April 15, 2014

Cara Deposit Duit Syiling Di Bank Rakyat


Akak memang rajin mengupdate ni deknon2 ooii..angin nak upload dah sampai...aritu dia bz ikut perkembangan MH370..

Aku nak cerita pasal cara nak simpan duit tabung. Bukan menabung ye deknon..hahaa...dalam tabung mesti berlambak duit syiling kan? boleh kira berapa ramai je yang berlambak duit kertas dalam tabung dia..bila ko dah kumpul2 penuh tabung tu, mula la bercinta nak bawak pergi bank. Orang malas nak bank in dalam bank sebab pertamanya berat nak angkut syiling tu ke bank..pastu lepas 10 hari lak baru duit tu masuk dalam akaun kan?

Hah, itu semua dolu2 ye deknon..sekarang ni dah canggih...kat rumah aku de tabung botol susu yang kecik tu. Baru ni Akeef dah penuhkan..aku pon taktau dari mana dia dapat duit penuhkan tabung..hehe..bila nak isi lagik, dia kata "Ibu, tabung abam dah kecik..tak boleh masuk duit posen"...jadi, kena la bank in mana yang ada..xkan mak ko nak buat belanja opis hari2 lak..mau putus handbag angkot syiling hari2..hehe..

aku memang malas nak mengira...so, Mr.MHR yang kira..dia kata ada RM170.. jadi, kitorang pergi la bank. Yang aku tau de perkhidmatan ni Bank Rakyat dengan Bank Islam je..pastu kat Tesco Kajang de 1 mesin coin ni jugak.. aku trus pergi bank rakyat je...


Mula2, ko tuang semua syiling kau atas tray tu...


pastu tolak ke kanan tu macam de slot..tolak sikit2..time ni memang orang dalam bank semua pandang kau le..sebab bunyi syiling kan kuat...selagi ko tak tekan button HENTI, selagi tu la ko boleh add syiling nak bagi genap ke, nak bagi kurang ke..syiling yang dia reject, akan turun kat lubang tepi mesin ni..ko boleh masukkan balik dalam slot nie..tapi syiling baru 10 sen memang banyak dia reject..dia confused 10 sen dengan 5 sen kot..


waktu godek2 tu memang banyak syiling 10 sen yang keluar balik pastu aku ganti ngn syiling dalam beg aku sebab nak genapkan 170 la konon2.. tapi terlebih plak 30sen...polisinya kalau ko kira kata ada rm200 tp mesin kira rm190 je, ko kena terima yang 190 tu punya nilai...kalau tak puas hati, boleh cancel...kalau puas hati, tekan terima then dia akan kuar la slip macam kat atas nie..


pastu, ko pegi isi borang ni, amek nombor giliran dan tunggu sampai dipanggil. Syiling tu  kena masuk dalam akaun Bank Rakyat la ye sebab ni mesin bank rakyat..dia takkan tukar dengan cash terus..Cuma pas ko deposit tu, kalau nak gak duit tu, pegi la withdraw kat ATM..duit tu memang terus ada dalam akaun..takyah nak tunggu sampai 10 hari...

April 14, 2014

Homestay Murah Di Kota Bharu, Kelantan


Trend sekarang ni kalau pergi bercuti ramai2 mesti duduk homestay kan? Jimat dan convenience sikit rasanya.. Aku kalau beramai2, memang cari homestay..Macam pergi Kelantan baru ni, ada member Mr.MHR cakap cuba try cari homestay kat Pelangi Mall Condominium Kota Bharu. Aku puas la menggugel sebab katanya mall kan? Ingatkan ada la kedai2..takde..dia mmg condo semata2...betul2 tepi sungai kelantan.. Aku cari kat mudah.com je...rata2 rate dorang letak RM200 semalam untuk 3 bilik 2 bilik air.. Pandai2 la korang nego untuk dapat murah sikit..


tingkap hall ni menghala Sungai Kelantan..
subuh2 tu ko dengar le bot2 tu start enjin..tangkap ikan rasanya..


ni Master Bedroom
ada aircond..
*paling penting*


kat bawah ni ada ruang lebar gak...boleh bentang tilam single tu lagi satu..


ni toilet dalam master bedroom


bilik kedua ni ada aircond jugak


bilik ketiga ni takde aircond..katil double decker, kipas tinggi 1


sinki dah nak roboh dah...huhuu..



dapur memasak dia letak kat yard luar tu..pastu kalau ko nak masak, memang orang lalu kat koridor leh nampak le ko menumis..aku tak memasak pon kali ni..kata pergi kelantan kan...sana banyak orang jual makanan.. :)


mesin cuci baju pon ada..aku tak sanggup bawak balik baju yang peluh2 tu..jadi, aku basuh baju2 tu semua..sabun basuh pon dorang ada sediakan..

