January 28, 2011

Aksi Manja Si Handsome Jr...huhuu..

Anak Ibu ini sangat baik semenjak 2 menjak nie..elok je golek2 depan TV sambil tggu Ibu dia masak2...bila panggil je, laju je toleh + sengih..macam tau2 je org nak amek gambar dia...

Antara aksi2 yang mencuit hati kecilku...huhuuu...




tercabut2 tali barut..
aktif sangat pusing2..

Sian Akeef kena main2 sorang2..xde sapa2 nak teman dia...berdikarilah wahai anakku ye...

dan ini hadiah untuk Akeef..
sbb Akeef jd budak baik time Ibu dia sebok membakar muffin...

(^_^)

January 27, 2011

Sup Tulang Power

Misi cari makan lagi...

Kronologi:

27 Jan 2011 - 7.45 pagi
~ pegi beli sarapan (bihun goreng) kat cafe...makan..makan..makan...abes...

27 Jan 2011 - 9.00 pagi
~ "Attention, arini ada meeting ye..sila ke Bilik Mesyuarat sekarang...
~ masuk bilik mesyuarat, ada nasik lemak + telur mata + milo 3in1...
makan..makan...makan..abes..


27 Jan 2011 - 11.30 pagi
E ~ weh, arini kita lunch apa? macam dah kenyang lak...kita makan ringan2 jelah..
A ~ a'ah kan..dpt makan mcm sup2 je pon ok gak...
F ~ okay..jom kita cr sup2...

kesudahannya, ktrg pg makan bihun sup kat kedai yang dinamakan Sup Tulang Power..lokasinya kat Pintu 1, Putrajaya..dekat jelah...sampai2 time tu br kul 12 tgh..xde org lagi..ktrg pon order la 3 mangkuk bihun sup..1 sup bihun sup daging 2 bihun sup tulang..pas 5 minit, 3 mangkuk bihun sup pon sampai..masalahnya, tiga2 mangkuk daging.. bila tanya, bibik tu jawab "tulang ngan daging memang masak sekali dalam 1 periuk.. abes tu apa motif ko letak menu asing2??

malas nak layan bibik tu, ktrg bismillah & makan..sedap...patutlah bibik tu berlagak..dlm ktrg menelan bihun yang panas tu, kedai tu dah start dikerumuni orang ramai...ramai peminat sup ni rupanya...


Sambal Kicap
podeh gilo..den ubuh satu sudu stongah...
nak nangis ngaso eh...


Nasi Lemak Kosong
sedap...
ktrg amek sebungkus..
nak rasa je...
RM 1.00


Limau Ais ni regenyer RM1.50
air kosong + limau sebijik je pon dah mahal skang nie..
air lagi mahal dr rege nasik lemak tuh..


Bihun Sup Daging
RM 4.50




Kalau ada yang terasa nak makan bihun ni boleh la try pegi..kat traffic light Pintu 1 Putrajaya, belok kiri. Depan sket kedainya..sebelah Balai Polis dan sebelum Medan Selera Dato' Abu Bakar Baginda..tp kalau ikut aku, sokali jolah den poie makan kek situ...sombong...

ciaaooo...

Kategori Tepung

Hari ni nak wat entry pasal tepung plak...semenjak berkecimpung buat kuih nie, banyak benda kena kaji pasal tepung nih...apa kena tambah nak bagi gebu?apa kena kurangkan nak elakkan kuih mendak?berapa banyak baking powder kena tambah?ishh...macam2 persoalan dlm kepala time nak sukat tepung nih...

So, operasi menggoogle pon dijalankan...hehee...search punya search jumpa la satu blog tu yang ada penjelasan terperinci tentang jenis2 tepung nih...so,boleh share ilmu tu sama2...



Tepung High Protein (Tepung Roti)
Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies. Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut. Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Hoen Kwee
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding. Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan : Kuih-muih dan puding.

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu. Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Jadi paham dah la jenis2 tepung ni.. kalau nak buat kuih atau kek pasni mesti dah takde masalah kan...

ciaaooo....


January 26, 2011

Muffin Kiwi & Orange

Cam tetiba je wat entry pasal muffin. Kebelakangan nie aku membuat muffin untuk tujuan catering oleh Busu aku..secara kecil2an je..sbb takde la berapa pandai nak buat yang canggih..hanya menggunakan kemahiran yang ada je..cewahh..hehee..

Tiap2 malam, pas je solat Maghrib, rutin pon dimulakan..sebelum ni pas Maghrib masuk class sekolah..skang ni masuk dapur la gamaknya...

ni antara bahan2 yang digunakan untuk memproses muffin tuh..
beria ia je kalau tgk gambo...


try bakar dlm cup muffin tu tp tak mari la..
wat makan2 kat umah boleh le..
so,hasilnya xyah haplot gamaknya..

ni adalah adunan Golden Orange Muffin yang dah ready untuk dibakar

ni plak adunan untuk Kiwi Muffin...
saje try buat..tp tak kena selera sendiri sangat..
mungkin org lain suka kot...
ni hasil untuk adunan yang dah dibakar tadi..
lebuh senang buat dalam cup kecik...
jimat masa & boleh jual 50sen je..hehee...

ciaaaoooo....

