March 12, 2011

Kun Fayakun

Tetiba terasa nak buat entry ni time tgh lepak2 tengok tv ari Sabtu nih...

Kadang2 org tak yakin dengan karma, tp benda tu sebenarnya wujud. Dalam riang ria aku duk bergembira ni, aku ada simpan satu benda yang sangat pedih dalam hati sampai hari ni. Aku bukan seorang yang pemaaf. So, rasa pedih tu boleh dikira sebagai dendam.

Dulu, waktu kat opis lama, aku duk jaga duit2 ni. Dari duit masuk sampai la duit keluar. Time jaga duit masuk pon ada org buat naya kat aku. Time jaga duit keluar apatah lagik. Menimbun2 khianatnya. Sebab bila jaga duit kajaan, satu sen tak balance pon jadi isu besar. Sampai aku kena siasat dengan inspektorat la gamaknya hasil dari mulut2 puaka nih...

Bukan nak membangga diri, tapi aku tak rambang mata sangat tgk duit berbillion2 nih. Yelah, watpe aku nak taksub sangat. Bukan duit aku pon. Tgk nilai berbillion2 pon secara maya. Bukannya ada depan mata boleh kira2. Duit gaji aku pon banyak. Cukup & berlebih2 lagi sementara nak tunggu gaji bulan berikutnya. Jadi kenapalah dorang ni busuk hati sangat dengan aku.

Huh, macam2 dugaan aku tempuh. Biasalah, dalam setandan pisang mesti ada yang BUSUK kan??

Time tu aku ada sorang bos. Kiranya immediate boss la. Apa2 aku kena refer dia. Tapi dia ni kaki pembelit!!! depan kita bukan men baik lagi cakap. Belakang....nauzubillah..tak padan ngan ghupe!! Macam2 cerita buruk yang direkanya. Kalau bab manipulate, memang dia ni pakar. Sorrylah kalau mulut aku agak lancang. Tapi sepanjang keje ngan dia, memang banyak benda salah yang dia buat. Kalau aku cuti, woohooo, merdeka la dia. Selagi ada dia suh staff2 aku bayar benda2 tu semua. Bukan ke tu dikira sebagai sumber pendapatan yang haram??bukan ke??

Aku pon tatau pebende yang dia jeles sangat ngan aku pon taktau. Ada je salah aku. Bayangkan macam mana rasa nak pegi ofis bila kita lalu nak masuk ofis, akan ada 2,3 makhluk Tuhan yang dah nak mampos, pandang2 pastu bisik2. Muka macam taik!! Haram jadah!! Itu semua kawan2 baik dia la. Sampaikan staf yang baru masuk pon, boleh takmo senyum ngan aku. Pegi jahanam la korang. Aku yang bayar gaji korang. Sapa muka macam taik, claim memang aku tak proses la gamaknya. Macam2 aku kuiri. Tension?? abeh aku tak tension ke tgk muka kau?

Keje ngan dia menyebabkan semua benda yang dia arah, aku mintak dia bagi arahan secara bertulis. Aku sekelumit pon takde rasa percaya kat dia. Aku sampai dah tahap nak amek cuti tanpa gaji dah sebab serabut kerja ngan dia.

Kalau prestasi takyah cakap la. Aku keje sampai pukul 4 pagi pon, takde pape makna. Sepanjang 3 tahun keje dgn dia, aku tak pernah berharap pon dapat prestasi bagus. Sebab aku tak heran ngan markah yang dia bagi. Sapa KAKI BODEK, tinggilah markah kau kan. Aku takkan membodek!! Alhamdulillah dah masuk tahun ke8 aku keje gomen ni, aku tak penah membodek. Dalam erti kata lain, depan senyum2 cakap yes bos, balik keje, kutuk2 kata tak puas hati ngan kawan2 lain..Hipokrit!

