July 10, 2011

Ada orang tempah le...

Untuk pengetahuan uols, mak ai ni tukang masak aka chef tapi ai tak pandai memasak macam dia..eh silap..sesedap dia masak..kalau setakat masak, rupa memang ada tp rasa lari sket...yelah kan, nama pon air tangan kan..hehee...

Tapi dalam kepincangan tu (wahh ayat...) aku de la kepandaian sket bab mengadun2 ni..kalau suh wat kek ke, kuih ke, roti2 ke, insyaAllah la berjaya..kiranya pebenda yg berkaitan ngan tepung, gua takde hal beb..hehee..

Aku mmg suka buat benda2 ni cuma masa tidak mengizinkan. Sekarang ni bila dah jadi ibu, aku rasa macam aku dah boleh fokus kembali kepada apa yg aku minat nie..Balik keje dah duk rumah..xde kuar2 berembun memalam dah, so bolehlah kan membuat sikit2 resepi yang dah dikumpul berkurun lama ku rasakan...hehee...

Okay, arini nak citer pasal apam..semua org skang sebok nak buat apam polkadot. Aku pon sama la terlibat..hahaa..tapi kan, kalau aku tgk2 balik resepi, ini bukan kategori apam sbb tak pakai yis. Ni dah kira kategori muffin aku rasa. Ovalette tu tujuannya untuk menggebukan apam..So,bukan apam la nie kan..takpe, nanti2 kalau korang dapat jawapan, share2 la kat aku ye...


apam polkadot mudahnilah rupa 'apam' polkadot tu..yang ni aku guna kaler utk senang membezakannya..yang kaler merah tu fillingnya strawberry, yang purple tu filling blueberry...yang putih tu campur2..extra la tue..hehee...


dan sebenarnya....

apam polkadotaku buat 'apam' ni sebab ada org order..pastu suh bungkus skali..kalau korang nak buat, ikut je resepi bawah nie....

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus
  • 150ml susu segar
  • 3 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya
  • Pewarna ikut suka
Cara-cara

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maksimum selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana.

Tapi kalau korang malas, baik korang order kat aku..aku rajin sket..hahaha..

Ibu back in action la today...

Dah lama betul aku tak memasak makanan harian. Hari2 balik keje dh kul 6.30, selalu tapau je..Kat area ni berlambak2 org meniaga & rasa makanan dorang tak menipu. So, xdelah masalah utk wanita berkerjaya macam aku nie..hahaa..pastu setiap weekend ada je hal. class la, ofis la, outstation la, tu lagi penambah sebab kenapa aku tak memasak di dapur sendiri.

Minggu ni aku ada lapang sikit. Jadi, aku pon nak memasak la kenkonon. Tapi bukanlah aku nak masak makanan yang panjang2 tajuknya tu. Cuma teringin nak masak sup ayam je..hehee..Lagipon Akeef dh suka makan makanan2 macam ni jadi kira 2 in 1 la..So,seawal pukul 10 aku dah berdentum dentang kat dapur. Brunch la katakan. Nak kua breakfast, nan ado...


Sebenarnya waktu tumis tu, sikit je minyak yang aku bubuh. Tup2, minyak ayam ni kemain banyak. Kalau tau,baik aku perah ayam tu kuarkan minyak dia awal2..hahaa...

sup ayam simple
Taddaa...ada rupa macam beli kat kedai Haslam tak? hahahaa...aku siap suh En.Suami tgk sama tak macam kedai tue..excited giler aku nak tunjuk hasil masakan..sup ayam je pon...hehee..pastu kami pon bersila untuk membrunchkan diri. Makan nasik panas2, sup ayam ngan sambal belacan (yg pedas berdesing tak hingat) = fuuhhhh..terbaik!!!


July 8, 2011

Sedihnya hati....

Kadang2 tak tahu kenapa
Mesti macam ada yang tak kena
Bila rasa semua benda dah ok
Still ada gak yang tak kena di hati

Aduhai...

Kenapalah mesti jadi mcm nie
Tolonglah buang rasa tu jauh2
Kalau ada yang salah, maafkan
Kalau ada yang terasa, lupakan

Tapi...

Rasanya semua dah okay
Dah banyak kali check, dah okay
Fikir2 lagi, dah okay

Akan tetapi..

Hati ini masih sedih...
Buanglah rasa sedih ini jauh jauh jauh jauh....
Saya taknak....

July 3, 2011

Cupcakes RV ku...

Red Velvet adalah kek kesukaan mataku..tekak tak berapa nak suka tapi kan katanya dari mata turun ke hati..hehee..kaler dia buat ai terpesona...Dulu sebok kehulu kehilir mencari kek RV nih. Skang lak, sebok nak bake sendiri. So, taddaa...

Beli pewarna RED tapi sampai setengah botol ubuh pon dia tak RED..dia hanya kekal sebagai PINK..salah label la kilang nih...

Waktu tgk dia menggebu dalam oben nih, kembang kuncup perasaan..hehee...
cantik je dia naik...

