October 8, 2018

Trip Hatyai Krabi Phuket Berkereta

Hai semua. Hari ni akak nak cerita pasal trip kitorang ke Hatyai, Krabi dan Phuket (tipu) menaiki kereta dari Putrajaya. Jauh tak? hehee.. Hari tu waktu cuti panjang2 yang sambung2 sampai 10 hari tu, kitorang decide nak road trip la ke Thailand tu sebab tiket flight takde promo, kita naik la kereta.


Sabtu : 8 September 2018
Kitorang gerak dari Putrajaya jam 6 pagi. Plannya gerak malam tu tapi tengok waze semua jalan merah, tangguhkan sampai ke Subuh. Sepanjang jalan tu tak jammed tapi RnR semua penuh. Punyalah lapar, sampai ke RnR Tanjung Malim baru dapat masuk. Tupon terpaksa tapau dan makan tepi kereta je. Kalau nak tunggu kerusi meja memang takde harapan. Lepas dah kenyang, sambung lagi perjalanan. Kami sampai di RnR Gurun sekitar jam 1.15 petang macam tu. Berhenti rehat dan makan, terus ke Bukit Kayu Hitam.

Untuk yang first timer, sampai kat BKH ni, jangan lupa beli insurans untuk kereta ye. Benda wajib bawa adalah :

1) Geran bagi kereta yang korang bawa tu
2) Pasport semua ahli rombongan

Jangan risau kalau tak reti isi borang2 yang disediakan. Kebanyakan kedai2 kat pekan Changlun tu ada sediakan khidmat mengisi borang siap pakej semua sekali. Kos kesemuanya dalam RM30 je termasuk insurans. Tak mahal kan?

Bila dah siap segala dokumen, pi la isi minyak kereta penuh2 na..kalau tak, berdenyut gak bila isi kat dalam Thailand tu..berdenyut poket..

Waktu hari yang kam pergi tu, nasib tak berapa baik. Dari BKH nak masuk ke Imigresen Thai tu jaraknya cuma 3km sahaja tapi kami sangkut 6 JAM akibat kesesakan banyak sangat kereta Malaysia nak masuk ke sana. Dan untuk makluman, walaupon kau jem sepanjang 10km pon, pihak sana tetap bukak 1 kaunter (SLOW & STEADY) takde perasaan. Takde diherannya nak lajukan proses ke banyakkan kaunter ke, dorang tetap la relaks je..


bersiput-siputlah kami ni semua



Dah lepas imigresen, kereta kena pemeriksaan kastam pulak. Selalunya 20 minit dah settle, tapi sebab cuti viral makanya beraturlah lagi 2 jam. Kalau ikut hati, memang nak patah balik..haha..tapi mengenangkan dah tempuh jem 6 jam tadi, redah jelah kan..


nampak dia punya panjang? kaunter maintain satu je bukak.
lembik kaki berdiri tunggu giliran
kan sini, owner kereta je yang beratur. kira ko gilir2 la kalau penat ye..

Setelah hampir 7 jam menghabiskan masa beratur dan beratur, kitorang pon tiba di Pekan Danok. Plan awalnya dari BKH terus ke Krabi. Tapi angan2 itu terkubur bersama jammed yang panjang..hehe.. Cari kedai makan tomyam, isi perut penuh baru fikir mana nak tidur malam tu. Perut penuh baru boleh berfikir semula. Ramai gak rakyat kita yang sama2 dah pening fikir plan baru sebab rancangan semua dah kelaut. Ada dapat berita, HatYai jammed teruk. Maklumlah malam minggu. Makanya, kitorang cari je hotel2 dekat Danok tu.


MBI Suites rasanya nama hotel ni. 1 malam RM70 je. Belasah la labu, badan dah penat melekit dari Subuh hampir bertemu Subuh. Yang penting hotel ni ada balkoni..hehe..




Sempat menapau pulut ayam kat gerai2 tepi jalan tu. Panas2 ayamnya baru siap digoreng. Fuhh..memang terkenang2 la kiranya.. Dah solat segala bagai, kita tidur la..lena sampai ke Subuh semula..hehe..

Ahad : 9 September 2018
Pagi tu, dalam pukul 8 kami dah check out. Singgah dulu gerai sepanjang jalan tu untuk sarapan. Memang melampau kehidupan makan kat sini..huhuu..Membeli umpama tiada hari esok.

Menu wajib sepanjang berada di Thailand adalah pulut ayam okay. Kena makan walaupon perut dah kenyang..hehe..