Tuhan tu Maha Adil. Antara semua pegawai yang keje bawah pentadbiran bos bengap ni, aku orang PERTAMA naik pangkat. Rezeki tu kita taktau kan. Allah yang bagi. Aku yang PERTAMA okay. Aku naik pangkat tanpa perlu bodek sapa2. Ada pihak yang lebih menghargai prestasi kerja aku. Dan Tuhan Maha Adil juga. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.

Waktu aku dah pindah, wife dia disahkan dapat kanser. Ok, itu mmg dah tersurat di Loh Mahfuz kan. Tak dapat nak disangkal. Tapi sebab aku jahat dan kurang berfikir time tu, aku cakap "padan la muka kau..duit yang kau bagi anak bini makan skang dah merebak sebagai virus". Aku mmg takde belas kasihan langsung kat dia nih!!

Semalam, aku dapat call dr sorang kawan lama bagitau wife dia dh meninggal malam semalam. Innalillah wa-inna ilaihi raji'un. Dan kebetulan hari ini majlis perkahwinan anak dia. Maknanya wife dia meninggal Jumaat malam, kenduri Sabtu. Lepas kebumikan isteri, kena pergi kenduri kawen anak.

Hurrmm...xmo komen panjang2.. Semoga roh isterinya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin....

March 11, 2011

Mari Memasak Pancake

Tetiba teringin nak buat pancake. Dah lama tak masakkan sarapan untuk Mr.MHR. Akeef pon dah boleh dah bagi makanan yang lembut2. So, try buat la. Seperti biasa, percubaan pertama. Kalau nak ikutkan, mmg semua pon percubaan pertama sbb time bujang JARANG masak, pas menikah trus ngandung, pas bersalin pantang lama. hah,skang baru leh masak..hehee...

Dan, aku nak bg resepi lagik ni. Resepi yang digugel plus ejas2 sendirik. Sila catitkan dalam buku masakan anda okay....hehee...


Bahan2nya:

2 cawan tepung gandum atau tepung serbaguna

2 cawan susu segar

2 biji telur

1 sudu besar gula

2 sudu teh serbuk penaik (kalau tidak pancake tak gebu)

1/2 sudu teh garam

Sedikit mentega


Cara2nya:


1. Pukul telur dan mentega kemudian campurkan tepung gandum, gula, serbuk penaik, garam dan susu. Pukul sampai tak berketul.

2. Gunakan non sticky pan dan sapukan sedikit minyak dan panaskan (guna kuali pon boleh..biar panas2 then sapu minyak, tuang adunan)

3. Dan masakkanlah pancake tu. Balik2kan dan masak le hingga kekuningan.


Taddaaa...

bukti masak sendiri sbb rupanya tak cantek kan..huhuu...

Hidangkan bersama maple syrup, sirap cekelat tu ke, madu atau butter. Barulah Amerika...heheee...

Rasa Takut Itu...

Saya sangat suka tengok kamu senyum
Saya sangat suka dengar your soothing voice
Saya sangat suka bercerita dengan kamu
Saya sangat suka telefon kamu
Saya juga sangat suka sms kamu

Tapi kebelakangan ini....

Saya sangat takut nak pandang mata kamu
Saya sangat takut dengar suara kamu yang kuat
Saya sangat takut untuk bercerita dengan kamu
Saya sangat takut untuk telefon kamu
Saya juga sangat takut untuk sms kamu

Kerana kebelakangan ini....

Kamu dah jarang senyum dengan saya
Kamu suka cakap kuat2 dengan saya
Kamu seperti taknak dengar kalau saya bercerita
Kamu tak pick up phone kalau saya call
Kamu tak reply sms saya..macam angin lalu

Kamu kawan baik saya
Yang paling rapat sekali dengan saya
Saya sangat sayangkan kamu
Saya tahu saya selalu salah cakap dengan kamu
Kadang2 saya cuma ingin bergurau dengan kamu
Tapi mungkin kamu salah faham maksud gurauan saya
Kamu balas gurauan saya dengan kata2 yang amat menusuk hati
Pedihnya kadang2 saya tak boleh nak terima
Saya selalu mengalirkan air mata bila teringat ayat2 kamu

Tapi...

