November 21, 2024

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti taktau kakak ni rabun sebab kakak tak pernah pakai spek mata. Kakak hanya sesuai pakai contact lens sahaja. Mula disahkan rabun lepas balik LI time belajar Diploma dahulu kala. Waktu tu salin nota kat whiteboard, akan tertinggal formula yang ditulis guna marker merah. Partner kakak LMY akan komen "Miss Fid, u punya formula salah. U tak copy betul2 nih". Waktu tu baru sedar yang kau dah rabun sebenarnya.

 

Selepas pecah tabung ayam & timbang barang kemas, kakak pon ajak Abang Jamil pergi test mata sesuai ke tak nak buat lasik ni. Sebab ngam dah hujung tahun kan. Targetnya lepas tutup akaun, bolehlah MC lama sikit. Tempat ni buat promosi RM5588 untuk 2 belah mata. Kakak pakai contact lens dah masuk tahun ke 25 kau tau tak? Boleh celebrate Jubli Perak dah..

 

Mula-mula, optometrist akan uji dulu mata sesuai tak untuk buat lasik. Dia scan guna 4 jenis mesin canggih. Ada yang gambar belon, ada gambar kotak2, ada yang kemain silau. Siap test baca huruf E F P T O Z kat dinding tu sekali.

 

Lepas test, dia kata:

"Okay..kornea u cantik untuk orang yang dah lama pakai contact lens. Mata u sesuai buat lasik..tapi kita kena remove lebih sikit kornea untuk betulkan power. U kena add on sikit RM2999. So, total dalam RM8600 macam tu. U boleh bayar installment guna credit card 12 bulan zero interest. Kalau u takde kad, boleh guna sedara mara punya kad tapi time nak swipe, cardholder kena hadir". Fuhhh...sekali je dia hembus bagitau harga. Hahaaa...

 

Kakak cakap, payment jangan risau. Kalau orang takde duit, dia takkan datang u punya centre ni...

 

"Atau you nak jumpa doktor dulu tak? Sebab tadi kita scan mata depan je. Kalau nak full scan, kena jumpa doctor dan kena bayar RM100”

 

Okay, boleh. Nak jumpa doctor.

 

Sebelum masuk jumpa doctor, dia akan titik ubat untuk besarkan anak mata. Penglihatan kau akan kabur 4-6 jam. Kau tenyeh2 pon tak nampak beb..terus rasa takut sebab tak nampak.. Doktor scan guna mesin kecil je tapi canggih.

 

Soalan paling kelakar, “dah berapa lama tak gosok2 mata?” hahahaa…

 

Dah lamaaaaa….saya rasa saya tak pernah genyeh mata. Dah terbiasa sejak mula-mula pakai contact lens.

 

Kembang Kakak waktu doctor puji kornea cantik. Tapi kornea cantik tak menjamin penglihatan cantik juga. 

 

“Saya kena bagitau. Kalau awak nak buat lasik, kemungkinan selepas penglihatan pulih, awak akan ada masalah untuk membaca atau tengok laptop sebab rabun dekat akan muncul. Sekarang ni rabun dekat tak berapa ketara sebab dibantu oleh power rabun jauh. Tapi bila rabun jauh dah dibetulkan, rabun dekat dah takde bantuan power dari mana-mana mata. Saya taknak nanti lepas sebulan, awak complaint kenapa lepas lasik terus tak boleh membaca”

 

Owh…kalau ada rabun dekat tak boleh dilasikkan sekali ke?

 

“Tak boleh..rabun dekat setakat ini tiada teknologi lasik. Memang kena guna spek mata”

 

Okay Doktor..saya balik fikir dulu ye...

 

Tujuan utama buat lasik, taknak pakai spek langsung. Nanti rabun jauh takde, rabun dekat kena pakai spek jugak lebih baik pakai je spek terus kan.. Kesimpulan yang kakak boleh buat, kalau umur kau muda remaja, sesuai la buat lasik ni. Kalau umur dah masuk fasa rabun dekat, kau enjoy jelah terima hakikat kerabunan..hahaa..