Kalau nak try cari homestay yang jenis apartment, boleh la cuba kat sini..kalau nak yang jenis teres ada gak tapi lokasi ke luar sikit dari pekan..korang boleh cari je kat mudah tu..macam2 jenis ada..if berminat dengan yang aku duduk ni, boleh la try call En.Azman 0199054985 ..ni bukan de komisen tolong poromte kay.. dia tak kenal pon aku...hahaha...deal pakai phone je..pastu kunci rumah, amek kat jiran dia... senang je dia niaga...tawakal konsepnya...

April 13, 2014

Bercuti Ke Kelantan - Last Day


Last day dah...boleh berhenti jemu..hehe..

Pagi tu kitorang trus packing nak balik.. Walaupon boleh check out kul 2ptg, tapi sebab nak sampai KL awal kononnya, kul 9.30 kitorang dah keluar..Terus menuju ke Pasar Siti Khadijah. 


zaman sekolah dulu, sinilah tempat paling happening rasanya...bus stop.. :)


dulu kedai buku ni kecik je...tempat beli buku2 rujukan..


tak wujud pon bangunan ni..dulu kat area bangunan ni de banyak gerai2 jual kuih muih..pastu de diletakkan astaka tuk lepak2..kitorang ni beli kuih, pastu lepak kat astaka sementara tunggu bas..bas sejam sekali time tu...

Masuk pasar, brunch lagik...dulu nak masuk makan dalam pasar ni tak lalu tekak ye..sebab kotor..skang ni dah baru..dah macam dalam lot2 setiap kedai dia..bersih dan tersusun...baru la selera sikit...pas makan, beli buah tangan sket, bergerak balik la kami ke KL...

April 12, 2014

Bercuti Ke Kelantan - Day 2


Korang mesti kagum aku rajin update blog kali ni..hahaa...ok, meh sambung baca..

Pagi yang tak seberapa pagi, kitorang kuar rumah nak pergi Rantau Panjang. sepanjang jalan menuju ke sana tu, de banyak kedai makan. Jadi, kitorang berhenti la untuk brunch sebab time tu dah kul 10pagi rasanya..maklumlah, duk homestay ni, time tu la sebok nak membasuh baju segala bagai. jadi terpaksa la delay time keluar tu..


aku cakap ngn Mr.MHR balik nanti nak lalu depan sekolah aku..konon2..
sebab sekolah aku dulu kat Pasir Mas..sudahnya, tak singgah sebab penat berderat kat Rantau Panjang..


waktu masuk ke RP ni takde kastam check tau. Balik baru kena check..jangan ko benti lak kat pondok kastam tu time sampai..hehee..


sini memang banyak produk mengosongkan poket..



lama gak berpusing dalam tu..aku tak snap gambar..barang semua lebih kurang..pastu kemain panas..jadi, aktiviti lebih kepada pk macam mana taknak panas..huhuu..dalam kul 2.30ptg gak baru settle segala benda..sempat beli eskrem ni buat penghilang panas tekak...ada macam2 dia ubuh dalam ni..aku tak makan..dorang ni yang bersungguh2 makan..

Balik tu, smpai kota bharu memang kelaparan. Ko takyah nak expect aku ni pergi semua lokasi. Bila aku dah penat, aku memang ajak balik hotel je..tak kuasa den..len kali boleh datang lagik prinsip yang aku pegang..hahaa..dah kul 3ptg tu susah le sikit nak cari kedai jual nasi campur kan..tapi aku suh je Mr.MHR try pegi kat Cikgu Nasi Ulam tu. harap maaf gambo takde..sila google.. :)  Ada la rezeki makan kat situ..dah takde lauk pon..tapi sebab ramai orang datang, dorang goreng ayam ngn ikan keli..paneh2...ulam pon dorang top up gak..cuma gulai je la de sikit2..murah gila makan kat situ..Ayam kampung quarter besar tu 2 keping ngn ikan keli besar 2 ekor plus ulam, nasi, air semua baru RM26..murah! murah! murah!!