Saya hanya diam sebab saya tak mahu lukakan hati kamu
Kerana kamu kan kawan baik saya

Tapi...
Entah kenapa saya sangat takut dengan kamu
Sepatutnya saya tak boleh takut dengan kamu kan
Hurrrmmmm......

Kamu dah tak sayang saya ke...

March 9, 2011

Glee - S2

Korang tgk citer Glee ni tak? wahhh..season 2 ni best!! aku sangat teruja tgk siri ni tiap2 hari Selasa pukul 9.00 malam kat channel 711..

Malam tadi punya episod lagi best woo...Gwyneth Paltrow nyanyi2 siap joget2. Jadi cikgu sementara untuk Glee Club...best..best...

Layan....



Hit it!
I see you driving 'round town with the guy I love
and I'm like forget you
I guess the change in my pocket wasn't enough
and I'm like forget you

Yeah I'm sorry, I can't afford a ferrari,
But that don't mean I can't get you there.
I guess he's an Xbox and I'm more Atari
But the way you play your game ain't fair.

I pity the fool that falls in love with you
(Oh oh she's a gold digger)
Well
Ooooooh
I've got some news for you
Yeah go run and tell your little girlfriend

I see you driving 'round town with the guy I love
and I'm like forget you
I guess the change in my pocket wasn't enough
and I'm like forget you and forget him too!

Said, if I was Richer, I'd still be with ya
Ha, now ain't that some shhhh? (ain't that some shhhh?)
And although there's pain in my chest
I still wish you the best with a, forget you!
Oo, oo, ooo

Now baby, baby, baby, why d'you wanna wanna hurt me so bad?
(So bad, so bad, so bad) yeah
I tried to tell my momma but she told me
"this is one for your dad"
(Your dad, your dad, your dad) yes it is
Uh! Why? Uh! Why? Uh!
Why baby? Oh! I love you
I still love you ooooh

I see you driving 'round town
With the guy I love and I'm like forget you!
I guess the change in my pocket
Wasn't enough I'm like forget you and forget him too!
I said, if I was Rachel, I'd still be with ya

Ha, now ain't that some shhhh? And although there's pain in my chest
I still wish you the best with a, Forget you!
Oo, oo, ooo

March 8, 2011

Pizza : Ring Of Fortune

Dah makan pizza terbaru keluaran Pizza Hut tu? Ring of Fortune katanya. Tapi tak berapa nak fortune la sangat. Kitorang pg makan kat Jusco Balakong. Kedekut btol pembuat pizza ni letak ingredient. Sket je dia letak bahan2 utama. Tapi cornflakes tu bukan men banyak ditaburnya. Baik letak nama Pizza Cornflakes. Tu jelah skali makan. Super Supreme gak yang terbaik...hehee..

air warna warni dengan rasa yang taktau nak explain

Soup Of The Day
Akeef yang paling seronok makan chicken soup nie...

Seafood Marinara

Nilah pizza tue..
tgk pon tak menyelerakan kan?

tapi maybe kat branch lain, lebih elok...try la...

March 7, 2011

Lunch @ Station One

Entry berderet : mode : RAJIN

Penah try makan kat Station One? Aku br nak pernah..hehee...kalau cikgu ni baca, mesti marah..ayat ntah apa2 aku guna..hehee...

Ktrg pg yang kat Sunway Pyramid. Tunggu nak jumpa sepupu Mr.MHR, makan la dulu..tengahari kan lapar.. :)

Mula2 masuk kedai ni macam ramai cina je..Mr.MHR siap tanya "halal tak?"..pusing keliling tgk ada tanda halal.."halal la yang.." hehee..

skang dah pandai duk dlm baby chair..
tp sebuk ketuk2 meja..mcm dia yg order makanan...