 

So, I am 10 thousand richer than yesterday...

 


May 6, 2022

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka bercakap atau menyanyi sahaja kan?

Kadang-kadang rasa nak menaip, tapi kesudahannya duduk je termenung depan pc. Akhirnya, satu benda pon tak tulis. hehee..

Sebenarnya budaya menulis ni bagus untuk kita sentiasa improve tatabahasa kita. Jadi kita akan kurang guna bahasa slenga.

Kita cuba la update sikit-sikit. 

Mungkin seminggu sekali

Mungkin sebulan sekali

Mungkin tiga bulan sekali

Mungkin enam bulan sekali

Kalau takdirnya setahun sekali, kita redha...

 

January 14, 2021

PKP 2.0 Malaysia

Luka lama berdarah kembali.


 Sumber : Facebook

Assalammualaikum & Selamat Pagi. Apa khabar korang semua? Masuk hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dah kita. Ok lagi kan?

Semalam sis kena masuk ofis juga. Settlekan apa2 yang patut. Hari ni bermulalah episod BDR (Bekerja Dari Rumah) sehingga 26 Januari 2021 nampaknya. Tapi kalau ikut unjuran, nampaknya sampai Aidil Fitri kita akan duduk rumah ni 😅

Dah bersediakah kita nak sambut raya diperantauan sekali lagi? Jangan sedih-sedih. Norma Baharu. Kita mesti boleh!! Isi waktu dengan perkara berfaedah, tambah ilmu join kelas-kelas online, jika minat memasak tapi tiada kemahiran, boleh join kelas2 PJJ yang ada banyak kat platform socmed.

Kita Mesti Menang!!

January 4, 2021

Kek Red Velvet RM2.10

Suka makan kek red velvet ke tu? Tapi kalau beli sebiji, makan modal jugak kan. Kena pulak kalau anak-anak sejenis asyik makan tanpa henti..hehe..

Korang boleh try tepung kek premix dari Eco Shop. Ha, sis promote kedai eco hari ni. Kat kedai Eco tu selalu tepung ni ada 2 brand. 1 brand Mauri, 1 lagi Noraini's. Waktu aku pergi aritu, Noraini's dah habis. Jadi, sauk brand Mauri. Senang nau nau ada tepung ni. Sepeket RM2.10. Beli la 2 peket. Boleh dapat kek untuk size 7 inci. Sedang molek.




Ikut je arahan kat plastik tu. Confirm menjadi. Dia tak tipu.


Aku buat 2 peket. Tapi loyang kecil2. Jadi kena guna 2 loyang.
Bila dah siap bakar tu, kerat dua. Sebab nak letak cream cheese tengah2.



Tadddaa...dah siap. Waktu potong tu mesti ada yang tak rata kan? hahaa..maklumlah bukan professional baker. Maka, yang tak rata tu, serpihannya kau tabur la atas kek yang dah disapu cream cheese. Resepi cream cheese pon senang je. 125g cream cheese + susu pekat. Sesuaikan ikut rasa masam manis kegemaran sendiri. Kacau sampai smooth sikit, dah boleh sapu kat kek korang.

Senang kan?

January 2, 2021

Sambal Tempoyak Goreng

Hari ini aku nak bagi resepi paling mahal dalam dunia sebab guna raja...
Sambal Tempoyak Goreng!!

Guna raja buah mestilah paling mahal kan? Lauk ni kalau buat, makan dengan nasi panas-panas campur dengan telur dadar dan ulam-ulaman, hurmmm...kelaut la semuanya.

