January 15, 2014

Pasar Serikin Sarawak

Kalau nak bercuti ke Sarawak, mesti korang akan menggugel kan? hehee.. cari info berkaitan yang relevan. Walaupon dah berpuluh kali pergi, still nak google. Aku pon sama. Aku baru balik dari Sarawak. Bercuti bersama keluarga. So, kali ni takde nak cerita day by day. Dulu dah pernah buat. Sekarang ni nak buat entry ikut apa yang menarik kat sesuatu kawasan tu. 

Orang Malaysia ni kegemarannya memang bershopping. Pergilah ceruk mana pon mesti nak cari tempat membeli belah kan? Kalau dekat Kuching, janganlah bershopping dekat area waterfront tu. Memang tempat potong kepala. Sebab dekat situ memang tujuannya untuk pelancong sahaja.  Kalau pergi bercuti, tiada plan nak buat apa2 dalam setengah hari, boleh la try ke Pasar Serikin di Daerah Bau. Dekat sana pronounce ada bunyi macam 'BAUK'... :)

Dari Kuching, on sahaja GPS korang. Dulu, signboard menghala ke sana sangat terhad. Tapi baru ni, aku tengok banyak dah signboard pelancongan (warna coklat) tunjukkan jalan ke sana. Set sahaja kampung Serikin dekat GPS korang. Mesti sampai.. :)


sumber Google

Peniaga yang berniaga di Pasar Serikin ni 90% adalah warganegara Indonesia. Pasar Serikin ni terletak di sempadan garisan yang memisahkan Malaysia - Indonesia. Lepas tu, terletak betul2 tepi garisan Khatulistiwa. Korang boleh tengok kat google map. Kebanyakan barang-barang yang dijual kat pasar ni, sama macam yang dijual kat Pasar Baru Bandung tu. Jadi, bolehlah lepaskan hajat kalau rasa macam susah sangat nak ke Bandung kan? :)

Ini contoh-contoh produk yang dijual dan sempat aku snap.




memang merimaskan kereta2 ni duk lalu  lalang.
Jalan kecil, orang ramai..anak2 kecil tu kena la jaga2 kay..



ubat ubatan yang popular di Indonesia boleh didapati di sini


Kerajinan aka kraftangan


Bab kain baju memang berlambak kat sini. Cuma harga tu kena bargain la kan. Dulu beg baju bawa balik kampung tu dorang letak harga RM50, tawar2 dapat la RM30.. Baru ni aku tanya je, dorang dah letak harga RM100. Kalau tawar2, maybe dapat RM80 kot..so, nampak tak harga macam dah naik banyak...... :)

Jauh berjalan luas pandangan kan..Bolehlah try pergi. Dari area Waterfront tu ke Pasar Serikin, ambil masa dalam 1 jam macam tu. Jarak dalam 57km je tapi laluan kampung. Maka, tak boleh pecut. :)  

Dinasihatkan pergi awal pagi dalam pukul 8 pagi bertolak dari Kuching ok kot. Sebab kalau kat area Serikin tu, jam 10 pagi je kepanasannya telah terasa. Berpeluh ketiak. Maklumlah, dekat dengan garisan kan.. Kat situ ada parking terbuka. RM2 per entry. Oppss..pasar ni cuma buka pada hari Sabtu dan Ahad je. Sabtu tu, pukul 8pagi dorang dah ready dah. Ahad tu seelok2nya awal sebab by 12tgh macam tu dorang dah start kemas2 nak tutup. Yelah, nak balik ke Pontianak, Indonesia tu makan masa dalam 6 jam jugak. Jadi, rancanglah molek2 ye...

15 comments:

  1. sebut je pekan serikin aku trus igt kt kain sulam jer.. hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tu je pon yang orang tertumpu nak beli...aku giat memborong baju anak yang sepasang2 tu..wat basahan..

      Delete
  2. pernah pergi sekali.
    mmg org malaysia kaki shopping.termsuk lah akak sekali.
    pasar serikin tmpt wajib pergi kalau ke sarawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee...kalau tak shopping bukan Malaysia la namanya... :)

      Delete
  3. Replies
    1. best...pergi jangan tak pergi...cuci mata dan cuci purse..hahaa..

      Delete
  4. Walau saya dah stay Sarawak lebih 10 tahun belum pernah sampai. Terima kasih atas info. Moga satu hari akan sampai.

    Salam perkenalan.
    http://www.anakkuwiraku.com/2009/07/cara-banyakkan-susubila-dah-kaji-baru.html

    ReplyDelete
  5. mcmana nak ke pasar serikin dari airport kuching dan bagaimana transport dari pasar serikin ke kuching? Kot sapa2 ada idea tolong ler kami yang tak tau apa2 ni hehehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena sewa kereta..kalau pengangkutan awam taktau pulak..macam x nampak pulak bas atau teksi kat sana...pedalaman sangat serikin nih...

      Delete
    2. Kat pasar Serikin ni x ada pengangkutan awam...Ada bas dari pasar Bau tapi kena tunggu ikut masa travel nye....jadi kalau nak pergi sana, baik sewa kereta je....

      Delete
  6. ok ok.... info yg berguna, tq tq - kena set time pegi on sunday lah ni! :)

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah...nak pergilah ni.Jauh berjalan banyak pengalaman

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info....kebetulan ada di Sarawak

    ReplyDelete

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...