Gerainya simple macam ni je..Ada berderet tepi jalan. Senang boleh nampak.

Selepas perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Krabi. Jarak perjalanan makan masa lebih kurang 5 jam dari Danok. Kalau rasa taknak beli simkad Thai, boleh je download OFFLINE MAP ni. Boleh dipercayai. Memandu kat Thailand ni satu je la, korang takleh pecut dan kadar kelajuan dia agak tidak munasabah. Highway kampung dia boleh bawa 90km/j tengah syok2 tu, tiba2 dia turun ke 40km/j..haha..menggelupur la sebab dia bagi signal ada speed trap di hadapan. Memang kena berhati2 lebih.

Ikut je signage yang ditunjukkan

Lebih kurang 4 jam perjalanan, kami tiba di pekan Krabi. Tapi pelancong tak duduk Krabi tau uolss. Kita kena pilih Ao Nang Beach. Jangan salah pilih hotel sebab rugi perjalanan nanti.  Kira macam pekan Kuah dengan Cenang kat Langkawi tu. Berbeza kan?

gambar gegar sebab budak ni tak reti duk diam


Rindu kat tuan tanah? hahaa..
Inilah Optimus Prime akak..berjaya mengangkut kami ke Thailand buat kali kedua dengan jayanya.

singgah cucuk duit dulu sebab takde tukar duit bath banyak nau.
jangan lupa aktifkan kad sebelum ke sana ye..boleh buat secara online di CIMBClicks je..sonang..

Dah puas bergambar2, kami teruskan perjalanan dalam 20 minit lagi ke Ao Nang Beach. Jalan dia macam ni la..Terang tapi takleh laju tau. Polis dorang "garang".


Setelah hampir 5 jam, kami pon sampai la ke area Ao Nang tu. Cari tempat makan sebab dah kul 3 petang time tu rasanya. Kedai Bangboo yang tersohor tu ada depan masjid ni je. Tapi sepanjang kat sana, memang full house.


Kami makan kat Jamilah rasanya nama kedai dia. Sebelah kereta akak parking tu. Lauk tengahari dia pon dah tinggal saki baki. Dia offer sup tulang. Amek kau, merecik lawan dengan sambal belacan tuh!

Kami check in kat Phranang Place. Hotel kegemaran dari dulu sebab ada swimming pool dan dalam 500m je ke pantai. Rasa selamat kat situ. Kitorang walk in je. Takde pre-book sebab takut plan cancel. Tapi ikut nasib la kan ada ke takde kekosongan. Kalau berani, boleh la ikut cara kami ni.

Akak memang ambil bilik Triple
sempit memasing jimbob..haha..
Rate 1 malam lebih kurang RM135
murah ke idok??


Budak ni sebok nak mandi kolam. Mujur la Pak Ngah dia rajin nak layan.
Trip ni kami berlima. Gambar ahli rombongan disorok dari tatapan umum 😎



benda alah ni kena makan panas2
kalau dah sejuk, dia liat sikit. kurang feel..

View dari bilik kami

Isnin : 10 September 2018
Untuk pengetahuan, ini kali kedua kami ke Krabi dan kali ni hujan lak. Plannya memang nak Phuket, tapi sebab hujan dan ada member yang kat Phuket pon cakap takleh amek pakej ke pulau2 sebab laut bergelora, jadinya terpaksa la cancel ke Phuket. Kalau dari Krabi ke Phuket, tempoh perjalanannya 2 jam sahaja. So, kitorang decide terus balik Hat Yai. 

lokasi wajib di Ao Nang

Dah habis bergambar, kami meneruskan perjalanan pulang kembali ke Hat Yai. Redah dot com jugak. Takde book hotel awal. Gerak dalam pukul 1 petang rasanya.

RnR dia dekat stesen minyak je..
Ada family mart kalau nak beli kudapan
Peneman mengantuk 
20 bath

Dalam perjalananan balik, kami singgah di Trang Andaman Gateway ni.. Dia tempat untuk ambil2 gambar dan berehat sekejap. Kebanyakan monumen dia hanyalah gajah dan tapir. Masuk percuma. Kalau dari Krabi, gateway ni berada di sebelah kanan. Jangan terlepas, jauh kena U-turn nanti.




Kitorang sampai di bandar Hat Yai lebih kurang jam 7 malam. Terus ke area Lee Garden cari hotel. Dapat duduk di Regency Hotel sebelah jalan je..Tapi sesak dengan pelancong. Masuk bilik, mandi lepas tu turun tengok kawasan yang sesak tu. Kan lokasi syurga makanan. Haruslah join..hehe.

