August 24, 2011

Terguris...

Ada tak orang yang saja mintak anak dia sakit? ada tak? kalau ada, TOLONG bagi nama orang tu..aku nak tanya perasaan dia bila anak dia sakit sbb dia saje2 mintak kan...

Aku terpaksa amek EL 2 hari lepas sbb anak aku tak berapa sihat..So, aku kena jaga sbb mak aku tak larat nak jaga dia..Mak aku pon bukannya muda..Tahun ni dah 58 tahun dah umurnya..Kudrat dah tak sedaya dulu..Jadi, aku kena la cuti sbb nak jaga anak yang meragam..Suami keje swasta, kelayakan cuti pon tak banyak..Makna kata aku yang keje gomen dan yang ada baki cuti 31 HARI nilah yang kena jaga anak!! ni dah bulan 8 dan cuti aku de balance 31 hari..salah ke aku cuti jaga anak?

Aku bukan saja2 xmo pegi keje & menyusahkan orang lain
Aku bukannya tau bila anak tu tak sihat
Aku pon x mintak pon supaya Tuhan bia anak aku sakit

Selama ni aku diam je bila ada yang bijak pandai cakap macam2. Yelah aku baru kat tempat kau kan? Baru bukan beerti anak...Selama ni jugak aku keje dengan suci hati. Takde syak wasangka kat sapa2. Kalau org nak cuti atau EL, aku tak banyak tanya pon..Sbb masing2 ada hal masing2. Dari dulu aku tak penah nak amek tahu.

Tapi, pagi tadi aku betul2 tersentap dengan apa yang aku dengar..Kalau tak puas hati, cakap la terus terang ngn aku. Aku boleh je deal ngan apa yang tak kena kat hati KAU! takyah membebel2 memekak time aku takde..baik aku dengar dari mulut kau sendiri daripada aku dengar daripada orang lain. Dan tak payah nak cakap kuat2 sinis2. Aku bukan pekak & buta. Walaupon aku baru je kat situ tak semestinya aku takde kawan kan? Aku mmg suka buat hal aku sendiri sbb aku xnak jadi macam KAU..bermuka2..depan tunjuk baik, belakang macam haram..

Kalau aku jadi kau, aku campak je tudung yang aku pakai pg dalam longkang. Sebab bagi aku, hati kau sama busuk macam longkang jugak. Tak perlu nak berselindung di sebalik tudung kau tu..Aku berdoa semoga Tuhan akan bagi kau ujian yang Maha dahsyat hingga pada tahap tu baru kau sedar siapa diri kau yang sebenar.

* aku mmg jarang2 melaser kat orang, tapi kalau sekali dah keluar dari mulut aku, mmg ko akan ingat apa yang aku cakap sampai mati...
(aku tak kesah ko terasa ke,rasa ko betul aku salah ke...aku tak kesah langsung!!)

August 18, 2011

Biskut Raya Pertama 2011

Minggu ni bermulalah operasi membuat kuih raya..tahun ni aku xde order kuih raya pon sbb aku nak dah berniat nak bancuh sendrik semua kuih...Jadi, kuih pertama yang aku uli adalah Crystal Ball...utk pengetahuan, aku refer resipi yang paling aku percaya tapi tak betul gak sbb adunan aku lembik melekit guna resipi tu..so, aku alter resipi tersebut hingga menjadi resipi aku sendiri...

Lenguh gila nak menggentel kuih ni..kaler ni aku main tuang je..takde sukatan. bila aku dah puas hati dgn kaler yang muncul br aku stop tambah pewarna..hehee..


Akeef kena kepung ngan sofa supaya dia tak lepas masuk ke area dapur..so, dia sebok bertegur sapa ngan Ibu dgn harapan Ibu nak amek la kononnya..tak dapek nak ooii...berkecah dapur kalau Akeef masuk...