January 19, 2011

Amaran => Tidak Yakin


Pasti anda terkejut dan tak sangka..
Yelah produk Yeos ni kan kita makan sejak dahulu lagi..
Sebagai langkah berjaga2 kena lah kita ada sikap prihatin terhadap bahan2 yang digunakan...
dan yang pastinya minuman di atas ni adalah

"Product Of China"!!!!....

January 18, 2011

Katakan TIDAK!!

Tgh duk baca gosip2 artis kat internet ni ternampak la pic si As Feminin yg latest...So,tetiba terasa cam berada di alam Feminin dulu2...kalau ingat2kan balik time zaman tu, hahahahaa.....takleh nak ditahan2 tahap kesengalan masing2 nak meniru gaya kumpulan Feminin ni..sampaikan baju raya pon nak tempah ikut paten dorang...

Zaman tu dorang yang paling top hokay..Aduuhhaiii...sana sini lagu dorang. Magazine pun muka dorang gak. Album mmg terjual beribu2 unit. Mane taknya, zaman tu budak2 sanggup beli. kaset. Kalau dah album terjual beribu2 unit dpt lah platinum. Tu zaman dululah. Zaman skrg takdo lagi. Kalau nak lagu.. main download jer.. hahaha...

Tapi kiranya dorang ni berkualiti gak la. Lagu KINI yang meletop letop kebabom tu, si As tu nyanyi guna falsetto tuh. Kalau ada yang nak tiru2 nyanyi, silap2 tak kua langsung suara sebab nak kecikkan ruang udara dalam tekak tuh..hehee...

Ingat2 balik, zaman tu sume jadikan Feminin ni idola..sbb dorang kan cantik2 cam gambar kat bawah nie...mmg pelik la kalau xde yg jadikan dorang idola. Maklumlah, dengan kemudahan internet yang SANGAT terhad time tue, pebende yang dorang buat dirasakan sangat MOLEK..agak2nya KRU jadi jutawan tu sbb dpt untung 'terbitkan' dorang ni kot kan...

Tapi itu dululah. Pas berkahwin & beranak pinak, masing2 mendiamkan diri dari bidang seni. Yelah kan..bila dah kahwin, kita kena ikut keputusan suami. Kalau cam dorang ni, mesti suami tak bagi terkinja2 lagik atas pentas tuh.

Dalam2 tak aktif2 tue, muncul plak si As tu dlm program Serasi Bersama baru2 ni kat Astro Ria tu..Terkejut tgk gambarnya yang terbaru..hahhhh??

Maybe dia sangat happy melayari hidup berumah tangga dengan anak2 dan suami tercinta. tapi tak sangka pulak sampai macam ni sihatnya...

Kesimpulannya, aku xmo join group kau As ooiii.... aku akan berdiet seketat2nya bagi memastikan kita tidak serasi bersama..maaf!!

Mr.Kabab & Biryani Restaurant

Aku ni x berapa la laju sgt menghapdet blog...so,kekadang macam lambat la sket cerita2 baru yang dihapdet...hehee...

Semalam, seperti biasa bos xdek..aku & geng2 makan meneruskan perjalanan mencari makanan.. :)

Belek2 blog org lain, terasa nak pg makan kat Mr.Kabab & Biryani tu plak...dekat je dari office nih...10 minit dh sampai..


di atas ini adalah senarai menu

dan......

di bawah ini adalah pilihan2nya

l
l
l
l
l
\/

Nan Cheese
RM 4.00

Barbican - Apple
RM 4.50

Pineapple Juice
RM 6.00

Chicken Mendi
RM 12.00

Beef Kebab With Rice
RM 15.00

Chicken Boti

Selesai..... (^_^)

Jumlah bil keseluruhan utk 3 org makan nih = RM 52.50...

apa yg bestnyer kat kedai nie, takdek tax2 ni bagai...macam kedai dulu2..bayar apa yg kita makan...ni jgn macam satu kedai satay TERKENAL konon tuh...dah le satay mahal, ada lak service tax 6%..ntah apa yg diservis pon taktau...

January 10, 2011

Makanan Western.....HR Steak

Kalau nak makan western food yang sedap dan banyak dan berbaloi2, pergilah ke Kg.Baru Kuala Lumpur...macam2 jenis western food yang boleh dipilih...ada banyak kedai yang menawarkan hidangan sedap2 nih kt situ...

Selalunya aku akan pg ke HR Steak kt depan Wisma Hijrah tu..dr dulu sampai skang...aku rs makanan dia sedap & worth for my money..hehee...

Sabtu baru2 ni, aku & Mr.MHR pegi lagi makan kat situ...last pegi time mengandung 5 bulan aritu..ni Akeef dah genap 5 bulan dah...5 bertemu 5.. (^_^)

Mushroom soup ni mmg appetizer la kiranya..wajib.. :)

Grill Fish Combo
~ grill fish + prawns + black pepper sauce ~

Mix Chicken
~ chicken + beef + black pepper sauce ~

Chicken Combo
~ chicken + lamb + prawns + black pepper sauce ~

Fries ni pon sodap...hehee..

