Dah lama tak update day by day..Ok, sila termuntah..hehe...
Time cuti sekolah baru ni, aku takde la bercuti..Maklumlah, takde anak bersekolah lagi. Jadi takyah nak dengki dengan orang yang bercuti time anak cuti. Lagipon time cuti sekolah kan hotel penuh, jalan jammed..So, takyah menambah keributan. Pas sesi perbincangan hati ke hati suami isteri, kitorang pon setuju nak pegi Kota Bharu..Dah lama tak pergi rasanya.. Last aku jejak kaki kat sana tahun 2009. Tupon tak pegi mana2. Sebab berkursus kat Akademi. Datang naik flight lagi la aku malas nak berjalan. Misi kali ni nak jenjalan saje.. :)
Amek cuti hari Jumaat..Jumaat tu dalam kul 7pagi kitorang memulakan perjalanan. Singgah 2, 3 tempat kesudahannya kul 10.00 pagi baru la sampai tol Gombak. Tu mujo dah siap breakfast. Kalau tak, aku ajak patah balik je..dah 3 jam tak keluar2 dari KL lagik. Sepanjang perjalanan tu, aku peneman setia Mr.MHR la kan..penumpang len tido..Akeef duk men ipad la..aku suh dia duk belakang..dah tak larat nak pangku...
ni kat pekan Raub..tengok macam jauh je lagi 354km tu.. :(
Kitorang ikut laluan alternatif. Sebab taktau mana nak ikut..Tapi dicadangkan ikut la jalan lama. Dekat sikit rasanya kalau ikut beza kilometer.. Tapi aku ni memang tak rasa pon bezanya jauh ke dekat. Ada orang bawak kete macam ribut. Mentang2 tak banyak kete.. Kemain laju..Sampai mimpi2 aku malam tu teringat2 kemain laju kete siang tadi.
Kitorang smpai Kota Bharu dalam kul 4.30 petang macam tu..Laju kan? hah, aku malas nak bebel..Janji selamat sampai. Sempat benti rehat kat R&R Gua Musang untuk lunch sebab lapar..
Aku booked homestay kat Pelangi Mall. Betul2 tepi Sungai Kelantan berdepan dengan Kampung Kraftangan tu... Nanti aku up pasal homestay ni..senang nak buat reference nanti kekdahnya.. :)
homestay ni 3 bilik 2 bilik air
*aku dah pandai packing baju utk 3 orang dalam beg kecik je*
Sampai tu, solat dulu pastu tidur..haha..letih gak badan duk dalam kete lelama. Maklumlah, kampung kitorang dekat..jadi bila jalan jejauh ni, manja la sikit badan tu.. Tapi aku ngan si anaknya tak tido..petang tu aku ngn Akeef jalan kaki lintas jalan je pegi tapau KFC. Jumaat kan sana cuti, ngan kedai2 makan pon tutup. Balik rumah, makan KFC sementara tunggu malam. Cita2nya nak survey Wakaf Che Yeh. ko ada siap survey2 nih? hahaa..
tepi jalan area2 WCY tu ada kedai D'Klasik ni. Baca2 blog katanya ala2 Old Town..tapi aku tak try pon..
gerbang masuk WCY tu..nak masuk parking lalu kot sini deh..
Kitorang berpusing2 dalam pasar tu. Dia kan ala2 uptown. Tapi kemain letih setiap lorong ada gerai. Ko masuk lorong ni, ko missed lorong sana. Pastu pusing lagik sebab nak tgk apa yang lorong sana jual..hah, tamak gila nak nengok sedangkan sama je barang2nya..
ko takyah pegi habib jewels nak beli golang..
relax je jual golang omeh kek pasar malam ha..takdo ber guard2 bagai...
bontang ateh mejo yo..
Pandai2 la korang tawar. Aku punya lidah dah keras nak cakap kelate sedangkan dulu sekolah teknik kat sana. Aku pasrah je kalau dia caj mahal sebab aku kecek luar..kalau berbaloi aku beli..kalau tak, aku belah..pas dah penat2 pusing, ada la beli 2,3 benda walaupon kata nak survey je kan.. pastu haus, lepak la kat gerai yang de kat situ..tengok ada ramai orang beli somtam kat 1 gerai ni. Aku pon try ler..
dalam pandai2 explore makanan, boleh aku kompius bab somtam nie...
orang ni guna betik muda..eh, bukan guna mangga ke sebenarnya ha?
glemer la kau masuk blog aku..hahahaa..
time buat tu kemain la bekeng muka..senyum kan pembuka rezeki..
mujo la adik aku nak..kalau tak, aku blah je..
Pas dah pusing2, kitorang balik le homestay.. Lagipon dah kul 11 lebih time tu. Balik, trus tido.. Sambung berjalan esok pulak..
wahh dh smp negeri ku nampak nyer... kalu aku nk g beli brg kt WCY tu aku tkkn bwk anak2..tinggal je kt umh, baru aman aku nk jelajah setiap lorong... juling mato tgk blouse cantik2 khennn.. hahahaha
ReplyDeletememang pening aku nak tgk kiri kanan kedai..tgk tudung lagi aku tak tentu arah...
Delete