THB 50
sedap




Ni lokasi peniaga jalanan untuk kita makan2 tu. Gambar ni akak snap malam kedua sebab malam pertama tu, nak pegang phone pon tak dan. Bersesak2.

Selasa : 11 September 2018
Pagi di Hat Yai, awal2 semua dah bangun sebab lapar. Biasalah, bercuti tu kata ganti untuk makan. hehe..Dari hotel, kitorang jalan je cari sarapan. Pergi sepanjang jalan tengok banyak restoran penuh. Jalan sampai ke Restoran Kelantan. Terus belasah nasi kerabu dengan teh ais walaupon pagi buta. Teh ais adalah wajib okay..

60 bath sahaja..kenyang perut weh..

Lepas dah kenyang, kitorang jalan sekitar tu je..malas nak ke mana-mana sebab jammed ramai orang. Maybe sebab last day Malaysia dapat cuti free 4 hari tu, so orang baru nak gerak keluar dari Hatyai. Kitorang decide nak sambung lagi 1 malam. Dah penat jalan, balik rehat kejap dalam bilik. 

Dalam pukul 2.30 macam tu, terasa dah lapar semula. Start kereta, gerak ke Kai Tod Decha. Kedai ni ada banyak cawangan kat pekan Hatyai ni. Akak search tempat lain tapi map bawak pergi tempat lain. Belasah, janji sama brand.

Related image
sumber google

Menu sedapnya adalah ayam goreng dia. Tapi sekali la boleh order nak makan nasi tomyam paprik ladna kungpao segala macam tuh.. Harganya up sikit je dari tomyam average kat pekan Hatyai tuh..tapi ayam gorengnya memang sedap. Panas-panas dan berbau harum..haha..teringat2 weh..

Kalau nak order Teh Tarik kena sebut HOT. Kalau lupa sebut hot, teh tarik dorang ni maksudnya teh ais leleh...hehe...eh, sedap la..terasa2 kat tekak..

Malam tu, lepas je Maghrib, kitorang pergi Asean Night Bazaar. Dekat je.naik tuk tuk dalam 5 minit dah sampai. 


Pergi balik naik tuktuk. Kereta park kat hotel.
20 bath sekepala. Kanak2 free..


Tempatnya ni sepanjang2 semua orang berniaga macam2 barang. Kemahiran tawar menawar adalah diperlukan. Kalau tak, rasa tak berbaloi pergi beli sebab harga dorang letak sama macam harga uptown Danau Kota..haha..dah pergi jauh2, takkan nak beli mahal kan? gunakan bargain skill masing2 ye..

Ruang makan di tingkat atas tu. Ada pelbagai jenis makanan cuma kena hati2 sikit la. Sebab ada jugak gerai yang tak halal. Takut tak perasan pulak. 



Lama jugak kitorang melepak kat sini. Dah makan kat foodcourt, tapau pulak kudap2 makan kat ruang duduk bawah ni.. Paling semula ke hotel naik tuktuk. Perut kenyang hati senang..

Rabu : 12 September 2018
Lepas dah bincang2, kitorang decide nak balik la..haha..rasa macam lama nau duduk Hatyai melepak makan je kerjanya. Kul 9 pagi kami check out dan terus ke Chabura Dimsum. Bukan peminat sangat tapi nak try. Kedai ni buka dari 6 pagi sampai 2 petang. Malam takde tau. Dia jual breakfast je.




Pilihannya kebanyakan adalah menu steamboat tu..Kalau piring yang kecil, harganya 15bath setiap satu. Kalau piring besar, 20 bath satu. Pilih mana yang nak, bagi kat dia kukus. Pergi duduk dekat meja diam2 sampai dimsum sampai..hehe..


Kalau tekak tak makan ni, boleh order menu ala carte yang biasa tu la..nasi goreng dan tomyam2 segala bagai tu. Jangan risau, semua orang senang nak makan. 

Dah kenyang, kami pon bergerak la balik dari Hatyai. Singgah shopping kat Padang Besar Perlis sekejap sebelum teruskan perjalanan pulang ke KL.

Tamatlah aktiviti 5 hari 4 malam ke Krabi dan Hatyai kami. InsyaAllah ada rezeki, cuti sekolah nanti nak gerak ke Hatyai lagi sekali. Trip makan sahaja..hehe..

Tenkiu sudi baca panjang2 nih..Boleh PM tepi kalau nak tanya ye..

kbai..