Tarraa...ni yang dah siap..resepinya KEK tapi aku transformkannya menjadi kapkek sebab senang nak makan..kalau kek kena layerkan lagik..dan sebab aku sangat rajin nak melayer, tu yang jadi kapkek tuh..huhuu..

Kek ni tak sempat di topping kan sebab dah selamat ketika menonton Maharaja Lawak akhir aritu. Kek togel jelah..lenkali ai hias cecantik kay...

June 19, 2011

Makan @ Satay Station

Aku nak tukar la jenis blog ni dr personal kepada makanan je..hehe..asek citer pasal makan je..penah makan kat satay station? hahahaa..soklan stendet bila nak start entry makanan. Baru2 ni kami sekeluarga pegi makan yang kat area Ampang tu..Pak Ngah Akeef belanja sempena apa pon tak tau..hehe..so, mari kita tgk gambonya sket ye...

Ni adalah station tuk membakar satay. Panjang gak tempat membakarnya. Memang olskul lagik. Pakai arang & kipas tangan. Takdo do guna pembakar elektrik ye...

Tapi satu je kat cni. Dah namanya Satay Station, so makanannya satay jelah..Kalau rasa perut melayu makan nasik, sila la makan nasik kat umah sebelum dtg cni. Kalau tak, mau tumbang x jumpa nasik..hehee...cuma Mee Rebus ni adalah. Ni En.Suami & Ayah aku order..boleh tahan la jugak rasanya. Cuma takdelah sampai teringat2 kalau dah balik umah kan...

Nilah rupa satay yang dijual. Ktrg order banyak cucuk gak. Maklumlah keluarga besar punya..hahaa..satay ni secucuk 70sen. Berbaloi sbb kalau jenis perut kecik (macam aku..hahahaa..) makan 3 je dah sebu. Pastu rempah ratus dia terasa..

Ni tukang belanja..

Akeef tgh dikawal jap oleh Makcu..kemain ligat anak ni kalau bawak berjalan. Semua tempat dia nak explore..Macam la boleh nak temuramah tukang bakar satay tu kan...

Air yang kaler putih tu paling wajib. Kalau air tu xde, semua orang takleh makan satay...

Cubalah ye....

June 18, 2011

Macarons

Pernah makan macarons? aku baru sekali try..dan nak lagi dan lagi dan lagi..hehee...sebenarnya, aku dah lama buat research pasal macarons nie. Siap ada buku notes khas pasal makanan manis nie. Dari asal usul sampaikan la cara nak buat. Webs, blogs, youtube sume dah kujelajahi..betapa terujanya aku ngan benda bulat ni. Mungkin sebab ianya sangat comel dan berwarna-warni.

So,setelah semua INFo (info je ye..) aku pon nak mulakan operasi membuat macarons nilah sebab skang aku dah de banyak masa terluang. Dulu bz ke hulu kehilir dengan buku je. Tapi sebelum buat mestilah kena tau macam mana rasanya. Jadi kena beli dulu. Cari kat kedai, tak jumpa..(time yang aku cari tulah kan..). Jadi,beli tru fb..Bagus budak yang meniaga ni. Order arini, esok malamnya dia datang hantar kat rumah.

Malam tu, dalam kul 8 lebih, budak tu pon sampai la menghantar macs ni kat rumah aku. Time tulah En.Suami tgh pg men futsal. So,walaupon air liur macam dah menitis2, kena gak tunggu En.Suami sampai umah. yelah, kena try sama2 sbb telinga dia dah hampir bernanah dgr aku citer psl macarons nie.


Minimum order 15 bijik. Kecik je benda ni..sebesar syiling 50sen tu je. Maknanya sebelum dia bakar mestilah lg cinonit agaknya..

Macarons ni memang manis. tapi disesuaikan dengan inti dia, memanglah sedap..wahh,sedar tak sedar, berturut2 masuk sampai 3 bijik dalam mulut aku..hahahaa..siap rebut2 dengan Akeef..budak kenit ni mmg suka benda2 manis..yang budak ni bagi ada 5 perisa. blueberry, orange, peanut, coklat & vanila. Tapi jiwa aku tak berapa boleh terima yang peanut tue..

Jadi, rasa pon dah, maklumat pon dah banyak, misi aku untuk membakar macarons ini akan dilaksanakan..tunggguuuu....

Chapter 30

Hai...
Dah lama rasanya yang menghapdet blog ni. Kenkadang xde idea nak menaip tapi selalunya adalah sebab 'rajin'..hehee..

26 Mei yang lalu, genaplah usia aku 30 tahun. Dah masuk la 3 series ni dengan jayanya..hehee.. Aku cuti hari tu sebab aritu hari Khamis dan esoknya adik aku nikah. Kiranya dah start la persiapan terakhir untuk majlis kahwin tu. Jadi, kena la amek cuti sbb xde sapa yang nak jaga Akeef. Nenek dia dah start busy la time nih..