Lauk paling senang buat. Cuma perlukan :

✅ Tempoyak 2 senduk
✅ Petai
✅ Cili padi kisar (ikut tahap berani)
✅ Udang putih (udang rencah) atau ikan bilis. Tapi aku suka udang
✅ Daun kunyit
✅ Bawang besar (hiris)
✅ Garam dan gula secukup rasa

Nak masak lauk ni senang je. Semua bahan-bahan tu digaulkan dalam mangkuk siap-siap bagi sekata kemudian kau panaskan minyak dalam kuali. Lepas minyak panas, lebur je semua bahan danlam mangkuk tu ke dalam kuali. Api jangn besar sebab nanti hangus kau punya tempoyak. Masak sampai minyak tu terbit. Dah terbit minyak, boleh tutup api, angkat dan silalah baca doa makan.


Ha, dah pergi masak. Nanti asyik baca blog je, lapar orang kat rumah kau tu 😂. Nanti jangan lupa tinggalkan komen menjadi ke tidak resepi aku bagi ni. Resepi senang kalau tak jadi, sentap la aku. Malas nak bagi resepi susah lepas ni..

kbai....

December 31, 2020

Selamat Datang Wahai 2021

Hai semua. Lama betul tak menulis dalam blog ni. Sekarang ramai dah buat vlog, upload content di media sosial, YT jadi blog makin sepi. Tapi aku masih cuba nak disiplin diri agar sentiasa menulis di sini. Selain dapat berkongsi idea, dapat jua memantapkan skill penulisan yang makin hari makin berkarat akibat terlalu banyak penggunaan frasa slanga kan?

Sekejap je dah berlalu tahun 2020 yang penuh dengan kecelaruan. Kesihatan, emosi, ekonomi, peribadi, semua berubah 360 darjah sekelip mata akibat 1 virus sahaja. Hampir lumpuh segala yang ada. Waktu pandemik, aku takde benda nak kongsi. Lebih kepada tertekan hari-hari "Bekerja Dari Rumah" yang mana sebenarnya lebih stressed dari kita masuk pejabat setiap hari. Baru tahu nak bersyukur kan?

Sempena hadir tahun baru esok, semoga segala penyakit ni dapat hilang dari muka bumi (dengan izin) agar kita dapat kembali merancakkan semula kehidupan seperti biasa.

Macam lain pulak aku tulis macam ni kan? Tapi yelah..umur pon makin kertu jadi takkan la nak menulis macam BBNU lagik..hehe..

Okay gais..harap2 lepas ni dapat la update 3 kali seminggu. Barulah cepat sikit berkembang skill penulisan aku kan...


February 19, 2020

Review Hotel Paya Bunga UTC Kuala Terengganu

Setahun tak bersentuh blog ni. Debu pon lekat molek. Lap tak jalan, kena sembur clorox agaknya. hehee..
Sementara cari mood menaip pepanjang, arini aku nak cerita pasal hotel baru kat Kuala Terengganu. Ada orang kata tak berapa baru, Tapi bagi aku, barulah tu. Pergi setahun sekali, tahun ni dia muncul..

Hotel ini berkonsep islamik dan terletak betul2 kat bangunan UTC Kuala Terengganu tu. Sebelah stesen bas KT. 

Konsep nak check in hotel tu macam ni :

1) Check in dulu di lobi hotel.
2) Bayar RM50 untuk deposit kad parking. Simpan resit deposit
3) Dapat kad bilik hotel dan kad parking, baru boleh masuk parking bertingkat. Untuk tetamu hotel, parking cuma aras 6 sahaja.
4) Dari lif aras 6, boleh terus ke aras bilik hotel. Macam aku aritu, bilik aras 8 so terus tekan 8 je. Takyah turun2 ke lobi tukar lif.

Cuma, PASTIKAN korang masuk lif hotel dari parking aras 6 tu. Jangan tersalah masuk lif UTC. Melilau la nak usung beg keluar masuk pintu lain2.

Aku aritu booked bilik Double Deluxe (Katil King). Kalau anak lebih sorang, bawak le toto..haha..ada ruang besar. Muat untuk bentang toto + solat kat situ. Meh tengok gambar meh..


