July 5, 2014

Satay Sedap Tak Tipu Punya


Ini bukan cobaan..Ini betul2...tetiba je blog aku nak promote barang. Macam la ramai sangat follower kan? hehe.. takpe..rezeki, kita tak nampak. Yang penting usaha..

Nah!! ada 1 usahawan baru (suami isteri) start bekalkan satay frozen siap dengan kuah kacang dan yang paling penting harga cuma RM10 je sepeket. Korang akan dapat 15 cucuk satay ayam atau 13 cucuk satay daging. Maklum le, daging rege mahal sikit kan..

Dorang ni home-based sahaja buat masa ni. IKS kekdahnya. Satay ni dinamakan SATAY PAK ABU..resepi turun temurun. Sejarahnya, dulu dorang meniaga buka gerai kat depan Balai Polis Wangsa Maju tu..Tapi disebabkan berpindah tempat kerja, maka tak boleh nak teruskan berniaga gerai di tempat lain. Jadi dorang supply satay frozen untuk kegunaan domestik..chewahhh..ayat marketing sangat hokay.. :)

Satay ni memang diperap dengan rempah2. Cukup sifat. Bukan sekadar lumur garam kunyit je. Yang paling penting, kuah kacang yang dibekalkan memang meletop kebabom. Korang boleh LIKE facebook dorang seperti link kat bawah ni. Boleh baca testimoni2 yang customer bagi. 


Facebook : Satay Pak Abu


Instagram pon ada. Marketing besar-besaran ikut peredaran zaman

Instagram : @sataypakabu


Macam yang aku cakap awal2 tadi, benda paling utama, satay di harganya cuma
RM10 sahaja ye...


Silalah LIKE, FOLLOW dan BELI
hihihii...

Kalau takde aral melintang, katanya lepas Hari Raya Aidilfitri 2014 ni, gerai tu akan dibuka semula untuk perniagaan. Nantikan la update terbaru dorang kat link2 yang aku bagi tu ye...

Terima kasih!!

July 4, 2014

Bonus Raya 2014



Khas untuk penjawat awam, Kerajaan beri bantuan khas kewangan sempena hari raya yang bakal menjelang ni.Takyah komen cakap RM500 je? Ko ingat senang ke nak dapat lima ratus buta2? Orang dah bagi, bersyukur..Alhamdulillah.. Dan jangan pula yang keje swasta jadikan isu konon2 ni duit ko bayar cukai. Orang kerajaan tak bayar ke? Kalau sapa yang suka pertikai benda ni, patut bagi full swing je. Keje korang mengkomplen je kan? Secara logik cuba tanamkan dalam hati :

Penjawat Awam MAJIKANnya Kerajaan
Pekerja Swasta MAJIKANnya Syarikat masing-masing

Jangan pertikai rezeki orang.

Wassalam...

* yang dapat bonus, jangan belanja sakan beli kuih raya lak ye.. Beli yang perlu je zaman2 gawat tak gawat ni. Kang seronok melaram tudung bertingkek2 time raya, pas raya nanti takut sendu lak...huhuu..

June 13, 2014

Kacang Pool Larkin

Nak cerita pasal Kacang Pool. Aku kenal makanan ni sebab waktu pergi kerja kat JB dulu, staff2 kat cawangan JB belanja. Sedap mak aii..pastu, nak pergi try lagi, selalu dah malam2 baru ada masa lapang. Jadi, tak dapat nak terjah walaupon 3,4 kali pergi JB. Kebetulan semalam ada Pasar Tani kat belakang opis ni. Dia letak signage Kacang Pool Larkin. Marilah membeli. 