September 3, 2018

Waran Perjalanan Udara Awam

Saranghae 😘

Hehe..dah bersarang tebal ni. Nak update blog memang memerlukan penumpuan yang lebih. Kena pulak zaman sosial media yang canggih dengan segala platform ada kan?

Hari ni akak nak update pasal Waran Perjalananan Udara Awam (WPUA) khas untuk kakitangan kerajaan sahaja.

Sebab ramai penjawat awam baru dan peluang nak pergi travel sambil bekerja tu terbuka luas untuk semua kakitangan, maka akak share la sikit perihal WPUA ni terutama untuk "freshie" ye anak- anak 😅

Bila kita kerja gomen, kalau travel guna kapal terbang, tiket flight semua office yang beli. Isi borang sahaja. Tertakluk kepada bajet jabatan masing2. Ada yang benarkan naik AirAsia je (sebab murah sikit). Kalau duduk Kementerian, selalu boleh je pilih nak MAS, Firefly, AirAsia atau Malindo.

Disebabkan #airasiadihatiku, maka akak memang akak pilih AA. Selain dah biasa, akak ada banyak cerita sedih dengan MAS. Setakat beg delay entah ke mana tu, perkara biasa MAS. 3 hari baru dapat kesan selalunya.

Untuk WPUA AirAsia, pakej yang korang akan dapat adalah tempat duduk HOT SEAT (didahulukan masuk kapal terbang), dapat set makanan siap travel box dan dapat luggage allowance 40 kilogram!! Jadi takyah la pening takut beg terlebih berat kan? Plus nanti bila beli buah tangan untuk kawan2 office, senang la hati takyah fikir kena denda lebih muatan 😊

Tapi untuk AA ni, jangan lupa check in online sebelum terbang tu. Kalau tak sempat buat kat office, print dekat kiosk kat airport pon bisa dong...

Ok la..akak nak pergi pusing2 kawasan sekeliling jap. Nanti akak update lagi okay..

xoxo ❤


October 2, 2017

Bilik Fuller Hotel Alor Setar

Ha, mesti bila google tak jumpa banyak info pasal Fuller Hotel ni kan? tu yang datang kat blog aku ni..tahu dah..sebab hari tu aku pon google tak jumpa..hehe..

Bulan lepas kena pergi kerja kat Alor Setar. puas cari hotel yang macam best sikit sebab kerja sampai pukul 5 petang je..takut malam sangap..google cari hotel yang dekat dengan Aman Sentral yang baru tu. Nampak dalam map, hotel ni dekat sangat plus hotel baru.

Saja nak share view dalam bilik. Ni contoh bilik standard...harga 1 malam RM115 (gst included)




katil queen
muat la untuk 3 orang kan


sekarang memang konsep hipster
takde almari
penyangkut dengan cermin sahaja untuk penjimatan ruang dan memaksimakan untung



Hotel ini okay dari segi facilities. Tapi takde breakfast tau. Cafe pon takde..hehe..depan hotel ada banyak gerai jualan makanan. Berbaloi la jugak..makanan tak mahal.. CUMA...

Aku dapat bilik yang tilamnya penuh pijat. Habis lebam badan kemain bisa kena gigit. Malam pertama tu tak rasa sangat sebab ingatkan nyamuk biasa time keluar malam tu cari makanan. Malam kedua dia banyak kena gigit kat kaki. Hari ketiga dah nak check out awal pagi, kemain penuh dia gigit. Aku buat aduan kat Manager. Dia kata kenapa tak komplen awal2? Aku cakap ingatkan sikit. Sekali dia buat massive attack last day nak balik...serius bisa oiii...ni dah 2 minggu tak hilang lagi kesan gigitan. Masih berkudis..Mujur bukan kat muka..Kalau tak.........

Kalau pergi, korang request la bilik yang okay (harap2). Sebab kawan aku yang sorang tu, dia okay je.. Maybe nasib aku tak baik time tu...

September 6, 2017

Resepi Bergedil Kentang Mudah

Musim korban ni, mesti banyak dapat daging korban kan?. Sedap kalau dibuat sup. Gengkan pulak jadi bihun sup dengan sambal kicap..fuhhh...hahaa...tapi kalau nak lagi kick, letak la bergedil sekali. Barulah lepas makan, terus takleh bangun tau...Senak perut..huhu..

Ini memang makanan kegemaran. Selalunya tak sempat makan dengan bihun sup pon, sambil goreng boleh ngap 2,3 ketul. Seronok makan bergedil oiii...

Okay, nah ambil resepi senang ni. Takyah pening2 cari bahan. Apa yang ada dalam rumah je boleh..