Hotel sekarang majoriti semua dah ada iron set dalam bilik. Tapi sekarang kan trend tudung pleated. Siapa perlukan iron kan? 😄



Satu nak puji, water pressure dia kuat. Kemain seronok mandi. Dari Subuh ko gerak, sampai hotel dah nak masuk Asar, ketibas kan? Fresh rasanya pas mandi. haha..


Mini Fridge ada. Kettle lengkap.


Ni ruang solat tu. Boleh bentang toto queen la sizenya. Dan carpetnya gebu.


Setiap bilik memang dia sediakan sejadah & TELEKUNG siap2. Mudah kan? Takyah nak call housekeeping suruh anta sejadah.



Gambar pool lupa snap. Ni je yang ada. Pool dia kat aras 11. Rooftop. Kuat angin. Seronok la lepak. Ada gazebo untuk mak pak ni tunggu anak berendam.

Harga 1 malam aku dapat aritu RM160 plus 2 breakfast. Breakfast punya ruang sebelah pool. Besar & selesa. Pilihan makanan macam biasalah, makanan berciri Terengganu. Ada Nasi Goreng, Bihun Sup, Bubur, Nasi Dagang, Laksa Terengganu, Gulai Tongkol dan roti, telur, cereal macam biasa tu. Kalau rasa nak try menu gerai, boleh la turun ke bawah hotel dan beli kat gerai2 tepi stesen bas. Ada macam2 pilihan gak.

Bila nak check out, ko kena check out dulu bersama-sama dengan kereta. Kena isi barang semua dalam bonet, bawak kereta keluar dari parking dan driver tunggu la depan lobi hotel tu. Sebabnya, kalau korang check out siap2, nanti kad parking tu kena return terus. So, macam mana korang nak tubik dari parking kan? Proses check out kejap je. Bagi kunci bilik, bagi resit deposit RM50 bersama kad parking, dapat semula RM50, tadaaa...dah siap. 2 minit je settle..Cargas sangat dorang buat kerja.

So, kalau ada nak bercuti ke Kuala Terengganu, boleh la try hotel ni.


October 8, 2018

Trip Hatyai Krabi Phuket Berkereta

Hai semua. Hari ni akak nak cerita pasal trip kitorang ke Hatyai, Krabi dan Phuket (tipu) menaiki kereta dari Putrajaya. Jauh tak? hehee.. Hari tu waktu cuti panjang2 yang sambung2 sampai 10 hari tu, kitorang decide nak road trip la ke Thailand tu sebab tiket flight takde promo, kita naik la kereta.


Sabtu : 8 September 2018
Kitorang gerak dari Putrajaya jam 6 pagi. Plannya gerak malam tu tapi tengok waze semua jalan merah, tangguhkan sampai ke Subuh. Sepanjang jalan tu tak jammed tapi RnR semua penuh. Punyalah lapar, sampai ke RnR Tanjung Malim baru dapat masuk. Tupon terpaksa tapau dan makan tepi kereta je. Kalau nak tunggu kerusi meja memang takde harapan. Lepas dah kenyang, sambung lagi perjalanan. Kami sampai di RnR Gurun sekitar jam 1.15 petang macam tu. Berhenti rehat dan makan, terus ke Bukit Kayu Hitam.

Untuk yang first timer, sampai kat BKH ni, jangan lupa beli insurans untuk kereta ye. Benda wajib bawa adalah :

1) Geran bagi kereta yang korang bawa tu
2) Pasport semua ahli rombongan

Jangan risau kalau tak reti isi borang2 yang disediakan. Kebanyakan kedai2 kat pekan Changlun tu ada sediakan khidmat mengisi borang siap pakej semua sekali. Kos kesemuanya dalam RM30 je termasuk insurans. Tak mahal kan?

Bila dah siap segala dokumen, pi la isi minyak kereta penuh2 na..kalau tak, berdenyut gak bila isi kat dalam Thailand tu..berdenyut poket..