Set dia macam ni
RM5.00
roti tu gemuk tau. tebalnya macam 4 keping roti biasa



mula2 cuit-cuit roti tu makan dengan kacang tu


aku taktau cara makan yang patutnya kena buat
jadi aku letak je lauk2 tu atas roti dengan telur sikit, pastu ngapp


bila roti dah abes, sudu je semua...sekejap je licin... :)

June 6, 2014

Roti Jala Putrajaya

Salam Jumaat...

kikikiii...islamic tak kak ton? hehee.. suasana kat ofis aku ni kemain la sedap feeling2 cameron highlands giteww.. Subuh hujan membawa ke pagi maka udaranya pon nyaman la di hari Jumaat yang indah nie.. Nak resepi lagi? haha...muntah la korang tgk aku asek upload resepi.. tu blom lagi masuk bulan Ramadan yang lagi 22 hari nak menjelma ni..memang kalah la korang sebab aku akan update blog hari2 tunjuk apa menu sahur dengan berbuka..haha..sila jangan benci!!

Ingat tak aritu aku bercuti pergi Kelantan? Macam biasa la bila memusing dalam Pasar Siti Khadijah tu, benda2 tak patut beli pon kau akan beli kan? Jadi, dengan jayanya aku telah membeli kuali leper besi hitam legam nih. Kata nak menjala, harus la guna yang leper..guna frying pan tu aku tak feel..haha..lantak arrr....Murah je..mokcik tu kata RM15..macam biasa la kan sebab aku kecek luar...bila aku minta kurang RM10, trus dia setuju..nampak tak? nampak tak? maknanya memang RM10 la dia jual...tak baik tau up lebih2...

 

buat benda2 kraftangan ni memang mula2 semua tak berapa cantik
dah nak abes tepung, baru nak cantik!!


1 adunan ni dapat dalam 30 biji roti jala
aku buat 2 round..15 bijik sekali menjala..berpeluh ketiak duk tepi api.


kari ayam togel ni memang aku buat semata-mata sebab nak makan roti jala ni..

Resepi takyah la korang minta kat aku. Sebab aku adventurer. hahaha...semua benda aku campak je...janji jadi..sukatan pon aku taktau..selagi tak betul adunan, selagi tulah aku tambah macam-macam biar cukup sifat..Korang cari resepi kat blog yang meletop-letop resepi dorang ye...

Terima kasih kerana sudi membaca!! 
Silalah datang lagi..
Kalau nasib baik, hari-hari ada entry baru.. :)

June 5, 2014

DNA Babi

Amek kau...tajuk babi aku nak tulis hari ni. Stressed aku hari2 org post pasal masalah cekelat tu kat fesbuk..Kejap ada, kejap sah takde..pastu siap suggest nak buat majlis makan cekelat beramai2 nak memastikan cekelat tu SUCI MURNI..

Benda bab2 DNA yang melibatkan oink oink ni memang sensitif kepada orang Islam. Patutnya benda-benda ni dikawal 100%. Tapi kalau dah wujud unsur rasuah, benda haram serta merta boleh bertukar halal kan?

Aku rasa benda ni takyah la nak dijadikan isu. Banyak lagi kedai makanan yang confirm2 tidak berstatus halal yang orang2 kita ni redah..Cuma bila takde mention babi, orang masuk je bedal pebende yang orang tu jual. Tak kembang ke tekak bila orang tu tulis "No Pork, No Lard"?? Walaupon takde menatang tu dijual, baca je pon dah boleh menyebabkan loya kembang tekak nikan pulak nak masuk makan..Takyah la kita mengikut2 sangat orang2 yang suka sangat pergi makan kat tempat2 yang status meragukan. 

Kalau sekali orang dah cakap benda tu haram, dah! jangan makan walaupon selepas 3 hari keluar pulak statement ianya halal dimakan...ko tak terasa ke walaupon statement dah berubah tapi bila tgk benda tu ko terbayang babi? hahaa..sebab tu aku suka pergi Indonesia. Peniaganya jujur. Kalau ada babi, dia letak terang2 babi..Kalau halal, de terang2 halal (tapi mahal nak mampos)..