Akeef tu dilakonkan sahaja...xdenyer nk bg ice..

Ni plak Cowboy Chicken Chop yg dah abes...hehee..

Sebenarnya pics ni semua campo koleksi dulu2..xkan ktrg berdua je tp makan kemain...hahahaa....

Kalau korang betul2 nak makan yg sedap + murah, disyorkan pergi..bila lagi nak sokong orang Melayu berniaga kan.....

January 6, 2011

Papa John's Pizza

Semalam....
Bos xdek kat opis..so,panjang le langkah masing2 untuk keluar mencari lunch di tempat lain...bincang punya bincang, last2 decide nak pg try pizza Papa John's yang baru bukak kat AEON Equine..

Maybe sbb baru je benda alah ni kt sini, so ada la tawaran Executive Lunch Set..tajuk tak hengat seyhh...exekutip tuh...ktrg pergi bertiga..so, kitorang order la ketiga2 benda nih..so,boleh rasa sorang sket..

masalahnya, pas 10 minit order, budak yg amek order tu dtg balik cakap:
"kak, baked rice set tu xde la kak...nasi takdek.."

aik,baru bukak kedai, dah xde beras ke..cehh... sian kawan aku sorang nih..dia mmg la xleh kurang ngan nasik...hehee...belek balik menu, last2 pilih "Baked Papa's Special".. apa punya tajuk daa..sebenarnya spaghetti tu dorang tindan ngan cheese then dorang bakar...bagi la nama baked spaghetti...ni nama papa plak..haiisshh....

Pastu memasing tamak kan..order lagik Salsa Wings..nak rasa la konon2..boleh la..masam2 pedas camtu rasanya...ayam mmg le sedap.. (^_^)

Nilah rakan seperjuangan nak pegi makan2..tp dia untung..makan banyak mana pon tak gomok2 gak...kita la kena pandai2 bajet..hahahaa..

Lagi 1 yg terkelakar sket..dorang served pizza atas bat pingpong...licin je nak angkat pizza tuh..siap jatuh2 lagik atas meja..hehee..


January 5, 2011

Business Online : KONON!!!!

Sangat2 bengang dengan satu orang yang meniaga secara online nih!!!Lembab nak mampos...caj customer RM7 utk POSLAJU..tp barang sampai 2 minggu lepas di POSLAJU tuh!!

Dipendekkan cerita, ada la satu minah ni duk meniaga barang2 baby kt fesbuk..Aku tgk barang2 yg dia jual..then berkenan la ngan botol MOMMA nih...

Then follow procedure biasa beli online...minah ni siap inbox berkali2 suruh bayar sebelum 25 Disember 2010..katanya sapa yg bayar lewat, brg akan dihantar tahun 2011...konsep FIFO la kononnya..

So,aku pon bayar la rege botol tu pada 24 Disember 2010..pas byr kena sms bgtau details sume bagai...then dia reply "ok..noted...i akan hantar barang tu selasa depan (28 Dis)...sbb i anta brg banyak2..sekaligus.."

Ok,fine..

Then, pd 28hb tu, jam 7.30mlm dpt sms berbunyik " sorry guys..ada kelewatan sket..so,brg akan dipos esok (29 Dis).."..Time ni aku dh mula nak boring dah..start delay2 la nih...Kalau ikutkan POSLAJU, within Klang Valley 1 hari dh sampai..so, kalau pos Rabu, Khamis dah patut dapat dah...paling lambat pon Jumaat...tunggu punya tunggu, sampai 4 Januari 2011 (Selasa), aku tak terima apa2 kiriman lagik...

Mana leh mcm nie..time byr siap ugut2...dh bayar delay2 plak.. aku pon sms (kul 3.30ptg) tny mana brgnya..dh masuk minggu kedua, POSLAJU kebendanye...aku bukan bayar RM7 semata2 nak tggu 2 minggu dpt barang..baik guna pos biasa!!!

jam 7.30 mlm aku dpt sms dr dia...dia reply sms camnih:
" Pls check yr inbox. TADI i dh pos brg u n my staff dh pm details tracking no.poslaju "

TADI okay!!!!! maknanya lepas aku tanya br dia pg pos la gamaknya...giler la mangkuk nih..mmg tak kemana la bisnes ko nie...nilah yang pertama & terakhir aku beli kt ko...pastu td aku bkk fesbuk, aku tgk kt wall dia bersepah org tanya bila nak dpt barang...jwpn standard dia "sabar...sedang diproses"..tp kt wall penuh ngan games yg dia publish...huiissshhh....

Kalau tak reti meniaga online, takyah la sebok2 gak nak ikut org len meniaga..
bukan setakat buat org memaki je...dosa...menganiaya orang namanya....

New Year :: New Hope


This year I will make every hour and each minute count..I will treat only for something of value...I will labor harder than ever before and push my muscles till they cry for relief and then I will continue….Each minute of this day will be more fruitful than hours of yesterday...

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...