Ahad lepas birthday suami aku..Semalam birthday Akeef. Dorang anak beranak sebelah sebelah. Sebab tu perangai sama...huhuu..Sebenarnya, Jumaat tu kitorang pergi Johor..Sabtu tengah malam dah sampai Putrajaya semula. Jadi Ahad tu bermalas-malasan. Ajak keluar, semua taknak. Badan letih lagi.
Malam tu sampai rumah, kelaparan. Jadi aku tanak nasi buat telur mata dengan kicap je..laku!! hehe..Ada belen nasi dalam 2 senduk, aku goreng la pagi tu. Buat cekodok ikan bilis bawang 1 mangkuk besar, laki aku abeskan tanpa rasa bersalah. Cekodok tepung ni memang kegemaran dia.
Jadi, untuk birthday kali ni, dua-dua just dapat makan cekodok tepung dan nasi goreng..hehe..
maaf ye..gaji lambat lagi...hahahaa...
No comments:
Post a Comment