Tepuk dada tanya selera. Kalau nak, silakan.... :)


*sumber Google*

June 4, 2014

Burger Bakar Home Made


Bila angin resepi, berdoyon-doyon la resepi aku nak taip kat sini. Bila angin sepi, memang takde pape la kat blog ni gamaknya..hehe..Mesti korang pernah alami perasaan macam perut tengah lapar, pastu pegi scroll gambar2 kat IG, ternampak la gambar makanan yang menjejeskan air liur. Nak keluar pegi beli hari dah lewat sangat plus anak kau dah tido..haha..jadi kau godek2 la apa yang ada dalam esbok..Aku taknak bagi resepi pon sebab ni semua benda instant. 

Ko susun-susun je, jadi la ala2 burger bakar tersohor tu. Guna je isi daging burger Ramly tu. takyah nak susah2 nak kepal2 isi daging. Ngerti?


untuk santapan mata korang..hehee..
jangan benci aku sebab ngada2 cucuk lidi sedangkan burger tu tak tinggi mana..burger tu bukan nak tumbang pon...feeling kena lebih..hahaha...

June 3, 2014

Resepi Nasi Ayam Simple

Hai diknon2...kak ton banyak keje la lately..tak cukup2 nafas nak ngejar semua benda..hehe...Ayah aku tak sihat..jadi, kitorang duk ulang alik..tahap penat tu lain sikit la gamaknya kan. Permulaan bulan Jun yang diharapkan memberi banyak rezeki untuk kita semua, aku nak bagi resepi nasi ayam paling simple. Kalau ni pon takleh ikut, tak dapek la den nak nolongnya..

Mula-mula start dengan ayam:

1) Tumis bawang putih, bawang merah, halia. Dah garing, masukkan air dan ayam.
2) Kalau ayam kau de 2,3 ketul pastu nak sup sepiyuk besar, campak la kiub ayam tu sebijik. Kalau nak sup cukup2 je, takyah le letak kiub.
3) Bila ayam dah 3/4 masak, keluarkan ayam dan terus gaul dengan kicap lemak masin + lemak manis. Biarkan kejap.
4) Basuh beras dan sukat air gunakan air sup tu. Ni skill kena tinggi. Jangan lak pegi celup tangan nak sukat air dengan beras. Melecur jari tu. hehe...pandai2 la agak ok..pastu tanak la nasi tu.
5) Dah tanak nasi, goreng la ayam tu sampai masak. Nak masuk dalam oven pon boleh. Nak grill dalam pan pon boleh.


Kicap :

Letak kicap manis dalam bekas ikut kadar yang disukai, pastu campur dengan sup tu sikit. :)

Sambal Cili :

Kisar cili merah, bawang putih. Masukkan dalam periuk kecik, campur gula sikit, sos cili sikit,garam dan kacau2 sampai mendidih. Kalau nak pedas, time kisar tu, letak la cili padi 2,3 biji.


Sambil tunggu nasi masak, potong la sayur-sayuran yang berkaitan



taddaaaa.....jemput makan.. :)


sapa kata masak nasi ayam tu susah?
sonang bai tu. rajin dengan malas je kunci utamanya.

May 8, 2014

Sagu Gula Melaka Paling Simple

Kat Melawati ada 1 bazar jual kuih muih tau..Macam2 kuih dorang jual..Tapi ada banyak yang tak sedap..jangan terpedaya..kaler memang menggiurkan...rasa takdo...maklumlah kan..kalau dah kuih tradisional kita, orang2 ntah dari mana ntah yang gentel, mmg la tak jadik...macam kita masak nasi Arab la..ko twist la kot mana pon, tak dapek do raso yang sodap macam Arab tu masak...

Aku frust beli sagu gula melaka...dia jual dalam bekas dadih yang tinggi tu RM1.50 satu..bab rege tu takpe..bab rasa tu..kalau oghang kampung den dicarutnya kato serupo ghaso pantek antu...ha, jangan nak ingat den mencarut yo..balik la kampung..nengok la camno nenek oyang kau momaki kuih tu..haha..

Nah, resepi paling senang.. malu la kalau tak reti buat..