Macam biasa
3 layer tea

Assam Boi

Ice Cream Chocolate
dah lupa la nama panjang minuman nih..

Ni makanan yang aku order..
Rice with Grilled Chicken
datang 1 pakckage ngan sup (tak sedap) nih..
Assam Boi tu pon package gak..
kalau makan antara 12 - 3pm, de promo camni la..
normal price tuk nasi je RM13.90
tapi package nasi + sup + air = RM 15.50
package la sangats....


Chicken Chop
RM 13.90

Akeef yang mamam, Ibu pon melopong sama..huhuu..


wahh..muka gembira dpt mamam aiskrim...

Red Velvet Lagi...

Setelah mencari2 se'agak' lama, akhirnya aku jumpa gak kek ni. Maaf la ye kalau korang rasa aku macam jakun sgt psl red velvet nie. Benda ni terjadi tetiba je ok...

Hari tu aku + Mr.MHR pg Plaza Low Yatt cari laptop baru. Laptop lama dah meletop. Kena cari gak yang baru sbb susah Mr.MHR nak buat keje. Aku kat umah x buat keje. Mengerjakan laptop adalah! sbb sebuk men game Top Chef..hehee..

Dekat 4 jam ktrg berpusing cr laptop dlm tue. Susah btol nak cr yang memenuhi criteria (dgn kos yg rendah maksudnya)...hehee...Pas pusing2 tue, dapat la laptop yg berkenan dan berpatutan. Pas byr deposit RM100, budak tu suh dtg balik dlm 1 jam sbb dia nak install memacam benda dlm tu kan..

Kami pon turun le ground floor cr kedai nak minum. Haus giler berpusing..sampai kering tekak. Bila sampai kat pintu luar, kanan ada starbuck, kiri ada coffee bean.

Mr.MHR : kat umah kita tu starbuck kan?

Aku : a'ah..nape?

Mr.MHR : okay, kita pg minum kat coffee bean..(tetiba je kan)

Waktu nak order air, terperasan kt display rack tu ada red velvet. Yes!! jumpa gak depan mata..nak try la (dalam hati)..Ada 4 slices je.. Tup2 mat saleh yang beratur kat depan aku tunjuk kat kek tue..dah le dia berderet kat kaunter. Terus aku ckp, "I want this 1 slice" (sambil tunjuk kat red velvet)..sebenarnya turn aku blom sampai..tp aku takut mat saleh tu rembat sumer kek tue..hehehee...gelojoh betul..


Taddaaa...
Red Velvet Cake + Espresso & Cream Ice Blended

red velvet cakeDah dpt merasa kek ni, rasanya cukup la kot..
kalau xde dah pasni pon xpe kot..
sbb taktau caner nak explain rasanya...
tapi..
mungkin kalau org len bake, rasanya lebih sedap kan...

Ice blended ni mmg sedap.
Mmg beli 1 je tuk kongsi..tp yg besar tu la..kalau kecik tak cukup lak kang...
nak beli banyak2 lak, mahal..hahaa...

* aku mmg selalu ikut jalan jauh..sbb tu korang akan baca benda2 lain dulu pastu br dpt jumpa apa sebenar aku nak citer..hahahaa...i'm sorry....

Berpiknik @ Bagan Lalang

Entry yang terlambat...

2 minggu sudah, ktrg pg piknik kat Bagan Lalang. 4 families semuanya. Saja buat aktiviti hujung minggu bersama rakan2 Mr.MHR. Dah lama tak lepak2 katanya....

3,4 hari sblm pegi tu, aku dh booked chalet kat Camar Laut LKIM. Harga chalet ni RM120 untuk sebuah chalet. Ada 2 bilik & ruang tamu sekali. Boleh muat 6-7 org. Waktu book tu dah tanya kena bayar deposit ke tak? Tukang jawab call kata xyah. Just mention nama & no.fon je bila nak check in. okay deal!