* gambar dah siap, aku lupa snap..nnt aku hapdet ye.. :)

August 15, 2011

Buka Puasa @ KRR

Tahun ni aku kena qada' balik janji berbuka puasa kat luar dengan En.Suami sbb tahun lepas sebulan derek dia berbuka kat rumah kan? ingat lagi entry tamak halobaku? hehee...jadi, tahun ni bila ada je masa terluang + rezeki lebih, ktrg pon pg la makan kat luar..

Sabtu minggu lepas, kitorang pegi berbuka kat Mines sbb rumah mak mertua aku area sana. Jadi, berbuka puasa berjemaah la maknanya kan...aku mcm lenguh tangan menguli kuih so takleh nak type bebanyak..korang tgk gambar je ye..hehee...

Gelap btol aku skang ni..semakin menjadi2..keje dlm ekon tp tak cerah2 gak...

Ni makanan untuk 5 orang..kenyang kami sampai ke sahur..alhamdulillah....

Lima, Dua Inggit

Kalau pg beli kueh kat Pasar Ramadan tu, mesti riuh dengar org2 meniaga ni duk jerit2 promote brg jualan dorang kan? Segala jenis juadah semua ada kat pasar tu. Dan kita2 yang tak berapa nak kuat iman ni, semua benda nak beli kan? Yang paling menarik skali kat pasar ramadan ni adalah kuih muih. Macam2 bentuk, kaler, corak ada jual. Tapi satu je yang tak best...

Aku : Kueh ni macam mana kira kak?

Akak tu : Lima, dua inggit...(maknanya satu 40sen la kan?)

Aku : Okay, bagi saya 3 bijik kak..

Akak tu : Tapi, 5 dua inggit..

Aku : Tak, saya nak 3 je sbb saya berdua je kat umah..

Akak tu dengan muka masam bungkuskan 3 pastu Aku pon bayar RM1.20..

Kalau ikut logik, biarlah org nak beli bape bijik pon sbb bukannya bila org beli 3 bijik, org bayar singgit kan? Skang ni mmg trend meniaga paksa2 hokay..buat apa aku nak tambah lagi 2 bijik sedangkan yang 3 tupon blom tentu abes. Dan skang pon mmg trend org membeli akan beli banyak bertujuan nak dapatkan diskaun yang ntah berapa sen tu..dan kemudiannya semua makanan tu berakhir di tong sampah..korang perasan tak fenomena nih? huhuu..Macam semalam, aku & En.Suami pg mencari juadah berbuka kat Pasar Ramadan Taman Melawati tu..mmg En.Suami ckp dia nak beli ayam percik. So, ktrg pg cari ayam percik la dulu sbb kalau tak, percik lain lak yang aku borong..hehee..

Ada satu gerai tu kemain banyak ayam yang dia tgh panggang..bau pon boleh mencengkam dada..org yg beratur pon panjang..Seperti biasa takde pamer tanda harga..Aku pon tanya "mcm mana kira kak?. Akak tu ckp "satu, 4 inggit, 3, 11 inggit"..Oh, akak ni de bg diskaun singgit la kiranya. Dan aku tgk org sekeliling berebut2 amek 3 ketul. Time ni aku positif berpendapat yang semua org ni keluarga dia besar. So, untung la beli 3...Tapi tiba2 dengar de pasangan kat sebelah aku ckp "Nak bape?satu 4 inggit tapi kalau 3 murah sket..Kita amek 3 la eh.." Tatau la mmg dia nak makan tiga2 atau sekadar nak kejar diskaun singgit tu..Kalau makan tiga2, alhamdulillah la...Tapi kalau setakat nak makan 2 ketul (macam aku) tapi sanggup topap RM3 semata2 nak sekejarkan diskaun singgit sedangkan akhirnya tak makan pon, membazir namanya okay...