Bergedil Kentang (20 biji)

7 biji ubi kentang (kupas dan gorengkan)
2 keping daging burger/daging kisar (ayam boleh, daging pon boleh)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Lada sulah
Garam

Kentang yang dah digoreng tu, lenyek bagi hancur. Seeloknya lenyek waktu tengah panas-panas tu. Cepat sikit kerja dan tak pakai banyak tenaga sangat. hehe..

Untuk daging, boleh panaskan minyak sikit dan goreng sikit daging sampai masak sambil hancur-hancurkan. Nanti lagi sedap rasa bergedil tu. 

Gaulkan semua bahan dalam mangkuk bagi sebati dan kepal-kepalkan ikut size yang digemari. Untuk resepi ni memang aku tak letak cili sebab nanti kalau budak-budak nak makan, susah pulak kan. Kalau nak letak cili merah hiris pon boleh ye..

Bila nak goreng, pecahkan sebiji telur ayam dan kocak. Celup dulu bergedil dalam telur tu dan baru goreng. Api jangan besar sangat takut jadi cekodok kentang nanti pulak..

Okay, sila buat. Kalau rasa banyak sangat, lepas dah siapkan tu, boleh simpan dalam bekas dan frozenkan. Nanti next time nak guna, tak payah la proses lama sangat kan..

September 5, 2017

Rumah Peranginan Kerajaan Port Dickson

Penjawat awam memang untung tau..haha..jangan marah. Itu rezeki sebagai penjawat awam. Nak harapkan bonus sebulan gaji, tunggu 10 tahun sekali baru dapat. Dapat Bantuan RM500 setahun pon ada orang maki-maki. Nak buat macam mana, telan jelah..Jadi,disebabkan duit tak berapa nak banyak, maka berjimatlah kat tempat lain kan..

Sebagai penjawat awam, Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, ada sediakan kemudahan rumah peranginan yang mampu milik kalau-kalau kita rasa nak pergi bercuti bawa anak-anak, tapi bajet tak berapa nak banyak 😊

Hari ini, aku nak cerita pasal Rumah Peranginan Kerajaan di Port Dickson. Kalau nak tau, rumah ni dibawah selenggaraan Puteri Beach Resort Port Dickson. Ada beberapa unit dalam hotel ni yang dijadikan rumah peranginan persekutuan. Jadi, kalau kita menginap disini, kita dapatlah guna kemudahan hotel yang lain sama seperti pelanggan hotel tu sendiri.

Kalau nak tempah, kena rajin dan ikut nasib. Bayangkanlah, penjawat awam ada lebih kurang 1.6juta nak berebut rumah yang beberapa unit ni kan? hehe..kalau rajin, insyaAllah ada rezeki kita.

Aku selalu dapat tempah bilik kat PD ni tapi kena hari bekerja la. ambil cuti 2 hari dan bawa bercuti. Kalau musim cuti sekolah, mungkin susah sikit nak dapat. Tapi, tak salah mencuba.


Ini saiz katil untuk bilik "Apartment Studio". Bilik ni berada di bangunan utama hotel. 
Harga satu malam RM90 termasuk GST..hehe..


Nampak tak saiz bilik ni?
Kalau kita jenis yang keluarga besar, bawaklah "apa2" yang patut dan menjimatkan..



Cerek air elektrik dan cawan semua ada.
Peti ais JE yang takda


ha, nampak tak?
senang nak iron shawl yang meleret2 tu..





Ini view dari bilik aku.
Kalau rasa taknak mandi kolam, boleh terus pergi mandi laut.



Sebab kita bawak anak-anak, ada swimming pool dengan playground kecil je pon dah cukup bagi dorang gembira puas hati punya. Mandilah puas-puas sampai kecut. Nanti bawak balik bilik, bagi makan, confirm tidur nyenyak masing-masing.

Bawaklah bekal biskut, roti dengan makanan kering sikit untuk bekalan dalam bilik sementara nak keluar cari makanan sebab dekat area hotel ni takde kedai makan. Kena keluar ke arah pekan sikit baru ada kedai-kedai makan yang best. Gerai tepi jalan pon susah sikit area ni. Maklumlah kan, kalau dah berendam, mestilah lapar. Kang menggagau nak mencari makanan, boleh buat hilang mood tau...

If korang (penjawat awam) nak try book RPP Port Dickson ni, bolehlah buat kat laman web BPH tu seperti biasa. Pilih, Bayar, Bawa Resit dan taddaaaa.....bercutilah dengan aman.


