October 13, 2014

My Iman Noodles House Cyberjaya


Dekat Cyberjaya ada 1 kedai jual mi tarik tau. Cina Muslim. Disebabkan anak aku memang penggemar tegar makan mi tarik, jadi kitorang try pergi kedai ni. Ada member2 kat ofis Mr.MHR bagitau kewujudan kedai ni. Siang dapat tau, malam terus pergi..maklumlah..belakang rumah je..



Kedai dia lot tepi. Jadi ada la ruang untuk makan kat luar kalau taknak aircond
Keadaan pon selamat sebab bukan tempat kenderaan lalu lalang

Konsep kedai ni, pilih makanan kat menu, then tick2 kat kertas apa makanan yang nak, pastu pergi kaunter, bayar, nanti dia hantar. Lepas tu, air minuman kat sini PERCUMA dan free flow. Ko bangun la berapa banyak kali pon tapi kena guna gelas yang sama. Kalau meja tu order 4 makanan, maka limit 4 gelas je. Gelas kelima dia caj RM2.


ni air kitorang. Coke dengan Sour Plum.
Walaupon order 3 pinggan, tapi aku malas nak amek banyak2 gelas.


Braised Beef Noodles
ni menu bos tecik. takmo share dengan Ibu dah..


Braised Chicken Rice
ni paling awal sampai
tapi nasi dia sejuk
potong betul


Mushroom Beef Soup Noodles
ni Mr.MHR punya..Dia kata okay..sebab dia letak cili kicap nih.



Ni katanya Signature Dish..huhu.
Secucuk RM2. Minimum order 3 cucuk..
Ayam atau Kambing


muka gembira tengok mi dia


Akeef punya mi ada lebih. Yelah portion besar kan
so, mintak tapau. Dorang letak dalam bekas ni..


total harga makanan malam tu. Okaylah..harga tak mahal plus air free
tapi rasa dia kurang sikit compare Mi Tarik Warisan tu..
pastu cashier dia Bangla plus Mak Hendon..adoii..
So, babai..tak pergi dah kot.. :)
tapi boleh la try kalau korang nak..citarasa kan lain2..

October 10, 2014

Banjir

Orang selalu cakap pasal roti canai Selangor Mansion. Bila cari ikut pak Google, nampak menyelerakan. Tapi aku duduk ceruk ni nak ke Masjid Jamek tu memang tak la semata2 roti canai kan..So, pergi je kedai mamak area Cyberjaya ke, Dengkil ke even dalam Putrajaya ni mesti ada roti nih..


ini namanya Roti Banjir
aku memang pemalas nak siat2 roti..order je ni, berdesup ke dalam perut..


ni la roti canai yang digemari kat Selangor Mansion tu..
Roti Canai Siat2 + Telur 1/2 masak 2 biji + Dal + Kari
meleleh-leleh air liur tengok kan??

Roti Kawen satu!!!

October 9, 2014

KSL Resorts & Apartment JB

Hollaa....rindu tak? hehe..busy sikit..blog pon berkepam..Arini nak cerita pasal hotel best kat JB Town. Aritu kitorang pergi Legoland. Nak tido dalam tu, harga semalam RM720++..fuhh..kitorang 2 family..jadi, decide tido luar jelah kan..lagipon kat area Legoland tu takde pape..takut bosan..Habis sesi menggugel, maka aku putuskan tido sini. KSL Resort & Apartment. Aku yang decide sebab aku memang kedekut bab hotel tapi nak vavavoomm..hahaha.. Aku booked apartment 2 bilik. Sampai2, check in okay macam biasa. Ko kena lalu shopping mall yang besar tu untuk ke reception apartment. Sebabnya aku terus turun kat lobby hotel. Entrance untuk apartment lain rupanya.

Lepas settle register, dia minta deposit RM100. Sebab aku takde credit card. Walaupon kau dah bayar cash time booking, tetap jugak kena deposit. Tak paham aku apalah yang dorang takut sangat. Untung berjuta kot..tetap gak nak menyusahkan pelanggan. Semua hotel pon sama je skang ni.. Dorang bagi 2 kad. 1 untuk pintu apartment dan 1 lagi untuk access semua exit termasuk exit ke mall. Duduk apartment takde breakfast ye..Jangan tanya tau..hehe..

Yang bestnya, lif terus ke unit apartment kau. Kira macam pergi Hermes la..bukak2 lif terus depan pintu rumah. Takde share dengan sapa2. Terus aku menabung simpan duit nak beli condo macam nih... :)





seronok balkoni besar-besar..budak2 berlari2..


bilik dia sebelah2 je..tengah2 bilik air..sharing
kat belakang de 1 lagi bilik air
kat area yard..akak suka uollss..

