March 3, 2011

Botol Susu Untuk Akeef

Hari ni genap usia Akeef 7 bulan. wawawaa...macam 7 tahun lak. Pejam celik pejam celik, kejap je dah 7 bulan. Dah 7 bulan ni, macam2 benda dah Akeef dah pandai. Akeef dah pandai menyusur laju2 sampai kenkadang x sempat nak kepong. 3,4 kali dah ubahsuai kedudukan perabot kat hall tapi Akeef berjaya gak loloskan diri. hehee...

4,5 hari kebelakangan ni, Akeef dah start angkat badan & tahan guna tangan. Taktaulah sama ada dia nak duduk atau dah nak merangkak. Mungkin dalam seminggu dua dapat la tgk pebenda ilmu baru yang dia dapat plak.. (^_^)

Citer pasal Akeef, tadi Ibu pg Nilai 3. Ada warehouse sale. hehee...jauh tak? Ibu cilok pg kejap sbb iklan tulis ada banyak baju berjenama dijual dengan rege murah. Kul 11 Ibu dah kua opis. hehee...mintak maaf & mintak halal ye boss...



Tapi bajunyer xdelah banyak mana pon. Maybe sbb banyak baju untuk gegirl kat situ. Sapa yang ada baby gegirl, untung la pegi sana. Ada banyak pilihan. Untuk baby boboy, xde banyak pilihan. Bendanya ada, just tak banyak la...

Tapi.....
Yang paling penting, Ibu dapat beli botol susu Avent dengan diskaun 20%. hahahaa..Ayah Akeef mesti marah. asek beli botol susu je. Tapi TETIBA je cha ya nun alip tu nak bg diskaun 20%. pelagi...masanya sudah tiba..hehee...

Tercapai gak impian Ibu nak belikan Akeef botol Avent ni. Sebotol dulu la Akeef ye. Nanti kalau Ibu dah dpt duit berbillion2, Ibu beli banyak2..hehee...

February 25, 2011

Membuat Kek

Sapa yang rajin buat kek? Angkat tangan!!

Keh, kalau korang rajin bakar kek, mesti korang
1) dah penah bakar kek Red Velvet nie
2) mesti korang ada cita2 nak buat kek ni..

okeh, aku masuk kategori no.2..banyak tol halangan nak buat kek nie.
Selain banyak pakai bahan, kek ni gak banyak step..huhuu..


sebab banyak bahan & banyak steps, org leh jual kek sepotong je cam bawah ni dgn rege RM11++..huh, SR pon kalah.

Aku mmg berhajat nak bakar gak kek ni. cuma tatau bila masa dan ketikanya. Kalau nak cr kat kedai, mmg susah nak jumpa kek ni. Yang ada jual pon sume jauh dr rumah @ tmpt kerja aku nie.

Jadi, ini misi aku untuk 2011 nie..hehee...setahun pny misi nak siapkan sebijik kek. Kek ni PASTI akan aku buat gak walau lambat atau cepat.

* kalau ada yang dh bakar & duk dekat2 ngan area aku, anta le sepotong. nak rasa... :)


Hadiah

Bila tukar tempat keje mesti dapat hadiah kan..hehee...

Tempat pertama lapor diri, pas keje 3 tahun, kena pindah pg cawangan. Dapat hadiah. Perhiasan rumah rasanya. Besar. Dah letak kat kampung elok2..

Pas setahun, pindah lagi dr cawangan ke ofis lama (tp lain bahagian), dapat hadiah lagi. Time ni best..dapat seutas rantai dan sebentuk cincin emas..hehee...waktu tu umur BARU 26 tahun..dapat barang kemas, kemain sonok lg..time ni bos aku Pn.Padma Devi. So, barang kemas la kay.. (^_*)

Keje 2 tahun, pastu kena tukar lagik. Time ni tukar sbb nek pangkat sikit. hehe..waktu ni hadiahnya pen & pensil tekan-tekan ada ukiran. tp bkn ukir nama aku. Ukir nama unit yang bagi tuh..huhuu..pensil tekan-tekan tu sbb time tu aku tgh belajar. kulu kilir bawak pensil tekan-tekan. sampaikan nak sign surat pon kenkadang tenyeh ngan pensil tekan-tekan..

Skang, pindah lagik..x nek pangkat atau nek gaji. tapi pindah sbb dah nek sakit pala pk masalah ekonomi diri. hehee..kali ni dpt hadiah jugak..

tarraaa...


fresh from oven. baru je dpt td..tapi, tatau pe hadiahnya. nak bukak kat umah kang la..nanti aku hapdet pebende dalam tu k...