Waktu hari yang kam pergi tu, nasib tak berapa baik. Dari BKH nak masuk ke Imigresen Thai tu jaraknya cuma 3km sahaja tapi kami sangkut 6 JAM akibat kesesakan banyak sangat kereta Malaysia nak masuk ke sana. Dan untuk makluman, walaupon kau jem sepanjang 10km pon, pihak sana tetap bukak 1 kaunter (SLOW & STEADY) takde perasaan. Takde diherannya nak lajukan proses ke banyakkan kaunter ke, dorang tetap la relaks je..


bersiput-siputlah kami ni semua



Dah lepas imigresen, kereta kena pemeriksaan kastam pulak. Selalunya 20 minit dah settle, tapi sebab cuti viral makanya beraturlah lagi 2 jam. Kalau ikut hati, memang nak patah balik..haha..tapi mengenangkan dah tempuh jem 6 jam tadi, redah jelah kan..


nampak dia punya panjang? kaunter maintain satu je bukak.
lembik kaki berdiri tunggu giliran
kan sini, owner kereta je yang beratur. kira ko gilir2 la kalau penat ye..

Setelah hampir 7 jam menghabiskan masa beratur dan beratur, kitorang pon tiba di Pekan Danok. Plan awalnya dari BKH terus ke Krabi. Tapi angan2 itu terkubur bersama jammed yang panjang..hehe.. Cari kedai makan tomyam, isi perut penuh baru fikir mana nak tidur malam tu. Perut penuh baru boleh berfikir semula. Ramai gak rakyat kita yang sama2 dah pening fikir plan baru sebab rancangan semua dah kelaut. Ada dapat berita, HatYai jammed teruk. Maklumlah malam minggu. Makanya, kitorang cari je hotel2 dekat Danok tu.


MBI Suites rasanya nama hotel ni. 1 malam RM70 je. Belasah la labu, badan dah penat melekit dari Subuh hampir bertemu Subuh. Yang penting hotel ni ada balkoni..hehe..




Sempat menapau pulut ayam kat gerai2 tepi jalan tu. Panas2 ayamnya baru siap digoreng. Fuhh..memang terkenang2 la kiranya.. Dah solat segala bagai, kita tidur la..lena sampai ke Subuh semula..hehe..

Ahad : 9 September 2018
Pagi tu, dalam pukul 8 kami dah check out. Singgah dulu gerai sepanjang jalan tu untuk sarapan. Memang melampau kehidupan makan kat sini..huhuu..Membeli umpama tiada hari esok.

Menu wajib sepanjang berada di Thailand adalah pulut ayam okay. Kena makan walaupon perut dah kenyang..hehe..

Gerainya simple macam ni je..Ada berderet tepi jalan. Senang boleh nampak.

Selepas perut dah kenyang, kami teruskan perjalanan ke Krabi. Jarak perjalanan makan masa lebih kurang 5 jam dari Danok. Kalau rasa taknak beli simkad Thai, boleh je download OFFLINE MAP ni. Boleh dipercayai. Memandu kat Thailand ni satu je la, korang takleh pecut dan kadar kelajuan dia agak tidak munasabah. Highway kampung dia boleh bawa 90km/j tengah syok2 tu, tiba2 dia turun ke 40km/j..haha..menggelupur la sebab dia bagi signal ada speed trap di hadapan. Memang kena berhati2 lebih.

Ikut je signage yang ditunjukkan

Lebih kurang 4 jam perjalanan, kami tiba di pekan Krabi. Tapi pelancong tak duduk Krabi tau uolss. Kita kena pilih Ao Nang Beach. Jangan salah pilih hotel sebab rugi perjalanan nanti.  Kira macam pekan Kuah dengan Cenang kat Langkawi tu. Berbeza kan?

gambar gegar sebab budak ni tak reti duk diam


Rindu kat tuan tanah? hahaa..
Inilah Optimus Prime akak..berjaya mengangkut kami ke Thailand buat kali kedua dengan jayanya.

singgah cucuk duit dulu sebab takde tukar duit bath banyak nau.
jangan lupa aktifkan kad sebelum ke sana ye..boleh buat secara online di CIMBClicks je..sonang..