Lagi 1 sebab kenapa aku pilih hotel ni adalah sebab dia ada water park. So, takyah la nak bersusah payah membazir masa membahagiakan anak2 ke tempat2 permainan yang mahal. Ko bawak je turun sini, kompem gembira sampai tertido dan lapar..Bila lapar, semua makanan dorang makan sampai kenyang..Senang tak?





ni view dari balcony unit aku sewa tu
kul 5 petang kitorang turun berendam
park tutup pukul 7 malam
park ni free untuk hotel guest. just bawak kunci bilik je untuk masuk
tak kira berapa ramai pon boleh masuk.. :)

Lepas berendam semua kebulur.. Mujo la ada bawak megi peket. Ingat nak rendam je dalam air panas. Sekali dapur dia lengkap daaa...seronok! kalau tau aku angkut beras dengan sardin sekali..Walaupon kat bawah ni ada shopping mall siap ada Tesco, tapi kalau dah penat, takde makna aku nak turun membeli.








best kan?

So dengan rasminya, kalau pergi JB, aku akan duduk sini...iol is gembira..haha..

Aku up entry ni sebab bila aku gugel, takde pon orang buat review pasal hotel ni. So, kepada yang nak bercuti beramai2, bolehlah try apartment ni. Nak book, pergi la ke website dorang. Klik, klik, bayar, done! 



Sebagai penutup, terimalah!





dua budak yang merenung nasib tunggu bilalah boleh terjah air biru tuh!!

September 15, 2014

Resepi Asam Pedas Simple Tapi Sedap

Ha, makan hati baca tajuk? sendiri masak sendiri up...Sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan? haha..

Okay, aku upload gambar asam pedas dengan caption sepanjang2nya kat fb..Mak aku kan tukang masak. Specialty dia memang asam pedas. Sampai mula2 aku masuk keje dulu (ofis depan rumah je), bila cakap mak aku yang berniaga gerai kat balai polis je, semua terus cakap "ha, yang asam pedas sedap tu..anak Kak Yah kan.." kembang bontot jap sebab orang puji mak aku...puji mak pon nak perasan lebih..belum puji aku lagi tu...haha..

Ikut highway...macam biasa..so, bila dah upload, ramai yang mintak resepi plus teringat2 mak aku masak..Dulu aku duk asrama..so, selalu la mengangkut makanan bila balik weekend..dan aku selalu angkut asam pedas dengan sambal sardin cili padi je sebab aku rasa asam pedas & sambal sardin yang mak aku masak takde orang boleh lawan...hahaha...matik la...ah, tak kira...aku tetap nak cakap yang mak aku masak terpaling sedap..kedai2 yang de jual special asam pedas tu pon, puuii...takde makna...rasa macam air cili didih je...sila sentap..kuikuii..

Korang nak resepi kan? baca la cerita aku dulu...huhuu..lama aku belajar masak macam mak aku..resepi sama just betul cakap orang..air tangan..tak gak dapat macam mana rasa yang mak aku masak..tapi lately ni, sipi2 dah ada..aku selang 3 hari masak asam pedas..laki siap dah upload kat fb sebab selalu sangat makan asam pedas..redho jelah..practice make perfect katanyer..

Nah! korang masak ikut gambar ye...

1) Panaskan minyak sampai betul2 panas pastu masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sampai naik bau 2 kali.

2) Bila dah garing, masukkan cili kering yang dah dikisar tu. Nak masak masakan Melayu kena rajin. Kalau suh guna cili kering, janganlah pegi tukar guna cili boh pastu complaint lauk takde rasa. Cili kering punya kick dengan cili boh tak sama ye diknon2...Tumis sampai garing.

3) Masukkan ikan, air dan asam jawa. Macam aku guna pes asam jawa tu. so masukkan air pastu masukkan pes. Kalau bancuh air asam jawa, pandai2 la sukat kadar kemasaman yang korang suka.

4) Biar kuah dah mendidih sikit, masukkan sayuran yang disukai (bendi, terung,tomato) dan perasakan dengan garam. Bila sayur dah lembut sikit, tutup la api tu...kang benyek plak sayur kalau tunggu lama2.


susunan resepi tu ikut susunan gambar


 ni pinggan Mr.MHR
telur dadar tu buat seri


ni sekali hadap ye..pastu bila malam lapar, makan roti dengan nutella je

Selamat mencuba!! pepandai la ejas ye.. :)

*Resepi ni memang takde berkantan2 bagai..kantan pon sebunjut tu RM8 skang..baiklah dibelikan ikan dengan 8 ringgit tu..ko ingat laksa ke nak ubuh daun kantan..mungkin resepi yang berkantan tu resepi kampung orang lain...haha....kalau de daun kesom boleh masuk utk bau...takde pon takpe..yang penting time tumis bawang ngan cili tu kena betul2 garing..kalau tak, rasa tomyam lak nanti..pedas2 masam..hehe...kbai..