Pagi tu, pas ktrg bersiap (En.Suami dah pegi keje sbb dia start cuti esoknya), aku ngan Akeef pon kuar la jap. Pegi bank bayar hutang2, then dekat2 nak lunch hour tu, baru siap sume urusan. Waktu otw balik ke rumah tu, tgk En.Suami ada follow dr belakang. Dia nek motor pg keje. Dr highway sampailah ke rumah. Pas je park kete, tgk2 En.Suami dh de kat sebelah keta dgn pegang sekotak kek..wuuhuu...rasa nak nanges..Akeef pon kebetulan dah tido. So,En.Suami bagi kek kat aku & dia angkat Akeef..

Ingatkan dah tua2 nie, xde la dapat kek dah..Kalau dapat sepotong pon dah bersyukur banyak. Ni dapat sekotak..Alhamdulillah..

Nilah keknya..pandai lak beli Black Forest sedangkan selama ni beli kat SR tu asek makan indulgence je..dengan usia baru ni, aku berdoa agar keluarga kami sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang hingga akhir hayat..hukhukk..tetiba sebak... ;p

June 11, 2011

Yellow Cab Pizza @ Ampang

Penah makan pizza jenama yellow cab tu? Aku pon baru 1st time pegi makan kat situ. Itu pon sbb tekak mengada2 nak. Tekak puasa la katakan..memacam yang terpandang,semua nak..

Dalam kul 6 mcm tu, ktrg dari umah,pg la ke Ampang tu. Kebetulan adik aku pon nk balik umah dia. So, 2 keta la kiranya. Nama je 2 keta, tp ada 5 org je (termasuk Akeef)..hehee..

Anak ni dah dapat kaki. So, kenalah En.Suami mengejarnya ke hulu ke hilir..Tu gambar tgh sebok nak bukak pintu. Macam larat je nak menolak pintu kedai tu..

Ayah dah pakaikan dia ngn 'napkin' siap2..air liur tak benti2 mengalir.. :)

Tengok muka notti nak mengelak tangan ayah dia..

En.Suami saja angkat kusi tu letak kat meja belakang. Ingatkan dia akan diam. Tengok2 lagi kuat siren dia..hehee..kena angkat balik duduk sebelah ayah ye...

Tak ingat apa pizza yang kitorang order..yang ni New York Sensation kot..hehee..sedap..
kami order yang 10" je..tapi tupon dah besar gedabak..kenyang sampai esoknya..

Yang ni Beef Pepperoni rasanya..hahahaa..waktu order de memacam nama..bila tgk byk pepperoni, trus aku rasa namanya camtu..ni pon 10" jugak..

Total ktrg makan berempat dewasa + Akeef with his mushroom soup, regenya RM58..kat sini harga nett..xde plus2..so, kira takdelah mahal..kalau makan kat tempat lagi satu tu, kira2,bila total up mesti tak kurang dr RM80 kan? so skang, aku dah tau kat mana nak makan pizza sedap dan berbaloi2....

korang try la pulak kay...


May 24, 2011

Kenduri Kahwin

Ada lagi 4 hari nak sampai tarikh kenduri kahwin adik aku nie..Kami ni xde catering2. Semua buat sendiri.So, keje mcm banyak la gamaknya. Skang ni semua tgh bz menyiapkan apa2 yang patut. Nanti aku hapdet pic2 yang berkenaan ye. Tungggguuu....

May 19, 2011

Nasi Beriyani Gam

Entri pasal makanan lagik. hehee..dah tiap2 minggu out station. Makanan jelah yang menjadi buruan.

Okeh, waktu ikut En.Suami pg keje kat Batu Pahat aritu, sementara tggu dia pg keje, aku yang duk dlm bilik otel ni kejenya mengugel tmpt makan je. Duk lam ekon, mmg la perut ni asek bergelodak je lapo. kira2 dlm sejam dh nak abes time keje, En.Suami akan anta sms "balik kang,kita trus pg makan ye..pas makan senang leh lepak trus..letih.."

Gugel pny gugel, jumpa la banyak org blog kan pasal Nasi Beriyani Gam kat BP tuh. Antara yang terkenal adalah Nasi Beriyani Md.Shah kat ngan Hospital Pakar Putra. dekat sangat ngan hotel ktrg. So, misi mlm tu adalah ke situ...




Anak ini sedang sibuk menghalau kucing2 yang ada kat situ.
Medan selera la katakan....

Hehee...seperti biasa..takdolah sodap sangat..buleh la kalau nak ngisi poghot yang lapa nih. Kalau nak mengulang, takdo do..huhuu...tp murah la. makan 2 org beriyani gam ayam + air, kena byr RM13 je...jadik la..alhamdulillah...

May 14, 2011

Asam Pedas Johor

Penah makan asam pedas Johor?


asam pedas johorMinta maaf..tak sedap!!

1st time rasa dah kelaut..org citer kemain la asam pedas Johor. Napelah dorang meniaga kalau makanan dorang takde rasa..bukan semua org dikurniakan bakat memasak. Janganlah nak menganiaya org lain. Dah cukup ilmu br la boleh bukak kedai. Pandangan pertama ttg asam pedas johor sudah kecundang.

Memang betul asam pedas Johor sedap?? buktikan!!

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...