*Selamat Maju Jaya*
huhuu... :p

February 23, 2011

Surat Pertukaranku

Yang dinanti2 akhirnya tiba juga.

Kalau ikut kiraan, hujung bulan ni genap 1 tahun 7 bulan aku berkhidmat kat Putrajaya nie. Aku ditukarkan ke Putrajaya ni sbb naik pangkat setelah 6 tahun berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Mula2 dpt surat tukar dulu mmg semangat. Yelah kan..naik pangkat..gila tak semangat. Putrajaya pon putrajaya la. hari ni dpt surat, esoknya dah kena lapor diri. dr kl trus ke putrajaya. huh..semangat!!. plus time tu bujang. sipi2 nak mengakhiri zaman kegemilangan tu. hehee..

Pas dpt surat tukar, trus apply kuarters kerajaan. Waktu apply bilangan menunggu adalah 842 org..wahhh...bape puluh tahun kena Q nih.. tapi kalau dah rezeki (plus ngan surat rayuan sedih giler kpd JPM) pas 2 bulan, aku dpt la masuk kuarters. Ngam2 balik honeymoon, check emel, suh dtg JPM amek kunci (tp kena bayo macam2 fees la b4 masuk kan) Jadi aku + Mr.MHR meneruskan kehidupan suami isteri berdua2 dia Putrajaya.

Sampai la Akeef lahir @ Hospital Putrajaya. Hari kedua bersalin, trus pindah ke Wangsa Maju. duk la kl sampai hari ni sbb xde org nak jaga Akeef dan emak & ayah aku pon dh merajuk kalau ktrg anta Akeef kat tmpt len suh asuh. 60 hari selepas tu bermula la episod aku bangun pagi2 buta. Pas subuh, trus kua umah menuju ke putrajaya untuk mencari rezeki...sob sob sob..cam sedih tak...

Jauh tu.. Kalau dikira betul2, jarak ulang alik hari2 tu adalah dekat2 80km. sehari!! tak sanggup ulang alik jauh2. kos perjalanan pon tinggi kemain. Aku pon anto surat tukar. Nasib baik ada org nak tukar suka sama suka. Pas anta surat, dpt surat reply, tulis

"Belum cukup tempoh berkhidmat di Jabatan sedia ada"

wuuaa...hancur luluh hati time tue..hasil recce2 bgtau, kena keje 3 tahun baru leh tukar..at least! tapi aku tak putus asa. Aku anta lagi emel kat pegawai2 tertentu. Mesti org2 kat HR tu dah meluat tgk emel aku. Panggilan telefon takyah kira la. Selang 2 hari aku call tanya progress. Bukan apa, aku ni kira mohon atas dasar suka sama suka. Maknanya, tempat masing2 akan diganti. Jadi, kenapa tak dpt gak?

Mmg la naik pangkat gaji pon naik. Tapi kos aku ulang alik tu lebih dr nilai gaji yang bertambah tu. Jadi, bila ada yang nak tukar gak atas sebab yang sama, boleh la sepatutnya kan? kan? hehee..

Lama2 aku macam ilang dah semangat nak tanya perkembangan permohonan tu. Tulah bila dah boring, tiba-tiba.......

surat tukartadddaaa....

Baru kejap tadi (23 Februari 2011), seksiteri Pengarah dtg anta surat ni. by fax...lapor diri lg 3 hari..yahoo!!! alhamdulillah. akhirnya Allah makbulkan jugak doa kami.

Tapi kan...sebenarnya aku suka keje kat sini..

10 sebab UTAMA aku suka keje kat BPAD ni adalah :

1) kua lunch ikut masa sindrik dgn geng2 jjcm aku iaitu Pn.Azura Nor & Cik Effar Yus.
2) cuti aku selalu ada extra sbb budak yg kira tu salah kira..hahaa..
3) boleh tiba2 je gelak2 ngn geng2 jjcm tu wpon sbnrnya opis ni sunyi sepi..
4) boleh buat party makan ikut suka hati..tak amerika la tak berparty..hahaa...
5) boleh tido ikut masa mengantuk masing2..walaupon br kul 10 pagi, kalau nak tido, boleh!!
6) kalau kua ofis kul 12.30 utk lunch kat luar, dh dikira SANGAT lewat..hehee..
7) kua ofis kul 11.15, masuk balik kul 2.30petang..syurga ya amat..
8) boleh dtg opis lambat SIKIT sbb kawan2 sy sudi tlg punchkan..(sila jangan tiru!!)
9) pg trus Yummies kat bangi beli barang kek secara tetiba bila jumpa blog resepi kek yg cantek, menarik, tertarik..ko mmg tembom...
10) boleh balik umah awal kalau xde mood nak keje...halfday yg diapproved oleh diri sendiri..yeahh!!!