Dah puas bergambar2, kami teruskan perjalanan dalam 20 minit lagi ke Ao Nang Beach. Jalan dia macam ni la..Terang tapi takleh laju tau. Polis dorang "garang".


Setelah hampir 5 jam, kami pon sampai la ke area Ao Nang tu. Cari tempat makan sebab dah kul 3 petang time tu rasanya. Kedai Bangboo yang tersohor tu ada depan masjid ni je. Tapi sepanjang kat sana, memang full house.


Kami makan kat Jamilah rasanya nama kedai dia. Sebelah kereta akak parking tu. Lauk tengahari dia pon dah tinggal saki baki. Dia offer sup tulang. Amek kau, merecik lawan dengan sambal belacan tuh!

Kami check in kat Phranang Place. Hotel kegemaran dari dulu sebab ada swimming pool dan dalam 500m je ke pantai. Rasa selamat kat situ. Kitorang walk in je. Takde pre-book sebab takut plan cancel. Tapi ikut nasib la kan ada ke takde kekosongan. Kalau berani, boleh la ikut cara kami ni.

Akak memang ambil bilik Triple
sempit memasing jimbob..haha..
Rate 1 malam lebih kurang RM135
murah ke idok??


Budak ni sebok nak mandi kolam. Mujur la Pak Ngah dia rajin nak layan.
Trip ni kami berlima. Gambar ahli rombongan disorok dari tatapan umum 😎



benda alah ni kena makan panas2
kalau dah sejuk, dia liat sikit. kurang feel..

View dari bilik kami

Isnin : 10 September 2018
Untuk pengetahuan, ini kali kedua kami ke Krabi dan kali ni hujan lak. Plannya memang nak Phuket, tapi sebab hujan dan ada member yang kat Phuket pon cakap takleh amek pakej ke pulau2 sebab laut bergelora, jadinya terpaksa la cancel ke Phuket. Kalau dari Krabi ke Phuket, tempoh perjalanannya 2 jam sahaja. So, kitorang decide terus balik Hat Yai. 

lokasi wajib di Ao Nang

Dah habis bergambar, kami meneruskan perjalanan pulang kembali ke Hat Yai. Redah dot com jugak. Takde book hotel awal. Gerak dalam pukul 1 petang rasanya.

RnR dia dekat stesen minyak je..
Ada family mart kalau nak beli kudapan
Peneman mengantuk 
20 bath

Dalam perjalananan balik, kami singgah di Trang Andaman Gateway ni.. Dia tempat untuk ambil2 gambar dan berehat sekejap. Kebanyakan monumen dia hanyalah gajah dan tapir. Masuk percuma. Kalau dari Krabi, gateway ni berada di sebelah kanan. Jangan terlepas, jauh kena U-turn nanti.




Kitorang sampai di bandar Hat Yai lebih kurang jam 7 malam. Terus ke area Lee Garden cari hotel. Dapat duduk di Regency Hotel sebelah jalan je..Tapi sesak dengan pelancong. Masuk bilik, mandi lepas tu turun tengok kawasan yang sesak tu. Kan lokasi syurga makanan. Haruslah join..hehe.

THB 50
sedap




Ni lokasi peniaga jalanan untuk kita makan2 tu. Gambar ni akak snap malam kedua sebab malam pertama tu, nak pegang phone pon tak dan. Bersesak2.

Selasa : 11 September 2018
Pagi di Hat Yai, awal2 semua dah bangun sebab lapar. Biasalah, bercuti tu kata ganti untuk makan. hehe..Dari hotel, kitorang jalan je cari sarapan. Pergi sepanjang jalan tengok banyak restoran penuh. Jalan sampai ke Restoran Kelantan. Terus belasah nasi kerabu dengan teh ais walaupon pagi buta. Teh ais adalah wajib okay..

60 bath sahaja..kenyang perut weh..