September 5, 2014

KIDZOONA : Tempat Mainan Murah

Hahaa..tajuk macam apa..aku pon taktau apa nama nak letak..bila dah duduk Putrajaya ni, ko kena la kreatif cari tempat liburan seisi keluarga..hehe..tempat favourite aku buat masa ini adalah Seri Kembangan..Ada AEON (aku takleh tune lagi..still panggil JJ), Pasar Borong Selangor, Giant, ada Sri Ternak (ala2 NSK)..senang aku beli sayur...Jadi, bila keluar nak pegi JJ tu, sekali harung belanja Akeef mainan...so, jimat masa..Kidzoona ni letaknya kat Level 2. Dia dalam lot2 tenant tu...


kalau nak biar je anak dalam ni, ko pergi shopping, boleh je..
tapi, aku tunggu..tak berani lagi nak biar dia sorang2 sbb anak aku tu la sorang...
biar la depan mata kita...


depan tempat ni ada SoxWorld dengan Scholl tu..senang je carik..

Korangn tgk jelah gambar..aku malas taip.. :)

















ha, amacam? best la untuk budak2..tak berhenti main semua permainan...dalam tu kerusi sedap2 untuk kita duduk...so, sambil anak kau main dalam tu, ko main la henpon sampai lebam (ko pon memang suka main henpon kan?)..huhuu..

September 4, 2014

Meatball IKEA


Nyum nyum...mesti ramai terliur kalau sebut pasal meatball Ikea kan? kitorang setiap sabtu ahad kerjanya menghantar stok barang ke sekitar Subang, Damansara..pagi tu time packing barang, perut punya la lapar, nak masak plak malas..So, keluar rumah dalam pukul 11.30 pagi terus pergi Subang Airport. Lepas hantar barang makan masa dalam sejam lebih gak..Jadi, pukul 1.30 macam tu baru bergerak ke Ikea dengan tujuan nak makan meatball saje..takde jalan2..hehe..


sorry le..ni gambo bila dah abes..hehe...
maklumlah, perut dah penuh baru ada feel nak amek gambo..


korang jangan taktau..
kalau de kad IKEA tu, kadang2 tang makanan pon ada promo..
time aku pegi ni, dia bagi
Herbs Chicken tu + Almond Cake + Soft Drink = RM14.90 je
normal price RM19.90..so, ko leh jimat RM5..dapat beli nugget untuk anak..hehe..


lepas makan, walaupon perut full, tetap nak beli aiskrim ngan karipap kan..
karipap simpan dalam beg, aiskrim nyonyot l asorang satu



dua2 hero cinta hati
perangai pon sama je semenjak dua tiga menjak nih
tangan parkinson sebab bz layan aiskrim jugak..hihii..

September 2, 2014

Ramly Halal Mart

Last week anak duduk dengan atuk nenek..Mak ngn bapak duk relax2 kat rumah..haha..bila dah relax, panjang la kaki ibunya nak meronggeng malam2 pas abes keje...Ayah duk rumah buat stok barang dagangan...huhuu...aku jalan2 area Bandar Baru Bangi untuk beli barang sikit. Pastu Mr.MHR call suruh beli makanan..kebetulan ternampak Ramly Halal Mart nih..jadi, makan burger la pilihannya..sonang sikit..hehe..

Waktu masuk kedai ni, ramai gak orang..meja penuh..so, aku terus pergi kaunter order Burger Daging Special 1 Set dengan Burger Daging with Cheese..kelas ko maria..makan cis malam2...pas order, bayar, tunggu..


mula2 aku berdiri kat cermin luar kedai
pastu panas plak takde angin..masuk berdiri kat area cashier sbb ada kipas..hehe..


set breakfast pon ada
drive tru je belum ada lagi..hehe..


penuh kan?
kedainya 2 pintu la kiranya...1 untuk ready food..1 untuk stok jual..


sambil menunggu tu terembat la 2,3 barang...
biasalah..bila tgk benda frozen rasa macam nak beli semua
senang la konon2 kalau stok ada dalam peti ais.


Murah tak??
Set Burger Special + Fries + Air = RM7.00 saje




ni betul2 oldskool
special maknanya ada telur kan?
telur ni dia letak telur benjo
orang skang meniaga, semua balut daging dengan telur
takde kolestrol la gituh!! hahaha...

Ramly Halal Mart yang dah diextend ke konsep restoran fast food ni kau jangan la expect ko dapat burger tu cepat..walaupon konsel ala2 fast food tapi masih maintain waiting time macam gerai burger tu ye..yelah, kalau dah 1 family ada 5 orang pastu order burger lain2 jenis dan pelbagai ragam, mestilah ko kena tunggu lama sebab Ramly ni amek order macam gerai gak..one by one..dengan yang taknak sayur, nak mayonis lebih, sos lebih, add blackpepper..ha, tak ke lama ko kena tunggu sebab budak tukang masak tu kena buat satu per satu...tukang buat tu ada 4 orang..tapi, biasalah...orang kita kan selera macam2...sabar jelah...hehee..

Kalau kat area Bangi tu, kedai sederet dengan Manjaku, Yummie dan Al-Ikhsan..berdepan dengan Petronas...cubalah...sokong produk Muslim!!

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...