oopppsss..tertinggal satu lg yang best...kat cni boleh blogwalking tak kira masa..xde sapa nak larang. janji keje siap.. :)

Kesimpulannya, aku mmg suka keje kat BPAD nie..tapi tak larat nak menanggung kos & letih resah berulang alik jauh2. Kalau BPAD ni ada kat kl, aku org pertama anta surat tukar lagi sekali..hahahaa...

kay, nak sambung kemas barang (tetiba nak kemas barang kan...) & tima kasih sbb sudi baca n3 berjela nih.. ciaaaooo....

February 18, 2011

Gaji....

Aku nak share pasal satu cerita tentang gaji nie..

Korang tau tak berapa gaji pasangan korang? Suami @ Isteri masing2?

Sepatutnya kita kena amek tahu gaji pasangan kita. Ianya bukan sbb tak percaya tapi bukannya berdosa atau salah pon kalau kita tahu kan?


Ceritanya bermula camni..

Tengah syok aku tido time subuh2 adam tu, fon berbunyik. Call dr sorang kawan lama aku. Aku tatau pebende yg dia ckp sebab lebih banyak bunyi nangis dr bunyi cakap. Lama aku tunggu dia ilang sedu sedan then br leh dgr apa yang dia nak cakap. Dlm sedu sedan tu...

"Ko nak tau tak, idup2 aku kena tipu ngan laki aku. Selama ni rupa2nya dia sewakan rumah untuk b*&^%a tu. RM500 sebulan!!.Aku tak penah mtk duit kat dia. Gaji aku cukup utk diri sendiri + anak aku. Aku x mintak pon duit dia. Ingatkan menabung utk ktrg. Rupa2nya bg kat pempuan lain!!"

Ha, tulah kan. Kalau kita tau, gaji pasangan kita, takdelah benda ni jadi. Mcm kawan aku ni, dia duk umah kuarters. So, tiap2 bulan sewa potong tru gaji dia sbb laki dia keje swasta. Kalau umah kerajaan ni, potongan RM350 la lebih kurang. Kalau campo 500 yg laki dia bagi kat pempuan tu, dorang ni dh mampu beli umah teres setingkat dh kat kl nih..

3 tahun duk kuarters. 3 tahun jugaklah laki dia bayarkan utk pempuan tu. Dan umah sewa pempuan tu SANGAT dekat ngn kuarters tsb.

Aduhai...nape la wujud keadaan macam nie. Yang laki menggatal. Yang pempuan tu pon dia tak fikir ke kalau org lain plak buat kat dia? 500 tu kalau buat belanja anak, 2 bulan pny stok susu boleh dapat.


Hurrmm... taktau la macam mana idup kawan aku tu pasni. Doakan yang baik jelah. Dan kepada yang bercita2 atau sedang berperangai macam perempuan tu, bawak2 la berfikir. Percayalah pada karma... what goes around, comes around okeh....

February 11, 2011

Puding Trifle

Hari ni ada jamuan potluck kat opis. So,kena pk nak bawak apa masing2. Check dalam peti ais ada cake chiffon ngn nata de coco. Jadi......operasi!!

Puding Trifle sedapSebenarnya ni first time aku buat trifle. Ha,ada bran? 1st try dah buat dlm mangkuk besar dan siap bawak utk jamuan office lagik. hahahaa...jangan risau..aku kan anak chep..mesti sedap punya..air tangan katanya..waakakakakaa....

Silalah menjamu mata. Kalau nak menjamu selera, sila buat. Kalau malas nak buat, order kat aku lagi senang..hahahaa...aku bg rege kawan2 je...

* puding ni sbnrnya merah menyala...tp bila camera snap jd pucat lak..camera murah kot.. :p

February 10, 2011

Akademi Fantasia

Demam dh bermula...

Skang ni Radio Era dh buat audition utk sapa2 nak join AF9. Kalau sapa lepas audition kat Era nih, dorang leh trus lompat ke stage 3. Fast Forward katanya. Jadi boleh la kita dgr suara2 yang konon2 sedap tue wat audition online.