Untuk Sagu :

1 cawan sagu (rendam dulu dalam 5 minit dan toskan)
4 cawan air

1) Didihkan air dan masukkan sagu dan kacau sampai hancur biji-biji mata dia tu..Kalau lom hancur, masukkan air lagi..Jangan lupa kacau yo..

2) Dah tu, tutup api, masukkan dalam bekas2 berapa banyak kaler kau nak..Macam aku guna 2 kaler je...titikkan kaler pastu gaul ngan garfu bagi rata.

3) Masukkan dalam peti ais dalm 3,4 jam bagi sejuk.


Untuk Gula Melaka :

1 buku gula melaka tu cairkan dengan air dalam 1/2 cawan macam tu. Bajet la ye..sebab kalau cair, boleh je makan lagi..Kena taruk banyak2 la nanti time nak makan...Jangan lupa letak daun pandan. Umah aku atas langit, daun pandan susah jumpa, jadi aku letak perisa pandan sikit.. :)

Untuk Kuah Putih : Santan @ Susu Cair

Dah kata simple, aku guna susu cair je..hehe..


Amek mangkuk, senduk sagu tu dalam 3 sudu, tuang gula melaka sikit, tuang susu cair sikit then boleh la makan....


Modal aku dalam RM2 je sebab gula melaka ngan susu cair memang ada kat rumah. Lagipon susu tu bukan guna 1 tin semua..sikit je...yang penting adalah kepuasan hati bukan modal yang dikeluarkan...hehee...




April 15, 2014

Cara Deposit Duit Syiling Di Bank Rakyat


Akak memang rajin mengupdate ni deknon2 ooii..angin nak upload dah sampai...aritu dia bz ikut perkembangan MH370..

Aku nak cerita pasal cara nak simpan duit tabung. Bukan menabung ye deknon..hahaa...dalam tabung mesti berlambak duit syiling kan? boleh kira berapa ramai je yang berlambak duit kertas dalam tabung dia..bila ko dah kumpul2 penuh tabung tu, mula la bercinta nak bawak pergi bank. Orang malas nak bank in dalam bank sebab pertamanya berat nak angkut syiling tu ke bank..pastu lepas 10 hari lak baru duit tu masuk dalam akaun kan?

Hah, itu semua dolu2 ye deknon..sekarang ni dah canggih...kat rumah aku de tabung botol susu yang kecik tu. Baru ni Akeef dah penuhkan..aku pon taktau dari mana dia dapat duit penuhkan tabung..hehe..bila nak isi lagik, dia kata "Ibu, tabung abam dah kecik..tak boleh masuk duit posen"...jadi, kena la bank in mana yang ada..xkan mak ko nak buat belanja opis hari2 lak..mau putus handbag angkot syiling hari2..hehe..

aku memang malas nak mengira...so, Mr.MHR yang kira..dia kata ada RM170.. jadi, kitorang pergi la bank. Yang aku tau de perkhidmatan ni Bank Rakyat dengan Bank Islam je..pastu kat Tesco Kajang de 1 mesin coin ni jugak.. aku trus pergi bank rakyat je...


Mula2, ko tuang semua syiling kau atas tray tu...


pastu tolak ke kanan tu macam de slot..tolak sikit2..time ni memang orang dalam bank semua pandang kau le..sebab bunyi syiling kan kuat...selagi ko tak tekan button HENTI, selagi tu la ko boleh add syiling nak bagi genap ke, nak bagi kurang ke..syiling yang dia reject, akan turun kat lubang tepi mesin ni..ko boleh masukkan balik dalam slot nie..tapi syiling baru 10 sen memang banyak dia reject..dia confused 10 sen dengan 5 sen kot..


waktu godek2 tu memang banyak syiling 10 sen yang keluar balik pastu aku ganti ngn syiling dalam beg aku sebab nak genapkan 170 la konon2.. tapi terlebih plak 30sen...polisinya kalau ko kira kata ada rm200 tp mesin kira rm190 je, ko kena terima yang 190 tu punya nilai...kalau tak puas hati, boleh cancel...kalau puas hati, tekan terima then dia akan kuar la slip macam kat atas nie..


pastu, ko pegi isi borang ni, amek nombor giliran dan tunggu sampai dipanggil. Syiling tu  kena masuk dalam akaun Bank Rakyat la ye sebab ni mesin bank rakyat..dia takkan tukar dengan cash terus..Cuma pas ko deposit tu, kalau nak gak duit tu, pegi la withdraw kat ATM..duit tu memang terus ada dalam akaun..takyah nak tunggu sampai 10 hari...