February 10, 2017

Cuti Thaipusam

Lama nau rasanya menyepikan diri..hehe...banyak keje lately dan tak sempat update blog yang tak seberapa nih..jalan2 pon dah malas nak ambil gambar..jadi, blog tidur la nampaknya..

Semalam cuti thaipusam..breakfast dah lewat..jadi lunch pon lewat..menu lunch adalah Udang Masak Lemak Pucuk Paku..nak resepi tak? hehe..kalau taknak pon, sila baca tau..




Udang 12 ekor
Pucuk Paku 1 cekak
Santan 1 kotak
Bawang merah
Udang kering
Cili Padi (kisar) - ikut tahap pedas masing2
Kunyit
Serai - ketuk
Asam keping

Cara-caranya :

1) Sediakan periuk. Masukkan pucuk paku, cili padi, serai, bawang merah (tumbuk dengan udang kering), kunyit dan air.
2) Didihkan atas dapur sampai batang pucuk paku tu lembut sikit.
3) Masukkan santan, udang, asam keping, garam.
4) Tunggu mendidih, siap..

Makan dengan nasi panas dan telur dadar je dah cukup tau tau..perut kenyang hati senang..hehe...

Okay, nnt free iols update lagi...


October 10, 2016

Resepi Bendi Goreng Pedas

Nak resepi tak? hehee..

Kalau2 terbeli bendi keras, jangan buang. Boleh buat lauk jugak. 

Bendi Goreng Pedas


Bendi (cuci dulu baru hiris) - kalau tak, nanti berlendir

A - Bawang Merah + Bawang Putih + Ikan Bilis (blend)
B - Cili Merah 1 biji + Cili Api 2 biji (blend)
Asam keping
Perasa


Cara memasak:
1) Panaskan minyak
2) Tumis bahan A sampai garing
3) Masukkan bahan B. Masak sampai garing.
4) Masukkan bendi, garam, aji dan asam keping
5) Dah siap….

Takyah makan dengan nasi pon boleh..Ratah saja dah sedap..

nanti akak update resepi lagi hokay...bye...



October 6, 2016

Ke Krabi Ke Kita - Day 2

Mood malas dah mai...
Meh sambung hari kedua..

Pagi tu kitorang check out hotel dalam pukul 10pagi. Jalan depan hotel nak pergi cari angkutan ke Aonang Beach. Ada gerai abang Muslim ni. So, sarapan dulu. Buat alas perut.



Ni pemandangan dari tempat makan ke pasar malam tu. Jarak dia banyak ni jelah. Memang berbaloi pilih hotel ni.

Kitorang berjalan ke bus stop depan 7-Eleven. Korang cari je 7E then nampak la signage bus stop tu. Sebab kitorang nak naik songthaew. Kalau ada orang tanya, cakap nak naik songthaew. Jangan cakap tuk-tuk..2 benda berbeza tu. Harga pon beza kaw2 punya..



atas ni Songthaew - gambar google


ni tuk-tuk

Nak travel bajet ni, kena la survey2 sikit tau..Kalau malas survey, malas membaca, sila prepare duit lebih sikit ye..

Kadar tambang dari Krabi Town ke Aonang :

1) Teksi : 600 bath sehala (RM60) - 1 teksi (4 orang) 
2) Songthaew : 50 bath sehala (RM5) - seorang (kanak2 FREE)
3) Tuk Tuk : 500 bath sehala (RM50) - 1 tuk tuk (2 orang)

Untuk teksi dengan songthaew, harga tu fixed. Tapi untuk tuk tuk, kena bargain. Dorang letak harga memang tak masuk akal. Ada ke orang nak naik tuk tuk bayar RM50 sedangkan teksi RM60? Aku malas nak bertegang leher dengan dorang ni. So, memang straight je ke songthaew. Bagitau nama hotel, minta driver tu stopkan bila dah dekat dengan hotel. Dia akan suruh korang picit loceng, tapi bagitau "I dont know where the hotel"..haha..ko takyah grammar berhabuk.nanti dorang tak paham.. Cakap simple2 je..