Lepas dah kenyang, kitorang jalan sekitar tu je..malas nak ke mana-mana sebab jammed ramai orang. Maybe sebab last day Malaysia dapat cuti free 4 hari tu, so orang baru nak gerak keluar dari Hatyai. Kitorang decide nak sambung lagi 1 malam. Dah penat jalan, balik rehat kejap dalam bilik. 

Dalam pukul 2.30 macam tu, terasa dah lapar semula. Start kereta, gerak ke Kai Tod Decha. Kedai ni ada banyak cawangan kat pekan Hatyai ni. Akak search tempat lain tapi map bawak pergi tempat lain. Belasah, janji sama brand.

Related image
sumber google

Menu sedapnya adalah ayam goreng dia. Tapi sekali la boleh order nak makan nasi tomyam paprik ladna kungpao segala macam tuh.. Harganya up sikit je dari tomyam average kat pekan Hatyai tuh..tapi ayam gorengnya memang sedap. Panas-panas dan berbau harum..haha..teringat2 weh..

Kalau nak order Teh Tarik kena sebut HOT. Kalau lupa sebut hot, teh tarik dorang ni maksudnya teh ais leleh...hehe...eh, sedap la..terasa2 kat tekak..

Malam tu, lepas je Maghrib, kitorang pergi Asean Night Bazaar. Dekat je.naik tuk tuk dalam 5 minit dah sampai. 


Pergi balik naik tuktuk. Kereta park kat hotel.
20 bath sekepala. Kanak2 free..


Tempatnya ni sepanjang2 semua orang berniaga macam2 barang. Kemahiran tawar menawar adalah diperlukan. Kalau tak, rasa tak berbaloi pergi beli sebab harga dorang letak sama macam harga uptown Danau Kota..haha..dah pergi jauh2, takkan nak beli mahal kan? gunakan bargain skill masing2 ye..

Ruang makan di tingkat atas tu. Ada pelbagai jenis makanan cuma kena hati2 sikit la. Sebab ada jugak gerai yang tak halal. Takut tak perasan pulak. 



Lama jugak kitorang melepak kat sini. Dah makan kat foodcourt, tapau pulak kudap2 makan kat ruang duduk bawah ni.. Paling semula ke hotel naik tuktuk. Perut kenyang hati senang..

Rabu : 12 September 2018
Lepas dah bincang2, kitorang decide nak balik la..haha..rasa macam lama nau duduk Hatyai melepak makan je kerjanya. Kul 9 pagi kami check out dan terus ke Chabura Dimsum. Bukan peminat sangat tapi nak try. Kedai ni buka dari 6 pagi sampai 2 petang. Malam takde tau. Dia jual breakfast je.




Pilihannya kebanyakan adalah menu steamboat tu..Kalau piring yang kecil, harganya 15bath setiap satu. Kalau piring besar, 20 bath satu. Pilih mana yang nak, bagi kat dia kukus. Pergi duduk dekat meja diam2 sampai dimsum sampai..hehe..


Kalau tekak tak makan ni, boleh order menu ala carte yang biasa tu la..nasi goreng dan tomyam2 segala bagai tu. Jangan risau, semua orang senang nak makan. 

Dah kenyang, kami pon bergerak la balik dari Hatyai. Singgah shopping kat Padang Besar Perlis sekejap sebelum teruskan perjalanan pulang ke KL.

Tamatlah aktiviti 5 hari 4 malam ke Krabi dan Hatyai kami. InsyaAllah ada rezeki, cuti sekolah nanti nak gerak ke Hatyai lagi sekali. Trip makan sahaja..hehe..

Tenkiu sudi baca panjang2 nih..Boleh PM tepi kalau nak tanya ye..

kbai..

LASIK - PEMBEDAHAN PEMBETULAN PENGLIHATAN

Disebabkan masalah kerabunan yang telah lama menghantui diri kakak ni, jadi kakak ambil keputusan nak buat lasik la konon2. Korang mesti tak...