August 14, 2011

1st Birthday M.A.M

Anak kami Muhammad Akeef Mirza lahir pada 3 Ogos 2010..Jadi, 3 Ogos 2011, genaplah umurnya 1 tahun..alhamdulillah...tahun ni tarikh 3 Ogos adalah hari ketiga umat Islam berpuasa. Jadi, Ibu terpaksalah melupakan niat nak buat besday party untuk Akeef..nk buat kenduri pon tatau la sapa yg nak datang..hehe..kebetulan, 2 hari sebelum 1 Ramadan aritu, mak aku nak buat kenduri menyambut puasa & doa selamat kat kampung sbb dah lama tak buat kenduri. Jadi aku pon menyelitlah menyalurkan niat nak buat besday Akeef sekali walaupon xde la grand sangat...Sekadar nak bagi sedekah je kat budak...balik keje aku pon pg la membeli apa2 benda yg sesuai nak bg budak2 kat kampung tu..

Aku mmg rambang mata masuk kedai yang jual benda2 ni..kira mcm 1 stop centre la kedai ni..semua benda yang sewaktu dengannya ada dijual...so, ini antara barang2 makanan yg tak berapa sihat yang aku beli. Air kotak pon aku beli gak tp tak bawak masuk umah..tersimpan rapi di bonet kereta...

Aku masukkan dalam bakul ni je time nak agih2kan...nama pon kat kampung..ada ke org nak type kat blog dia yg aku kat kampung bagi goodies guna bakul susu je..ada?ada? takde kan..hahaa...

Tak sempat nak snap gambo lain..nipon mujo Makcu Akeef tlg snapkan sbb Ibu bz.. :)

yeay!! saya dah 1 tahun & gigi saya dah ada 6 batang & saya boleh gigit Ayah + Ibu sesuka hati saya...huhuu..
inilah anak kesayanganku.... :)


August 9, 2011

Versi Ibu Siti : Puding Karamel

Dulu aku skolah kat Pantai Timur 2 tahun tp aku tak penah cuba benda ni..cuma yg aku tau org kat sana panggil makanan ni 'beleda'...hahahaa..pelik2 bahasa kat sana...sesak nafas aku nak ingat. Kat sini org jual kemain mahal..sepotong sampai RM3..jadi aku buatlah sendiri..RM3 tu leh dpt seloyang.. :)

puding karamel mudahNak resepi? Okay, sila copy...

Untuk Karamel :
3 sudu makan gula
2 sudu air

Panaskan loyang atas dapur guna api kecik.
Masukkan gula & biar gula cair keperangan.
Tutup api, masukkan air sikit2 & pelan2..sbb kalau tak memercik..
Ketepikan & biar dia mengeras dulu.

Untuk puding :
5 biji telur (tak kesah size apa..jangan membazir kay..)
4 sudu besar gula (resepi asal guna 6..potong kaki wooo..)
Esen vanila
3/4 tin susu cair

Masukkan semua dlm blender & blend sampai gula hancur.
Jangan lama2 sangat nnt berbuih banyak.
Panaskan kukus..
Tuang bancuhan puding ke dalam loyang tadi & kukus dalam tempoh lebih kurang 15 minit.
Bila dah masak, terbalikkan dalam bekas lain & simpan jap dlm esbok biar sejuk..
Puding ni bila lalu kat tekak dingin2, fuhhh....

*nota kaki:
kalau pas blender tu de banyak buih, tapis dulu sbb buih2 ni akan menyebabkan puding berlubang2 ye..

Okay,selamat memuding...hehee....

August 8, 2011

Saya Punya...

Saya baru dapat tepon baru..En.Suami belikan. (tq banyak2 yang..hehee..) En.Suami belikan smartphones sbb saya kena tegur oleh bos kedekut kt ofis sbb selalu bkk fb ngan blog..bodo punya andalusia..sbb tu ko tak kawen..x reti bersosial... Okeh,sorry terbabas sket..saya mmg cepat emo..hahahaa...dan inilah phone baru saya...