Sepanjang perjalanan dia akan berhenti kalau ada orang tahan nak naik. Lebih kurang macam bas la.. Cuma takde aircond dan laju kemain dia pecut.. 1 ride dengan kitorang ni ada couple dari NZ sama2. Dorang kena caj RM15 seorang.. Kita dorang caj RM5 je..Korang pandai2 la nak hidup ye.. :)


ni hotel kitorang



family room
RM133 semalam


ke depan tu terus menghala ke pantai
berjalan kaki dalam 5 minit

Budak hotel tu bagi je check in awal. Bukan ada ramai orang sebab sini ada banyak hotel. Kalau korang nak walk in je pon takde masalah. Masuk bilik, kitorang mandi2 sebab berlengas perjalanan dalam lori..haha..pastu kitorang jalan kaki sepanjang jalan tu. Macam2 orang jual.


mestilah kena beli pancake kan?
dah kata kat Krabi


Kitorang jalan kaki sampai la ke area Masjid Aonang. Lepas tu berhenti makan kat Bangboo Restoran yang ramai orang Malaysia pergi tu. Alhamdulillah, boleh la makan untuk kenyangkan perut.. 

Memang banyak melepak dalam bilik je trip kali ni.. setiap petang dalam pukul 1 macam tu akan turun hujan manja2..berhenti kejap..kang pukul 3 dia turun lagi..hehe...sejuk je suasana..


Depan pintu bilik kitorang ada meja ni..best betul..tapau makanan plus beli kopi kat 7E, lepak sini time redup2..fuhhh....

September 29, 2016

Ke Krabi Ke Kita - Day 1

Trip ke Krabi adalah trip yang tak se best korang jangka. haha..trip ni kitorang memang niat nak lepak2 je..takmo penat2 sebab 2 minggu lepas pegi Langkawi kemain penat bershopping. So, yang ni awal2 dah kena warning, jangan fikir aktiviti memenatkan badan.


Selalunya aku ni kategori awal dah prepare segala benda. Kali ni redah je.. Tukar duit pun kat Putrajaya Sentral time tunggu ERL nak ke KLIA2. Tukar RM1200 dapat 1000bath. Tu je yang aku tukar untuk belanja bertiga.


Sampai kat airport Krabi, beratur le cepat2. Walaupon airport dia kecil je macam airport Kota Bharu, kemain lama beratur..slow betul imigresen dia.


Lepas je imigresen, aku terus pergi kaunter tiket bas. Kaunter tu betul2 depan escalator. Kira turun je escalator, ko terus sampai kaunter tiket bas tu. Aku sampai hari Sabtu pukul 4.45 petang, so memang decide nak pergi pasar malam Krabi Town tu. Sebab malas jadi Pak Pandir pergi balik pergi balik, kitorang tidur kat Krabi Town malam pertama tu. So, beli tiket ke Krabi Town. Sorang 90bath. Anak tak kira. Yang bagus kat sini, budak2 semua FREE... dan pastikan korang ada nama hotel. Sebab dorang tanya hotel apa kita duduk. Kecuali kau tau nama jalan nak turun pon boleh gak.. Bas hantar betul2 depan hotel tau..memang best.. 

 


Ni la rupa bas airport dorang. Kitorang lepas je beli tiket bas, pergi la beli simkad 1 untuk senang berhubung. Relaks je konon2nya. Tiba2 ada seorang lelaki ni datang bawak walkie talkie tanya "Bus to Krabi?"..haha..rupa2nya dorang kira berapa ramai yang beli tiket bas..so dia akan pastikan cukup orang dalam bas baru dorang gerak...Kitorang pon berlari2 la ke bas..memang bas tengah tunggu kitorang..hehe..maaf la..igtkan ada masa...


Perjalanan ke Krabi Town lebih kurang 15 minit je dari Airport. Nanti bas akan berhenti kat 1 pit stop untuk turunkan penumpang yang bermalam di Krabi Town dan bas akan teruskan perjalanan ke Ao Nang Beach (tempat yang glemer tu). Kiranya Krabi Town tu macam Kuah, Ao Nang tu macam Pantai Chenang la..haha..jangan salah pilih hotel tau...



ni la tempat drop off tu



Kitorang ada 5 couple/family yang turun kat sini. Then dorang akan asingkan kita ikut lokasi hotel kita. Van aku ada kitorang dengan 2 couple mat saleh..


driver ni akan hantar terus ke depan pintu hotel
TAK PERLU bayaran tambahan dah..semua dah pakej dengan bas tu..
cuma kau bagi la tips sikit..20bath pon dia gembira tau...


Aku menginap kat Green House Hotel, Krabi Town. Hotel ni nak ke pasar malam tu jalan kaki dalam 3 minit je...Bilik pun luas dan murah... 1 king 1 single = RM83 je..hahaa..gembira ai!!


 




Lepas check in, mandi2 lepak jap dalam sejam, tengok2 dah gelap kat luar..Jam baru kul 6.30 macam tu...perut pon rasa lapar..terus siap2 nak pergi pasar malam...