Dah se'eh, balik homestay, membongkang tido...Pas Isyak kuar lagik pergi WCY...kul 9 malam dah time tu...benti makan..tengok kemain ramai orang kat kedai ni. Maklumlah malam tu de bola Kelantan lawan mana ntah.






aku xmo besarkan image makanan nie...hahaha...mahal ooii...tak setaraf ngn rasa...ikan bakar dia macam asam pedas..tak kena tokak...dia kata ikan bakar berempah...cakap la ikan bakar rempah asam pedas...arrgghhh...aku takkan singgah dah..korang boleh la try.. ;p

Malam tu aku jumpa kawan lama aku..dulu time sekolah, aku selalu ikut dia balik rumah sebab takkan nak balik KL lak kalau hujung minggu..dah jadi tokey besar dah member aku nih...jumpa kejap je kat tepi jalan...sebab dah malam sangat...kedai pon takde orang jaga...


pegi mana2 mesti nak bawak bagpack..segala mak nenek aku nak angkut bersama...


April 11, 2014

Bercuti ke Kelantan - Day 1


Dah lama tak update day by day..Ok, sila termuntah..hehe...

Time cuti sekolah baru ni, aku takde la bercuti..Maklumlah, takde anak bersekolah lagi. Jadi takyah nak dengki dengan orang yang bercuti time anak cuti. Lagipon time cuti sekolah kan hotel penuh, jalan jammed..So, takyah menambah keributan. Pas sesi perbincangan hati ke hati suami isteri, kitorang pon setuju nak pegi Kota Bharu..Dah lama tak pergi rasanya.. Last aku jejak kaki kat sana tahun 2009. Tupon tak pegi mana2. Sebab berkursus kat Akademi. Datang naik flight lagi la aku malas nak berjalan. Misi kali ni nak jenjalan saje.. :)

Amek cuti hari Jumaat..Jumaat tu dalam kul 7pagi kitorang memulakan perjalanan. Singgah 2, 3 tempat kesudahannya kul 10.00 pagi baru la sampai tol Gombak. Tu mujo dah siap breakfast. Kalau tak, aku ajak patah balik je..dah 3 jam tak keluar2 dari KL lagik. Sepanjang perjalanan tu, aku peneman setia Mr.MHR la kan..penumpang len tido..Akeef duk men ipad la..aku suh dia duk belakang..dah tak larat nak pangku...


ni kat pekan Raub..tengok macam jauh je lagi 354km tu.. :(




Kitorang ikut laluan alternatif. Sebab taktau mana nak ikut..Tapi dicadangkan ikut la jalan lama. Dekat sikit rasanya kalau ikut beza kilometer.. Tapi aku ni memang tak rasa pon bezanya jauh ke dekat. Ada orang bawak kete macam ribut. Mentang2 tak banyak kete.. Kemain laju..Sampai mimpi2 aku malam tu teringat2 kemain laju kete siang tadi.

Kitorang smpai Kota Bharu dalam kul 4.30 petang macam tu..Laju kan? hah, aku malas nak bebel..Janji selamat sampai. Sempat benti rehat kat R&R Gua Musang untuk lunch sebab lapar..

Aku booked homestay kat Pelangi Mall. Betul2 tepi Sungai Kelantan berdepan dengan Kampung Kraftangan tu... Nanti aku up pasal homestay ni..senang nak buat reference nanti kekdahnya.. :)


homestay ni 3 bilik 2 bilik air
*aku dah pandai packing baju utk 3 orang dalam beg kecik je*

Sampai tu, solat dulu pastu tidur..haha..letih gak badan duk dalam kete lelama. Maklumlah, kampung kitorang dekat..jadi bila jalan jejauh ni, manja la sikit badan tu.. Tapi aku ngan si anaknya tak tido..petang tu aku ngn Akeef jalan kaki lintas jalan je pegi tapau KFC. Jumaat kan sana cuti, ngan kedai2 makan pon tutup. Balik rumah, makan KFC sementara tunggu malam. Cita2nya nak survey Wakaf Che Yeh. ko ada siap survey2 nih? hahaa..


tepi jalan area2 WCY tu ada kedai D'Klasik ni. Baca2 blog katanya ala2 Old Town..tapi aku tak try pon..


gerbang masuk WCY tu..nak masuk parking lalu kot sini deh..