Tapi, dah nak masuk musim ke9 ni, kita dh mula rasa nak bosan. Yelah, sbb mula2 dulu dorang ni innocent je waktu join. Kalau tgk kat Diari Harian tu waktu AF 1 & 2, nmpk dorang mmg x berlakon. Sekarang tidak lagi. Makin mengada2 perangai dorang depan camera. Dah ilang dh mood nak tgk diari..harapkan konsert jelah boleh tgk. Tupon bole pilih peserta mana yg kita nak tgk dia perform. Kalau peserta yang tak best tu, boleh la kita bawak diri pg masak apa2 yg patut kan dapur..hehee..

Antara banyak2 musim, aku paling suka musim yang ini..

Ada ramai peserta yang berbakat. Nyanyian memang sedap. Perangai pon elok la sikit. Majoriti sumer boleh nyanyi. sebab tu kot Astro untung riban2 waktu musim nih..

Musim yang paling aku benci, tak suka, menyampah, muak, loya sumer ada adalah time nih..

Tak paham betul. Nape la dorang amek Datin tuh jadi pengetua?? Dia kan model. berlakon pon yg ado. tetiba nak train org nyanyi. Walaupon org kata AF ni x focus kat nyanyi semata2, tapi bila konsert xde pon yang berlakon kan? So,mmg focus kat nyanyi la maksudnya..

Time ni peserta dia bukan la main meluatkan hati. yek yek uwekk...

Okeh, tak lama lagi dh nak sampai musim ke9. Orang duk sebuk2 kecoh marah Astro amek Ahmad Dhani jd pengetua. Tolonglah org2 yang kecoh nih. Antara Ahmad Dhani ngan Datin tu umpama langit ngan bumi pon korang still nak kecoh2 lagi. Kalau ada scale, comfirm Datin tu xleh masuk dalam scale tu. asal aku tetiba bengang ngan datin tuh??hahaa...

Semoga kehadiran AF9 yang dikatakan terakhir ni akan jadi best macam AF yang aku suka tuh. Sekurang2nya ada la xtvt malam minggu.

Go Ahmad Dhani Go!!!! hahaa...

February 9, 2011

Breakfast @ Office

hahaa...bosan nih..
xde mende nak buat...
ni menu breakfast pagi tadi..
mihun goreng singapore + telur mata = RM3.00

sudah selesai semuanya..
alhamdulillah....
hehee...sapa blom breakfast, pegi makan cepat..
nnt perut masuk angin, xleh focus nak buat kerja...

ciiaaoo...

Bubur Nasi Untuk Akeef

Malam tadi Ibu sangat rajin masakkan bubur untuk Akeef
asek mamam nestum je kan...
so, Ibu masak bubur nasi + carrot + brokoli + ikan bilis sket...
tarraaa....


pas dah sejuk, Ibu blend halus2
pastu bagi Akeef mamam
waah, tak menyempat2 nganga nak suh suap..
lebih sedap dr nestum la gamaknya
esok Ibu masak lagi kay...
nnt Ibu modify lagi resepi ni khas untuk Akeef.....
(^_^)

February 7, 2011

Sesi Bergurau - Part 2

Akeef dah 6 bulan 4 hari
dah pandai main2..
dah pandai gelak2...
kejap je dah besar..
(^_^)

"Ayah, tgk la Akeef nie..."

"ha, Ayah dah tgk nie..nape Akeef tgk tmpt lain?"

"ala, kan Akeef tgk Ayah nie..Ayah yg xmo tgk Akeef..."
"xmo la..Ayah merajuk nih...Akeef main tipu tipu lagi..."
hehehee...

"Okaylah...kita tgk Ibu la..."
hahahahaa.....

penatlah...jom kita tido la Ayah..biar je Ibu tinggal sorang2 amek gambar kita tido...

February 6, 2011

Makan @ Popeyes

Makan lagik...

Kali ni ke Popeyes Louisiana Kitchen..


Ni set yang ktrg order..
1 set ayam + 1 set chicken burger

Ayam goreng ni sedap...Kalau maintain elok2, bole lawan KFC rasanya..

Tapi burger ni xleh lawan zinger...
usaha lagi!!
hehee....

Whipped potato tu upah utk Akeef..
Celupkan fries ngn whipped potato tu then bagi dia hisap2...
kemain suka lagik...

Biscuit with strawberry jam

henfon tak lepas...macam la org nak sangat...

gembira setelah kenyang makan kentang dan minum susu...

hah, kecik2 dh pandai julur lidah...
potong baru tau!!

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...