Hari nak pegi tu, salah sorang lambat balik keje. Maklumlah sabtu, jalan jammed kot. sbb tu lambat. Oleh sbb dah kul 12 tp tak gerak lg, aku pon call la LKIM tu semula utk bgtau ktrg akan sampai lambat.

Aku : Cik, saya Rafidah. Saya ada booked 1 chalet untuk check in hari ini tp saya nak inform saya akan sampai lewat sikit. Saya takut nnt chalet tu jual kat org lain pulak.

LKIM : Ok puan, nama puan ada dlm sistem. 1 bilik standard.

Aku : eh, saya booked chalet bukan bilik standard.

LKIM : a'ah mmg puan booked chalet tp hari ni takde chalet kosong. sume dah ada org.

Aku : eh, camne ni cik. Aritu saya book chalet, kata ada. Saya nak bayar deposit, cik kata takyah. Skang ni xde chalet plak. Saya ramai nih. Ngan anak kecik lagi.

LKIM : kalau ramai, amek la 2 bilik standard. 1 bilik ada 2 katil single. Boleh muat 2 org. 2 bilik RM300. Macam bilik hotel la (nada berlagak).

Aku : (hangin) macam manalah ko keje amek order nih? customer book lain, ko bg bilik lain. bila org tanya nak kena bayar ke tak, cakap walk in je. pastu jadi macam ni.

Terus aku letak fon. Malas aku melayan org bangang nie. Buat sakit hati je...

So, buat tindakan kamikaze je. Harap2 de la mana2 chalet kosong. Sampai je Bagan Lalang, pusing2 + call2 sket, dapat la bilik kat Bagan Villa Resort. Biliknya kecik je. Ada satu katil queen. Mmg basic giler biliknya. RM65 sebilik. sbb ada kosong 2, trus ktrg amek je dua2. Nasib agak baik, bilik tu kat ujung. sebelah ada laman lapang. Jadi, taklah sesak sangat. Suami2 tido dalam khemah. isteri2 dan anak2 duk dalam bilik.

Check in pon dah kul 6.45 time tu. Masuk bilik, siap2, maghrib, trus memulakan xtvt utk membarbeque.. Suami2 yang buat. Isteri2 jaga anak sbb xleh duk lua lelama. Banyak nyamuk..Dah siap bakar, barulah dipanggil makan...

Ayah & Akeef sedang menanti makanan siap

Keluarga kecik, bekas membakar pon kecik gak



Kami berpiknik depan bilik je..
Owner villa ni relax je.. tak cakap pape pon..boleh la kot..hehee..

Keesokan harinya...
Ada roti, ada sambal sardin, ada ayam panggang
Bancuh kopi 3in1...
Selamat Bersarapan di depan chalet
(^_^)

Nilah bilik2 kitorang
No. 23 + 24
end lot
hehee...



Lotih anak Ibu nih....

Lenkali kalau pegi Bagan Lalang ni lagi, nak duduk kat cni lagi la..tapi nak book lebih awal tuk dapatkan bilik family. Murah dan boleh camping skali..hehee..

March 3, 2011

Botol Susu Untuk Akeef

Hari ni genap usia Akeef 7 bulan. wawawaa...macam 7 tahun lak. Pejam celik pejam celik, kejap je dah 7 bulan. Dah 7 bulan ni, macam2 benda dah Akeef dah pandai. Akeef dah pandai menyusur laju2 sampai kenkadang x sempat nak kepong. 3,4 kali dah ubahsuai kedudukan perabot kat hall tapi Akeef berjaya gak loloskan diri. hehee...