Kitorang berpusing2 dalam pasar tu. Dia kan ala2 uptown. Tapi kemain letih setiap lorong ada gerai. Ko masuk lorong ni, ko missed lorong sana. Pastu pusing lagik sebab nak tgk apa yang lorong sana jual..hah, tamak gila nak nengok sedangkan sama je barang2nya.. 



ko takyah pegi habib jewels nak beli golang..
relax je jual golang omeh kek pasar malam ha..takdo ber guard2 bagai...
bontang ateh mejo yo..


Pandai2 la korang tawar. Aku punya lidah dah keras nak cakap kelate sedangkan dulu sekolah teknik kat sana. Aku pasrah je kalau dia caj mahal sebab aku kecek luar..kalau berbaloi aku beli..kalau tak, aku belah..pas dah penat2 pusing, ada la beli 2,3 benda walaupon kata nak survey je kan.. pastu haus, lepak la kat gerai yang de kat situ..tengok ada ramai orang beli somtam kat 1 gerai ni. Aku pon try ler..



dalam pandai2 explore makanan, boleh aku kompius bab somtam nie...
orang ni guna betik muda..eh, bukan guna mangga ke sebenarnya ha?


glemer la kau masuk blog aku..hahahaa..
time buat tu kemain la bekeng muka..senyum kan pembuka rezeki..
mujo la adik aku nak..kalau tak, aku blah je..


Pas dah pusing2, kitorang balik le homestay.. Lagipon dah kul 11 lebih time tu. Balik, trus tido.. Sambung berjalan esok pulak..

April 10, 2014

Bukan Anak Ikan


"Aku suka makan sardin...kena pulak kalau goreng cili padi...malatop kau!"


"Eeiii...aku takleh terima sardin...hanyir...mackerel pon sama...kiranya adik beradik sardin tu memang aku tak makan...kembang tekak.."


"Aku tak makan sardin...mackerel pon tak makan...selalu aku makan ikan laut je..ikan selar, ikan pari, ikan kembung, ikan jaket...ikan2 lain ni takleh terima le..."




Nah! Orang suh tgk masterchef xmo...asek tgk sebenarnya saya isteri dia lah...abang jebat lah...mr arrogant la...pastu ko geli2kan makanan feberet aku...

Sardine dengan mackerel tu adik beradik sebab dorang adalah sejenis ikan...dua2 memang le hanyir...sebenarnya tahap hanyir tu bergantung kepada kebolehan kau nak cuci ikan itu..kalau jenis cuci takde air asam takde selawat nabi, cuci letak clorox pon dia tetap hanyir...pasni jangan konfiden bg pendapat kalau ilmu tak cukup di dada...mackerel tu dalam bahasa Melayu kita ni adalah ikan kembung... :)




ni lauk aku masak semalam...cicah ngan roti je..malam2 takleh makan berat2..hahaa..sebenarnya pergi bercuti dah mentekedarah macam2, balik umah kena diet takut takleh kancing kain baju kurung...huhuu...nnt aku up pasal cuti...tak abes2 nanti kan...pemaleh sobona eh...

April 7, 2014

Tolong doakan aku.. :)


Aku cuti arini..mmg apply sebab baru balik bercuti (nanti aku hapdet)
sambil tu beria study..buat revision..dah 10 tahun tak penah pegi mana2 interview..
harap2 dipermudahkan semuanya..


tolong doakan aku berjaya pergi London...huhuu...
mana tau antara korang ada yang makbul doanya...tak cuba tak tahu kan..

Jangan marah haa..banyak sangat aku padamkan...malu la.. tp korang dh tau la skang aku keje kat mana kan? hehe...pastu surat tu tarikh betul, hari salah..tukang taip pon nak ikut pg london agaknya.. :)

BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...