Takdelah menarik sangat pasar malamnya..tapi dorang memang promosikan tempat ni. Sebab pasar malam ni ada setiap Jumaat, Sabtu, Ahad je...orang yang meniaga makanan kat tepi2 jalan tu cakap, time tu jelah ada ramai orang kat Krabi Town. Kalau hari lain, memang bandar mati...takde apa2 yang menarik.

 

Aku beli la segala yang orang cakap sedap kat banyak2 blog tu..
Hambar... 
#walauponperuttengahlapar

 

 Ni 40bath satu...boleh beli 5..hahaa..sebab kat sini mahal kan?

Kitorang tapau semua makanan, makan kat bilik hotel. Lepas makan, nak layan TV pon tak paham..Mr.MHR layan bola pakai wifi laju berdesup2 malam tu. Aku dengan anak, tidur lena sebab letih pikul beg..haha..

Nanti ai sambung lagik...

August 23, 2016

Bercuti Ke Gold Coast Melaka

Sekarang kalau rasa nak pergi cuti kat mana2, benda pertama perlu ada mestilah tempat mandi yang menarik atau anak kau akan merengek je macam2..hehe..Lepas penat berhempas pulas bulan puasa dan raya, kitorang rasa nak pergi bercuti kejap...nak pergi jejauh macam lagi bertambah penat kan..so, decide pergi Melaka je.. 

Kali ni try Gold Coast Melaka. Sebelum ni dah pergi Bayou Lagoon tu..lokasi dorang ni sebelah2 je..dipisahkan dengan pagar besi..Kalau rasa Gold Coast penuh, seberang lepak Bayou..hehe..

Aku booked bilik studio. Tapi puas google tak jumpa bilik studio tu macam mana.. Jadi bila hari check in tu, baru tau rupa dia macam mana. Kitorang sampai sana hari Khamis dalam pukul 4ptg macam tu. Waktu check in request bilik yang mengadap waterpark, budak tu cakap penuh..aku macam ????...dah la hari Khamis, aku tengok sunyi sepi, kereta pon ada 4,5 biji je, boleh dia kata penuh. Belum sempat aku buka mulut dia cakap 

"Oh, cik booking 2 malam ye..okay, saya tukarkan bilik orang lain"

Aku cakap la.. "Eh, boleh pulak tukar2kan bilik orang dik?"

Dia jawab : "Dorang belum sampai lagi" (muka selamba)

hahaa..

"Patutnya tak kira la orang check in 1 malam ke 2 malam ke, utamakan yang sampai dulu dan yang dah bagi duit kat korang ni. Yang belum sampai tu beria2 reservedkan bilik dia, sekali dia mati tengah jalan macam mana?" 

Terus dia sentap...akak terpaksa tolak markah untuk pengurusan pelanggan kat situ ye...

Malas nak terus berangin, kitorang terus pergi masuk bilik. Rupa2nya dia memang takde bilik studio. Aku dapat apartment 3 bilik tapi cuma master bedroom je dia bukak. Lagi 2 bilik berkunci. So, hall dengan kitchen memang boleh guna.. Kalau kau datang ramai, angkut toto dengan bantal sudah...jimat..hehe..



kitchen dia cuma ada benda ni
peti ais mini, kettle dengan sinki
benda lain, tarak...


sorry ye..silau..



Angkut jajan..maklumlah, berendam je kejenya...


ni view dari balkoni
haha..gaduh la woi dengan reception utk dapatkan view sebegini..
ko jerit2 je anak beranak suh naik..




ni wave pool
ada time2 dia pasang ombak tu...
time ni dah petang dekat2 Maghrib..dia dah tutup..
bangunan yang warna merah tu Bayou Lagoon..sebelah je..






Ni gambar pagi Sabtu nak check out..Kitorang siap2 hantar beg masuk kereta pastu berendam sampai Zohor..tag tangan tu kira per hari..kalau kau jenis muka stone, pas mandi, tukar baju pergi lunch kat luar, masuk balik mandi sampai malam...hahaha...dengan syarat, kunci bilik dah pulangkan la kan..kang security cari kau pulak..


Info nak share, setiap hari Jumaat dan Sabtu, waterpark akan dibuka sehingga 11 malam..so kalau kau sampai lambat dalam kul 8 malam pon, ko sempat la lagi nak berendam..slides tu kitorang belasah main..bukan untuk budak2 je..dewasa mak pak budak semua boleh merealisasikan mimpi indah tu..haha..

Okay, pergilah bercuti...

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...