Lagi best wo o o...lagi best wo o o..lagi..lagi..lagi...

Sekian terima kasih...

Tamak Haloba...

Walaupon umur aku dah masuk 30 tahun ni & dah seumur idop tinggal kat kolumpo ni, aku tak penah makan kat Chilis yang digembar-gemburkan tu. Semua tmpt aku aku pegi tp kat KLCC tu aku tak sampai2..hukhuk..mcm sadis je kan..Waktu zaman bujang, aku xde kawan yg nak ajak buat peneman makan kat situ. Sbb dr dulu besfren aku sume suka makan masakan melayu jd aku kena telan air liur je bila gugel website kedai makan nih. Waktu bercinta pon tak sempat pegi sebab aku takde masa nak beratur lelama kat depan kedai ni tunggu meja kosong sbb time bercinta tu aku bz kejar kelas sekolah....

Oleh kerana tahun lepas aku dalam pantang time bulan Ramadan & sebulan tu gak la En.Suami berbuka puasa makan air tangan mak mertuanya, so tahun ni aku bayar semula..huhuu..Jadi kami pon telah memulakan misi mencuba makan kat tempat ni dengan harapan yang menggunung tinggi. Pas je solat Asar, kami bertiga pergi la ke KLCC naik LRT. Kalau naik keta, parking dah la susah nak dapat bila wiken + fee dia kemain la mahal. Jadi nek LRT adalah alternatif terbaik.

Tgk muka anak ni..dia takut sbb 1st time kan..pastu bila announced "next station...." mesti dia terus terkam kat En.Suami..tepeanjat boboi... :)

Sampai je KLCC tu hari baru kul 5.30..bangla yang jaga kaunter tu kemain eksyen..
"for 'Ramadan Fasting' Q will start at 6.30pm"
aku buat2 paham jelah apa dia cakap kalau tak kang aku gak yang bengang layan dia. Malas nak tgk muka dia, kitorang jalan2 dulu pusing KLCC sambil beli barang sket. Pastu kul 6pm aku dtg la balik depan kedai ni tgk2 dah ada 3 org beratur. Aku kira no.4..pastu budak depan aku ckp dia bagi masuk start kul 6pm..tp tak gerak2 pon aku tgk..Toleh kat belakang tgk2 dah panjang dah barisan. Kul 6.35pm baru leh masuk. kematu kaki berdiri kat depan pintu tuh!! Yang cha ya nun alif ni pon menyebok..sari suntuk leh mentedarah, kul 7 gak nak menyemak ramai2 dalam tue..iskk, kalau ikut hati ramai aku tembak dalam tue..hahaa...

Masuk2 je, de la waiter amek order & tanya kul bape nak makanan tu..En.Suami ckp kul 7.15pm leh la hantar..sambil2 tu anak ni nak bg diam sket bg dia menconteng ha..

Ni aksi dah bosan nak turun..kesudahannya kul 7pm tu, En.Suami bawak dia pg turun kat taman bawah tu sbb dia asek jerit2 & lari2 dalam kedai nie..anak lelaki mmg la lasak okay...

Oleh kerana aku tamak, aku order starter = namanya Triple Play...
bagi yg tak penah makan (mcm aku gak) benda ni rege dia RM27.90

ada drummet + ayam salut tepung + roti mcm roti john...hahahaa..aku tatau apa nama roti tu tapi aku suka suka suka...

Sebab aku tamak lagi, aku order main course iaitu Old Timer Burger
rege dia RM18.90 dan tambah cheese RM1.50

rasa mmg LEMBU abes!! tp sedap lagi dan lagi...aku share ngn En.Suami sorang setengah sbb aku dah senak makan starter...giler kau makan starter dah kenyang..kalau aku kurang tamak sket, aku order starter je pon dah cukup kan...lupa plak, kalau korang tak reti (mcm aku) sila ckp nak well cook ok..kalau tak dia anto yg separuh masak..lalu ke tekak nak telan de darah2?