4,5 hari kebelakangan ni, Akeef dah start angkat badan & tahan guna tangan. Taktaulah sama ada dia nak duduk atau dah nak merangkak. Mungkin dalam seminggu dua dapat la tgk pebenda ilmu baru yang dia dapat plak.. (^_^)

Citer pasal Akeef, tadi Ibu pg Nilai 3. Ada warehouse sale. hehee...jauh tak? Ibu cilok pg kejap sbb iklan tulis ada banyak baju berjenama dijual dengan rege murah. Kul 11 Ibu dah kua opis. hehee...mintak maaf & mintak halal ye boss...



Tapi bajunyer xdelah banyak mana pon. Maybe sbb banyak baju untuk gegirl kat situ. Sapa yang ada baby gegirl, untung la pegi sana. Ada banyak pilihan. Untuk baby boboy, xde banyak pilihan. Bendanya ada, just tak banyak la...

Tapi.....
Yang paling penting, Ibu dapat beli botol susu Avent dengan diskaun 20%. hahahaa..Ayah Akeef mesti marah. asek beli botol susu je. Tapi TETIBA je cha ya nun alip tu nak bg diskaun 20%. pelagi...masanya sudah tiba..hehee...

Tercapai gak impian Ibu nak belikan Akeef botol Avent ni. Sebotol dulu la Akeef ye. Nanti kalau Ibu dah dpt duit berbillion2, Ibu beli banyak2..hehee...

February 25, 2011

Membuat Kek

Sapa yang rajin buat kek? Angkat tangan!!

Keh, kalau korang rajin bakar kek, mesti korang
1) dah penah bakar kek Red Velvet nie
2) mesti korang ada cita2 nak buat kek ni..

okeh, aku masuk kategori no.2..banyak tol halangan nak buat kek nie.
Selain banyak pakai bahan, kek ni gak banyak step..huhuu..


sebab banyak bahan & banyak steps, org leh jual kek sepotong je cam bawah ni dgn rege RM11++..huh, SR pon kalah.

Aku mmg berhajat nak bakar gak kek ni. cuma tatau bila masa dan ketikanya. Kalau nak cr kat kedai, mmg susah nak jumpa kek ni. Yang ada jual pon sume jauh dr rumah @ tmpt kerja aku nie.

Jadi, ini misi aku untuk 2011 nie..hehee...setahun pny misi nak siapkan sebijik kek. Kek ni PASTI akan aku buat gak walau lambat atau cepat.

* kalau ada yang dh bakar & duk dekat2 ngan area aku, anta le sepotong. nak rasa... :)


Hadiah

Bila tukar tempat keje mesti dapat hadiah kan..hehee...

Tempat pertama lapor diri, pas keje 3 tahun, kena pindah pg cawangan. Dapat hadiah. Perhiasan rumah rasanya. Besar. Dah letak kat kampung elok2..

Pas setahun, pindah lagi dr cawangan ke ofis lama (tp lain bahagian), dapat hadiah lagi. Time ni best..dapat seutas rantai dan sebentuk cincin emas..hehee...waktu tu umur BARU 26 tahun..dapat barang kemas, kemain sonok lg..time ni bos aku Pn.Padma Devi. So, barang kemas la kay.. (^_*)

Keje 2 tahun, pastu kena tukar lagik. Time ni tukar sbb nek pangkat sikit. hehe..waktu ni hadiahnya pen & pensil tekan-tekan ada ukiran. tp bkn ukir nama aku. Ukir nama unit yang bagi tuh..huhuu..pensil tekan-tekan tu sbb time tu aku tgh belajar. kulu kilir bawak pensil tekan-tekan. sampaikan nak sign surat pon kenkadang tenyeh ngan pensil tekan-tekan..

Skang, pindah lagik..x nek pangkat atau nek gaji. tapi pindah sbb dah nek sakit pala pk masalah ekonomi diri. hehee..kali ni dpt hadiah jugak..

tarraaa...


fresh from oven. baru je dpt td..tapi, tatau pe hadiahnya. nak bukak kat umah kang la..nanti aku hapdet pebende dalam tu k...

*Selamat Maju Jaya*
huhuu... :p

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...