April 14, 2014

Homestay Murah Di Kota Bharu, Kelantan


Trend sekarang ni kalau pergi bercuti ramai2 mesti duduk homestay kan? Jimat dan convenience sikit rasanya.. Aku kalau beramai2, memang cari homestay..Macam pergi Kelantan baru ni, ada member Mr.MHR cakap cuba try cari homestay kat Pelangi Mall Condominium Kota Bharu. Aku puas la menggugel sebab katanya mall kan? Ingatkan ada la kedai2..takde..dia mmg condo semata2...betul2 tepi sungai kelantan.. Aku cari kat mudah.com je...rata2 rate dorang letak RM200 semalam untuk 3 bilik 2 bilik air.. Pandai2 la korang nego untuk dapat murah sikit..


tingkap hall ni menghala Sungai Kelantan..
subuh2 tu ko dengar le bot2 tu start enjin..tangkap ikan rasanya..


ni Master Bedroom
ada aircond..
*paling penting*


kat bawah ni ada ruang lebar gak...boleh bentang tilam single tu lagi satu..


ni toilet dalam master bedroom


bilik kedua ni ada aircond jugak


bilik ketiga ni takde aircond..katil double decker, kipas tinggi 1


sinki dah nak roboh dah...huhuu..



dapur memasak dia letak kat yard luar tu..pastu kalau ko nak masak, memang orang lalu kat koridor leh nampak le ko menumis..aku tak memasak pon kali ni..kata pergi kelantan kan...sana banyak orang jual makanan.. :)


mesin cuci baju pon ada..aku tak sanggup bawak balik baju yang peluh2 tu..jadi, aku basuh baju2 tu semua..sabun basuh pon dorang ada sediakan..

Kalau nak try cari homestay yang jenis apartment, boleh la cuba kat sini..kalau nak yang jenis teres ada gak tapi lokasi ke luar sikit dari pekan..korang boleh cari je kat mudah tu..macam2 jenis ada..if berminat dengan yang aku duduk ni, boleh la try call En.Azman 0199054985 ..ni bukan de komisen tolong poromte kay.. dia tak kenal pon aku...hahaha...deal pakai phone je..pastu kunci rumah, amek kat jiran dia... senang je dia niaga...tawakal konsepnya...

April 13, 2014

Bercuti Ke Kelantan - Last Day


Last day dah...boleh berhenti jemu..hehe..

Pagi tu kitorang trus packing nak balik.. Walaupon boleh check out kul 2ptg, tapi sebab nak sampai KL awal kononnya, kul 9.30 kitorang dah keluar..Terus menuju ke Pasar Siti Khadijah. 


zaman sekolah dulu, sinilah tempat paling happening rasanya...bus stop.. :)


dulu kedai buku ni kecik je...tempat beli buku2 rujukan..


tak wujud pon bangunan ni..dulu kat area bangunan ni de banyak gerai2 jual kuih muih..pastu de diletakkan astaka tuk lepak2..kitorang ni beli kuih, pastu lepak kat astaka sementara tunggu bas..bas sejam sekali time tu...

Masuk pasar, brunch lagik...dulu nak masuk makan dalam pasar ni tak lalu tekak ye..sebab kotor..skang ni dah baru..dah macam dalam lot2 setiap kedai dia..bersih dan tersusun...baru la selera sikit...pas makan, beli buah tangan sket, bergerak balik la kami ke KL...

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...