Yang ni sampai sudah aku tatau apa nama dia sbb nama dia kemain panjang dan waktu order aku sebut yang last sekali tertera kat menu tu je PORTEBELLO..hahaa..lantak ko la waiter..yang penting aku tunjuk gambar makanan tu..so xyah sebut waiter tu tgk gambar je...rege dia RM33.90..ni makanan En.Suami..mushroom tu sedap oh sedap...

KLCCOh lupa..kalau dewasa makan main course, anak bwh umur 12 tahun dapat makanan + air free..aku pon order la untuk Akeef macaroni and cheese..igtkan sikit..sekali dia anta size pinggan tu macam size pinggan makan kita kat rumah dan Akeef sebatang pon dia xmo makan..dia tulis dlm menu "not valid for take away" so aku mcm tak kesah la sbb benda free kan..tp last2 dia bungkuskan gak suh bawak balik...lagi 1, air kat sini bottomless..minum selagi nak..tak kira soft drinks ke fruit juices ke,semua leh tambah bape kali kau suka..dan aku selamba je tambah 3 kali mango juice...ada aku kesah??dah ko kata boleh tambah lagipon fruit juices kau mmg sedap weh, so aku minta la tambah...hahahaa...

Ok, kpd kawan2 yg nak try, boleh try sbb wpon harga dia BESAR sket tp kenyang sampai takyah sahur kami berdua..kiranya leh cover la wpon tak makan nasik...silakan....

August 6, 2011

Lipstik Oh Lipstik...

Dalam bulan puasa ni, mesti ramai yang selalu kering kat bibir kan..Tadi waktu tengah melepak tgk tv, tiba2 aku teringat pasal citer kelakar psl bibir yg kering nih..Benda ni pon aku br je dpt tahu dalam 2,3 tahun kebelakangan ni je..sebelum ni mmg aku 'innocent'..hahaa...

Dulu aku skolah kat satu skolah teknik kat Pantai Timur sana..kat sana tak ramai pon budak2 dr negeri luar nie..Majoriti bebudak sana je & bekeng2..hahaa..Nak dijadikan cerita, cuaca kat sana mmg panas..Selain kulit yang mengering (walaupon buh lotion kemain banyak), bibir pon turut mengering. Waktu tu lotion pandai la pakai tupon pas tgk ramai kenkawan pakai tapi lipbalm ni mmg tak berapa nak bijak la kan..

Bila cuti sekolah, balik KL ngadu kat mak ckp bibir dah pecah2..so b4 balik sekolah semula, mak suh "amek cam mcm gincu atas almari tu..kaler ijau..dari mekah tuh"..hahaha..series nak gelak..sebenarnya mmg ada 2 tube yang kaler ijau..tapi sebab lebih bijak, aku amek yang serba ijau..contoh adalah seperti ini:


Bila balik asrama, aku pon begitu yakin bibir takkan pecah sebab dah de alat ajaib nih. Jadi pagi2 bila pg sekolah tu aku pon tenyeh la..masuk je dewan makan dah ramai yg tanya "ko pakai 'lincu' ke?"..aku ngan konfiden jawab "bukan la..ni lip balm..dari mekah..." dalam kelas pon cikgu tanya soklan yang sama dan aku pon konfiden menjawab...last2 xde sapa tanya wpon kemain merah bibir aku pg sekolah..hahahaa...

Skang ni bila nmpk je lipstik ni, mmg aku gelak sensorang...giler ah..sekolah lagi nak kemain merah bibir..dah keje ni xmo lak ko merah2..atas alasan, dah jemu pakai lipstik..hahaha...

p/s: kenkawan yang penah tanya, tu mmg lipstik..harap maklum!!


BERUBAH

Sejak munculnya pelbagai platform medsos ni, platform ni paling sendu. Mungkin kita dah dilatih jadi malas nak menaip. Kita lebih suka berca...