wallpaper..wallpaper hokay...untuk balut meja..


Inilah hasilnya..wallpaper ni tak serap air..so, lepas makan ko lap je meja tu then cantik semula... :)

Nanti bila rumah aku siap, barulah plan nak beli meja maksn yang lain..meja ni buat meja belajar anak la kot..

July 27, 2015

Asam Pedas Ayam

Aku dulu belajar banyak tempat..Walaupon bukan anak tentera tai ada gak rezeki pergi banyak tempat jumpa ramai orang..Waktu belajar diploma kat Shah Alam, aku selalu ikut kawan2 balik kampung dorang..Saje berjalan gamaknya..aku pernah ikut kawan antu aku balik Felda Linggiu Kota Tinggi..suka ikut sebab tahap speaker mak dia sama ngan mak aku..dia selamba jerit kat aku kalau asek membuta sama volume ngan jerit kat anak2 dia..so aku mmg tak segan langsung..ko paham2 jelah, duk asrama ni kalau balik umah mesti membuta je kejenya...

Setiap kali pg sana, mak dia ni mesti masak Asam Pedas Untuk Dia untuk dia kat aku...hahaa...


Aku memang banyak nama panggilan..Setiap tmpt belajar @ keje, panggilan mmg lain2...ni wasap dalam grup yang baru diwujudkan time raya aritu..grup geng2 diploma...

Pas baca, terus rasa nk pg Kota Tinggi time2 tu gak...tapi takde makna laki aku nak layan...terpaksa aku godek sendiri...



Ni gambo kuah tengah menggelegak..first time hokay aku try..aku lebur je bahan2....Wasap balik gambo ni kat kawan aku, mak dia kata lulus!!

Selamat menjamu mata :)

July 26, 2015

Mee Raja Murni


Bukan raja tu yang namanya murni..nama mee ni yang raja..hahaa..paham??


Sapa tau kat mana nak dapat mee macam kat Murni Discovery nih?

Dia bukan mee gemok yang biasa..mcm bihun kurus pon bukan..dua berada tengah2..Aku geram cari mee pesen macam nih..

Ada sapa2 boleh bantu?? Arghhh..

June 23, 2015

Nasi Berani Mati Aku

Bosan betul kalau tengah2 semangat nak memasak, semua barang dah beli, bila nak masak tengok2 salah beli.


Tadi minta beras Basmathi sekilo, masak tu bagi herba ponni plak..patut la pelik nape nasi aku tak memanjang...

Percubaan berani masak beriyani..hahaa..jadik la! Sonang jo ghupo eh...

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...